CKT 5

2.2K 93 1
                                    

Pulang sahaja daripada menemani Firas tadi , aku terus masuk ke dalam bilik . Penat yang teramat sangat . Keluar dari rumah pukul sepuluh balik pukul lima petang . Cakap nak pergi barang , tapi dia pulak yang ajak keluar melencong tempat lain .

Baru sahaja ingin melelapkan mata seketika , pintu bilik aku diketuk .

"Kak ! adik nak masuk" budak ni kalau tak ganggu ketenteraman hidup aku , memang tak boleh ke ?

"Masuk"

"Best ke kak keluar dengan buah hati ?"

Best ke ? Sakit hati ada la . Orang ajak pergi tempat lain dia nak jugak pegi rumah hantu siang-siang hari tu .

[Flashback]

"𝘑𝘰𝘮 , 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘯𝘢𝘬 ?" . Dia ni gila ke nak pergi tempat macamtu siang-siang hari ?

"𝘒𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘰𝘵𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘶 . 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 . 𝘈𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 , 𝘮𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘭𝘢𝘮𝘣𝘢𝘵" laju aku menolak ajakan Firas itu .

"𝘕𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘤𝘢𝘭𝘭 𝘊𝘪𝘬 𝘔𝘢𝘻 . 𝘑𝘰𝘮 𝘭𝘢 , 𝘓𝘦𝘦𝘺𝘢 . 𝘒𝘢𝘶 𝘤𝘢𝘬𝘢𝘱 𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘢𝘯 ?" . Aduhai , ayat dia ni boleh buat aku tercekik betul ni .

"𝘈𝘬𝘶 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘦𝘴𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘦𝘮𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘱𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶 , 𝘍𝘪𝘳 . 𝘗𝘦𝘳𝘨𝘪 𝘭𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 , 𝘓𝘦𝘦𝘴𝘺𝘢 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪" aku masih tidak bersetuju dengan ajakan Firas . Risau kalau hantu tu kacau aku , aku pulak yang mati kejung dekat situ .

"𝘛𝘪𝘬𝘦𝘵 𝘥𝘢𝘩 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 , 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘢𝘮𝘱𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢 𝘵𝘶 ? . 𝘈𝘬𝘶 𝘫𝘶𝘢𝘭 𝘯𝘰𝘮𝘣𝘰𝘳 𝘬𝘢𝘶 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬𝘱𝘶𝘯 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘦𝘭𝘪 𝘬𝘶𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘳 , 𝘢𝘬𝘶 𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘳𝘦𝘵𝘢" Dia punya nak takutkan aku jangan main-main . Dia kata maknanya dia akan buat . Bukan tak boleh main dengan Muhammad Firas ni

"𝘐𝘴𝘩𝘩 , 𝘺𝘦 𝘭𝘢 . 𝘈𝘬𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘴𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨 𝘦𝘩 , 𝘍𝘪𝘳"

[End Flashback]

"Kakk , kau ni jauh betul mengelamun . Aku tanya ni best ke tak ?" Tiara ulang sekali lagi soalan bila aku terus diam tanpa sebarang kata .

"Hermm , bole la" aku menjawab tanpa memandang Tiara .

"Punya lama keluar dengan dia . Tu je kau cakap kak ?"

"Kalau aku cakap best kau tanya 'kau keluar pergi mana je kak' . Kalau aku cakap tak best kau cakap 'keluar dengan crush kot takkan la tak best' " aku meniru gaya Tiara bercakap .

"Kak , sudah la suka kan si Fir tu . Dia dah berpunya" . Aku diam sambil otak mencerna apa yang dikatakan Tiara . Kenapa tiba-tiba dia cakap macamni . Dia sukakan Firas jugak ke ?

Taknak ada rasa syak wasangka aku terus bertanya soalan pada Tiara .

"Kau kenapa dik ? Kau suka dekat Fir ?" tanpa berselindung aku ajukan soalan .

"Uihh , kau punya overthinking kak . Jauh bebeno"

"Habis ? asal kau tanya macam tu ?"

"Kak , kau dengan aku adik beradik kak . Kita lahir dari rahim yang sama . Adik tak nak kakak sedih . Jangan penatkan diri , jangan sakitkan hati hanya semata-mata nak tunggu orang yang belum tentu nak dekat kita . Kalau akak sedih , adik pun sedih . Lupakan dia kak " . Air mata yang ditahan akhirnya jatuh membasahi pipi . Terharu dengan kata-kata Tiara .

"Perasaan ni dik bukan senang kita nak buang . forget him is not as easy as when we first knew him . Dia ambik masa lama tau dik" aku bercakap dengan suara yang sedu sedan .

"Cuba kak . one day you will succeed" Tiara menyambung kata .

Boleh ke aku sendiri lupakan Firas atau terus jatuh cinta pada dia , sedangkan aku sendiri tahu dia dah berpunya ? . Berdosa ke aku sukakan buah hati orang ? . Kalau aku tahu dia dah berpunya dulu aku sendiri yang akan buang perasaan ni .

CINTA KEKASIH TERAGUNG Where stories live. Discover now