♡ 3 ♡

58 10 37
                                    


Bunyi deringan jam yang berada di sebelah membuatkan Bangchan merengek kerana bunyi bising. Sejujurnya dia tidak suka mendengar bunyi jam kerana terlalu bising.

Siapa saja yang suka bunyi bising tu? Memekak je tahu jam tu. Tapi nak buat macam mana, dia terpaksa la jugak sebab kalau tak kunci jam dia akan lewat untuk pergi kerja.

Dengan malasnya dia bangun dari baring kemudian menutup jam yang telah membuatkan telinganya sakit. Bangchan termenung sendirian di atas katilnya. Hampir sahaja matanya tertutup semula kerana mengantuk yang masih tersisa. Apabila mengantuk, automatik badan terasa malas jadi, dengan segera dia menggeleng kepalanya.

"Jangan Bangchan jangan! Kau kena kerja..fighting" dia memberi kata-kata semangat untuk dirinya sebelum pergi menyegarkan diri terlebih dahulu.

Baju kemeja putih disarungkan ke badannya. Satu demi satu dia membutang bajunya sambil melihat kot yang berada di dalam almari. Susah untuk dia buat pilihan sedangkan semua kotnya berwarna hitam.

"Bergaris atau tak bergaris?" Dua helai kot dikeluarkan dari alamari kemudian membelek.

"Baju dia sama..warna dia sama..material dia pun sama..yang beza ada garis dengan tak ada garis hmm" bicaranya seorang diri. Dalam masa seminit susah betul dia untuk membuat pilihan, dan akhirnya dia memilih yang tidak bergaris.

"Semua sama je hehe" katanya kemudian tersengih. Kot yang dipilih tadi diletakkan di atas katil terlebih dahulu sementara dia membuat rutin skincare sebelum pergi ke tempat kerja. Minyak wangi yang berjenama versace eros itu disembur beberapa kali ke badannya.

"Okay done" segala barang yang perlu dibawa sudah pun disumbat ke dalam beg kerjanya. Tidak lupa juga kot yang terletak di atas katil tadi diambil dan diletakkan di bahu.

Kunci kereta yang terletak elok di atas meja ruang tamu itu diambil. Belum sempat satu saat dia meletak semula di atas meja tersebut. Baru dia teringat yang semalam dia balik naik bas dan bukannya kereta.

"Lupa pulak kereta buat hal" ujarnya. Telefon dikeluarkan kemudian mendail nombor Minho.

"Hye Minho" Bangchan memanggil apabila panggilan disambungkan.

"Hye Bangchan" sahut Minho di dalam talian.

"Ambil aku boleh? Kereta aku rosak la semalam" pinta Bangchan dengan suara dibuat meminta simpati dari rakannya.

"Hmm okay..lima minit aku sampai" Bangchan tersenyum lebar apabila Minho mahu mengambilnya. Panggilan ditutup dan dengan segera dia keluar dari rumah.

❇❇❇

Misun dengan malasnya melangkah masuk ke dalam kelas. Kaki gadis itu terhenti apabila mata menangkap satu figura yang sedang duduk mencangkung menghadap kerusi miliknya. Di dalam fikiran sudah dapat meneka apa yang pelajar perempuan itu sedang buat.

Misun membuka langkah besar menuju ke tempat duduknya. Rambut pelajar tersebut ditarik kuat sehingga membuatkannya merintih kesakitan.

"Ark s-sakit la!" Rintih pelajar itu yang merangkap rakan kelasnya sendiri. Semua pelajar yang berada di dalam kelas itu tertumpu kepada mereka berdua. Sedikit pun tidak terlintas di fikiran mereka untuk membantu kerana mereka tahu jika salah seorang daripada mereka yang masuk campur, pasti akan ada yang hilang rambut.

"Kau buat apa?" Soal Misun, tangan tidak lepas dari rambut gadis itu. Dia menguatkan lagi tarikkan sehingga pelajar perempuan itu berdiri kemudian ditolaknya sehingga jatuh ke lantai.

Misun memandang sekilas ke arah kerusinya yang dipenuhi dengan warna air yang berwarna merah kemudian pandangannya beralih semula kepada sang pelaku.

"Apa kau tak puas hati lagi dengan aku, Jina?" Misun menujukan soalan kepada gadis yang terduduk di atas lantai itu. Dia tidak tahu apa salahnya terhadap rakan kelasnya itu sehingga dia dibuat begitu.

[OG] Fallin' || BangchanWhere stories live. Discover now