♡ 8 ♡

43 6 31
                                    

Misun masuk ke dalam rumah Bangchan. Kasut sneakers dibuka kemudian memakai selipar rumah. Sejurus, dia berjalan ke ruang tamu sambil mata meliar mencari keberadaan lelaki itu.

"Tak balik lagi ke?" Suasana rumah yang sunyi itu membuatkan dia rasa pelik. Jam yang berada ditangan dilihat lalu mencebik. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam, tak akan belum balik?

Matanya kini tertumpu ke arah pintu bilik tidur Bangchan. Lama dia tenung pintu bilik itu sebelum kaki melangkah menuju ke arahnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus memulas tombol pintu yang tidak berkunci itu.

Kepala dimasukkan terlebih dahulu untuk mengintai apa yang ada di dalam bilik Bangchan. Niat hanya ingin melihat sahaja bagaimana keadaan bilik lelaki itu kerana, sebelum ini dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.

Mata terpaku ke arah sekujur tubuh yang sedang baring di atas katil sambil mulut terkumat-kamit menyebut sesuatu yang tidak jelas.

"Chan?" Misun memanggil, namun tiada sebarang balasan. Kepala disengetkan seraya berfikir. Lelaki ini tidur atau apa? Menghafal lirik kah?

Dia memberanikan diri untuk menapak ke dalam dan mendekati Bangchan. Misun melutut di sebelah Bangchan, dia mengamati setiap inci wajah kacak lelaki itu. Matanya melihat ke arah bibir yang tidak henti bergerak, menyebut perkataan 'ibu'.

Peluh merenik di dahi lelaki itu dilap dengan hujung lengan bajunya sendiri sambil tangan menepuk perlahan bahu lelaki itu bagi menenangkannya. Tidak lama itu, air mata mula mengalir keluar dari tepi mata lelaki itu. Segera Misun mengelap air mata itu sambil otaknya berfikir apa yang dilalui oleh lelaki itu di dalam mimpi sehinggakan dia menangis di dalam tidur? Sedih sangat kah mimpi itu?

"Shhh shhh it's okay... it's okay" bisik Misun. Tidak pasti lelaki itu mendengarnya atau tidak, yang pasti dia akan cuba sedaya upaya untuk menenangkannya. Tangan yang menepuk bahu itu terhenti apabila Bangchan menarik dan memegangnya dengan erat. Misun terkaku seketika kerana dia fikir Bangchan terbangun dari lena tetapi sangkaanya salah. Lelaki itu masih lagi dibuai mimpi.

Kini suara Bangchan tidak lagi kedengaran. Lelaki itu kembali tidur dengan tenang tanpa sebarang mimpi lagi. Misun hanya membiarkan Bangchan memegang tangannya. Jujur dia katakan, telapak tangan hangat lelaki itu membuatkan dia tidak mahu bergerak walaupun seinci. Dia suka dalam keadaan begitu. Jadi, dia membuat keputusan untuk biarkan sahaja lelaki itu memegang tangannya.


Pagi menjelang, Bangchan sedar dari tidur. Dia membuka mata lalu memandang ke arah tangannya yang sedang memegang tangan seseorang. Terus wajahnya berkerut lalu memandang ke sisi kanan. Kelihatan Misun tertidur disebelahnya.

Laju dia mengketepikan tangan Misun, buatkan gadis itu terbangun dari tidur. Berkerut wajah Misun apabila tangannya terasa seperti diubah dengan kasar.

Apabila dia angkat kepala sahaja, dia sudah terasa sakit di bahagian leher dan juga pinggangnya. Akibat tidur dalam posisi begitu terlalu lama, itu la jadinya.

"Kau buat apa dekat dalam bilik aku?" Bangchan bertanya. Dia masih lagi dalam posisi baring. Matanya memandang ke arah Misun yang sedang menahan rasa sakit.

"Hmm? Ermm entah" Misun menjawab.

Bangchan menukar posisinya dari baring ke duduk. Dia ingin memarahi Misun kerana suka hati masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran. Melihat gadis itu seperti dalam kesakitan, terus terbatal niatnya.

"Keluar" Bangchan menghalau.

"Hmm?" Misun memandang Bangchan.

"Aku suruh kau keluar" Bangchan mengulangi ayatnya. Misun mengangguk faham. Dia berdiri lalu berjalan ke arah pintu bilik.

[OG] Fallin' || BangchanUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum