Special Chapter (RAYA)

Start from the beginning
                                    

Badannya juga terasa lenguh dan penat

"sayang okay tak abang tengok macam ada sesuatu yang tak kena je?" Aaira menggeleng

"tak ada cuma belakang saya lenguh tu je" kata Aaira

"nak abang urut ke?" Luth menawarkan diri untuk mengurut Aaira

"tak payah la kita semua penat tadi, tak apa saya tak kisah esok okay la ni" Aaira taknak menyusahkan Luth.

Berbanding dia, Luth lagi banyak buat kerja tadi, pergi cari buluh lepastu semua berkaitan lemang Luth dan Arshad yang uruskan

"ala sayang tak apa lagipun abang tak mengantuk lagi" Aaira memandang Luth pelik

"abang serius la daripada pagi tadi kita buat kerja takkan abang tak mengantuk?" Luth menggeleng

"tak cepat la abang urut" akhirnya Aaira hanya akur.

Rasa selesa pula semasa Luth mengurut badannya lama lama matanya perlahan lahan terlelap.

Luth yang mengurut badan Aaira juga turut sama melelapkan mata.

"Aaira bangun, sayang bangun jom solat subuh" kejut Luth,.dia menepuk lengan Aaira perlahan

"huarghhh... dah subuh ke?" Aaira yang masih mamai menguap sambil menutup mulut

"haah baru lepas azan subuh tadi" jawab Luth

"tak apa awak pergi la masuk bilik air dulu kalau dah sudah gerakkan saya" katanya kemudian Aaira sambung tidur

perangai Aaira buat Luth menggelengkan kepala tapi dia faham Aaira mesti penat semalam, dia membuat keputusan untuk masuk terlebih dahulu ke dalam bilik air.















"SAYANG butang baju abang mana?" soal Luth pada Aaira

"ada dalam almari meja solek belah kiri cuba abang tengok" jawab Aaira yang sedang sibuk memakaikan baju melayu pada Luth Ammar.

Luth tanpa banyak bicara mendekati meja solek dan menarik laci untuk mencari butang baju

"jumpa pun" kata Luth pada dirinya.

Dia mengambil bekas yang terisi butang baju melayunya dan ternampak sehelai kain yang sangat dia kenal.

Dia mengambil kain tersebut, ternyata andaiannya benar itulah kain yang terkait namanya, puas dia cari selama ni rupanya ada pada Aaira

"abang jumpa tak butang baju" Aaira melihat di tangan Luth bukan butang baju yang suaminya pegang tapi sapu tangan yang selama ini dia simpan ketika Luth memberikan kepadanya semasa dia mengalami kecederaan di sempadan thailand beberapa tahun lepas.

"macam mana kain abang ni boleh ada pada sayang?" Aaira tersenyum, dia tahu pasti Luth terlupa perkara yang jadi beberap tahun lepas

"abang tak ingat ke?" Luth balas dengan gelenggan

"kan masa Aaira cedera kena tembak masa kita lari daripada penjahat dekat sempadan thailand dulu abang bagi pinjam kain ni dekat Aaira" ceritanya

"ouhh iyaa la sayang, abang baru teringat tapi kenapa sayang tak pulangkan balik pada abang masa kita dah kahwin?" Aaira tersengih

"Aaira sebenarnya terlupa nak pulangkan itu pun nasib abang jumpa kain tu kalau tak Aaira pun lupa" sejujurnya memang dia lupa pasal kain tersebut.

"tak apa lah lagipun kain ni memang abang cari dah lama sebelum kita kahwin lagi ingatkan hilang rupanya ada pada Aaira" Luth membelek belek kain tersebut pandai Aaira jaga tak kotor sikit pun kain ni

"kenapa ada kenangan ke pasal kain tu?" mana lah tahu bekas kekasih bagi sebelum Luth jumpa Aaira

"kain ni seminggu sebelum ayah meninggal dia kaitkan nama abang atas kain ni , tu sebab lah abang cari" tergamam Aaira mendengar cerita Luth

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now