♡ 2 ♡

78 15 85
                                    


Pin rumah ditekan satu persatu. Apabila terbuka sahaja pintu itu, Misun terus melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah.

"Dah balik? Eomma cari kau" Misun berhenti melangkah. Dia memandang kakaknya yang sedang berdiri sambil memegang gelas di ruang dapur. Jelas terpancar wajah kakaknya yang sentiasa memberi pandangan dingin kepadanya. Biasa, itu biasa apabila mereka berdua bertembung.

Hubungan mereka dua beradik tidak seperti keluarga lain. Misun seperti adik tidak berguna manakala Jisun pula kakak yang terpaling baik. itu lah mereka.

Pandangan Misun kini beralih ke arah pintu bilik yang dibuka dengan kasar. Misun menelan air liur perit apabila Puan Song menapak ke arahnya.

"Bala apa pulak kali ni" katanya perlahan. Cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengar.

"Kang Misun!" panggil Puan Song sambil bercekak pinggang. Misun tahu apabila Puan Song memanggil nama penuhnya bermakna dia akan dimarahi.

Misun tidak menjawab malah hanya memandang Puan Song. Wajahnya cuba diriakkan kosong. Dia perlu tampak tidak gentar apabila berhadapan dengan tatapan tajam yang diberi oleh wanita separuh abad itu.

"Kau nak jadi apa sekarang ni? Banyak buat hal! Balik lewat! Ni lagi satu..apa kau buat dekat sekolah tadi?" Puan Song meninggikan suaranya. Misun sempat mengerling kakaknya yang hanya menjadi pemerhati. Mata Misun jelas sekali menunjukkan yang dia perlukan pertolongan sedangkan dia tahu yang kakaknya tidak akan menolongnya walaupun sekali.

"Mana ada Misun buat apa-apa" jawab Misun.

"Huh, kau merokok dekat sekolah kan?" Misun membulatkan matanya apabila Puan Song menyoalnya begitu.

"E-eomma Misun tak-"

"Tak apa? Habistu ni apa? Batang kayu??" Puan Song menunjuk sekotak rokok di hadapan wajah Misun. Lagi terkejut gadis itu apabila melihat rokok yang berada di tangan Puan Song. Macam mana dia boleh cari dekat bilik Misun pun tak tahu la.

"Eomma, Misun tak merokok dekat sekolah la! Cuma-" dia tidak dapat menyambung ayat itu. Tapi memang betul dia tak merokok di sekolah. Dia hanya merokok di luar sekolah saja. Itu pun apabila dia dalam masalah saja.

"Cuma apa Kang Misun! Kau nak menipu aku lagi? Mana kau belajar menipu orang? Dari kecik sampai ke besar menyusahkan orang je" marah Puan Song. Kotak rokok yang dipegang dihempas ke lantai.

Misun memandang kakaknya dengan pandangan yang tajam.

"Jisun unnie, ini semua kerja kau kan? Kau yang bagitahu eomma kan?" Misun mara ke arah Jisun.

"Kau ada bukti ke nak tuduh aku? Tak ada masa aku nak siasat kau merokok ke tidak" Jisun menjeling. Dia ingin beredar dari situ tetapi dirinya ditarik.

"BAGITAHU JE LA YANG UNNIE TAK PUAS HATI DENGAN AKU!" amarah Misun naik seoktaf. Dia tidak boleh terima dengan pengakuan Jisun. Tidak boleh terima yang Jisun bukan dalangnya.

"Misun!!" Puan Song menjerkah sambil bercekak pinggang.

"Kenapa kau nak tuduh kakak kau sedangkan dia tak buat apa-apa pun! Aku sendiri yang tahu! Aku sendiri yang siasat apa kau buat! Kau jangan nak salahkan anak aku!"

Misun tersenyum sinis melihat Puan Song yang lebih sayangkan Jisun darinya. Cemburu? Semestinya. Setiap kali Puan Song menyebelahi Jisun, pastinya hati dia terasa sakit. Air matanya mula mengalir keluar dari tubir mata.

"Hiks Misun tak tahu la apa yang buatkan eomma benci sangat dekat Misun! apa salah Misun? Apa salah Misun sampai eomma buat Misun macam ni? Sempurna sangat ke Jisun unnie dari Misun? Bagus sangat ke dia? Kalau macam ni la kan..baik Misun tak payah ada eomma...Misun lebih rela jadi anak yatim piatu!" segala kata-kata yang dia pendam selama ini akhirnya keluar juga. Puas hati dia.

[OG] Fallin' || BangchanWhere stories live. Discover now