SALAH AKU 2

10 0 0
                                    

Masa ni awal sesi persekolahan and time ni aku dengan Yan ni dah form 5 . Masih satu kelas and aliran sama

Kelas kitaorang kategori kelas paling depan sekali tapi ada dua aliran iaitu aliran sains dan aliran akaun

Aku dengan Yan ni ambil aliran akaun .

Yan ni dia jaga aku baik punya . Tipikal orang bercinta lah kan ? Aku pulak jenis jarang makan and sedikit melawan cakap .

Mesti dia kan offer untuk belikan aku makanan and pastikan aku makan . Dia jaga pakaian aku sebab pandangan lelaki dengan perempuan kan tak sama . So dia nak elakkan aku dari pandangan yang macam tu lah .

Aku pulak ikut je lah sebab sumpah aku memang dah start cinta mati dekat Yan .

Kau cuba bayangkan akuni suka marah and suka maki orang au and dia cakap dekat aku kalau boleh jangan maki and jangan marah orang lain .

Cukup maki and marah dia je .

Dia pernah cakap dekat aku yang jangan pernah tawar hati dengan dia and setia dengan dia sampai bila² .

Akupun time tu ada pasang niat nak jadikan dia ni husb aku and aku janji dengan dia yang aku akan setia and takkan tawar hati dengan dia walau apapun jadi .

Dicepatkan cerita pertengahan sekolah aku dengan Yan ni kantoi dengan cikgu disiplin sebab bercinta .

Tapi aku dengan Yan ni takdelah sampai dating berduaan , pegang² atau masuk bilik ke apa . Tak pernah eh

Ohya . Yan ni sangat hormatkan aku , dia tak pernah ambil kesempatan dekat aku . Tak pernah sentuh aku and tak pernah cakap benda yang bukan² . memang baik gila lah orang cakap .

Sampai cikgu suruh kitaorang break depan dia , kitaorang break main² je depan cikgu tu . Balik rumah je on balik couple . Haha

Cikgu pernah cakap yang cinta monyet ni takkan pernah kekal .  Lagi² cinta dibangku sekolah , takdenya nak sampai kahwin .

Tapi aku tak dengar and tak layan . Aku buat bodoh je sebab dalam kepala otak aku ni ada si Yan ni je .

Kalau aku disuruh kahwin dengan si Yan ni pun aku sanggup . Tak payah paksa aku sendiri yang akan tawarkan diri . Sebab aku memang cinta mati dekat si Yan ni .

Dekat mata aku , aku cuma nampak Yan , Yan , Yan and Yan je . Orang lain aku tak nampak .

Sampai cikgu akaun aku bagi amaran eh siapa dia dapat tau bercinta dia akan tampar .

Tapi tetap aku buat bodoh .

Masa form 5 kan cikgu ada buat banyak kelas tambahan lagi² untuk kelas aliran . So memang aku dengan Yan ni banyak jumpa cuma bukan dalam keadaan berdua .

Ha kitaorang lepak ramai² dalam kelas .

Tapi Yan ni cemburu kalau aku cerita berkumpulan dengan kawan lelaki dia . Haha

Pernah sekali tu aku duduk dengan geng² dia lah sekali . Cerita punya cerita tau² je kerusi aku duduk tu dia angkat and letak aku dekat tempat duduk aku .

Kawan dia gelak je sebab faham kan aku dengan Yan ni bercinta .

Lepas dia letak akutu dia buat tanda tak boleh duduk dekat situ means tak boleh duduk dengan geng lelaki dia . Aku pun iyakan jelah and buat kerja sendiri .

Ada pulak satu hari tu kelas tambahan apa ntah tapi aku tak sihat . Demam

Tapi degil tetap jugak nak datang kelas tambahan , Yan carikkan aku ubat and dia bagi aku makan dulu lepastu minum ubat .

Dia suruh aku buka kasut and lunjurkan kaki ke depan lepastu dia urut kaki aku sampai aku tertidur . Balik tu pulak dia siap bawakkan bag dengan buku² aku tau .

Terharu ? Ofkos . Hahaha

Ibarat dilayan macam princess kau tau . Hati aku jangan cakapla happy sangat² .

Lagi² Yan ni bukan jenis yang suka melayan perempuan dalam chatlist dia pun takde number perempuan except aku . And guest what ? Chat akutu dia pinned tau

Dalam chat dia panggil aku baby and aku panggil dia bb .

Aku suka makan mangga and dia rajin belikan aku buah mangga yang dalam bekas tu . Tak payah minta kadang dia memang dah siap² beli .

Contact aku pulak dia letak baby sekali dengan emoji buah mangga dengan love

Aku pulak letak nama choraa yang bermaksud tinggi . Sebab dia tinggi kan . Hahaha

Aku tak pernah log in ig atau fb dia tapi aku bagi password ig dngn fb aku dekat dia . Means dia boleh buka ig dengan fb aku .

Lagipun aku takde benda apa yang nak dirahsiakan . So bagi aku benda tu takde masalah pun .

Bila nak dekat² SPM , cikgu² pun selalu lah kan buat extra class even waktu cuti sekolah sabtu ahad pun cikgu buat .

Yan memang selalu pergi dengan geng² dia , aku pulak pergi dengan Imran and sorang lagi kawan aku yang ex si Yan ni .

Kadang mak Imran yang hantar kadang bapak aku yang hantar pergi sekolah . Balik pun sama , kadang aku ikut mak s Imran kadang Imran ikut bapak aku .

Nak dijadikan cerita habis kelas tambahan tu akuni nak buat prank lah dekat si Yan . Gatal kan acah² akulah yang terpaling ada boyfriend

Ikutkan aku balik dengan mak s Imran haritu tapi aku acah² yang mak s Imran ni dah tingglkan aku sorang² dekat bawah .

Padahal kitaorang belum balik lagi tengah tunggu mak s Imran datang ambil

Mula² Yan tak percaya au tapi aku punyalah yakinkan dia . Kau cuba bayangkan dia lari turun dari flat guru dekat hujung pergi bawah dekat bus stop .

Waktu tu dia dengan geng² dia tengah lepak dekat flat guru  . Jauh kut

Sampai je dia dekat bawah bukan main besar nafas dia . Tapi dia tak marah aku cuma dia lega lah sebab aku cuma main² je .

Aku minta maaf dekat Yan and dia pun oke je cuma dia cakap jangan buat lagi sebab dia risau kalau aku sorang² lagipulak aku kan perempuan

Kasar macam mana pun perempuan tetap perempuan. 









Sambung next part 🫶🏻

SALAH AKU ( COMPLETE ✔️)Where stories live. Discover now