SYAQUILLA - BAB 81🔥

Start from the beginning
                                    

Bisik Natasha seraya mengusap bibir nipis suaminya. Iqbal senyum terharu. "Abang takkan lupakan Tasha.. abang akan selalu ingat isteri abang ni.. abang janji yang abang takkan mungkiri janji abang kali ni.. you're the one. And you're my last one.."

Bisik Iqbal seraya menggeselkan hidung mereka berdua. Natasha terkekeh ketawa lalu memeluk erat badan suaminya. Iqbal mengusap kepala isterinya lalu dicium lama pusar kepala Natasha.

"Tidur jom.. hujan-hujan ni lagi best tidur.." bisik Iqbal perlahan. Natasha mendongak ke arah suaminya lalu mengangguk. "Jom.." ujarnya dengan senyuman.

Iqbal melepaskan pelukan lalu mencempung badan isterinya. Natasha terkekeh ketawa lalu mengalung tangan ke leher suaminya.

Iqbal senyum senget. "Jom sambung round ke dua.." ujar Iqbal senyuman gatal. Natasha ketawa lalu menolak perlahan pipi suaminya. "Gatal.. tak cukup lagi eh yg tadi?"

Iqbal menggeleng seraya menggeselkan bibir mereka berdua. "Takkan cukup kalau dengan Tasha.. kalau boleh abang nak buat hingga pagi esok biar Tasha tak boleh berjalan untuk ke syarikat.."

Natasha senyum malu lalu mencium sekilas pipi suaminya. Jari telunjuk kiri mula menconteng dada bogel suaminya. "Jom.." ujar Natasha lalu menggigit bibirnya seakan-akan menggoda.

Iqbal menjeling lalu berlari laju masuk ke dalam bilik. Natasha ketawa kuat melihat reaksi suaminya.

"Abangg.. gelojoh!"

"Dengan Tasha je.."

*:・゚*:・゚✧

NATASHA berpeluk tubuh dihadapan adik tirinya yang senyum ke arahnya sekarang. Dia mengeluh perlahan lalu menghenyak punggung di kerusi pejabatnya. Dia mengerling tag yang berada diatas meja kerjanya.

'Chief Executive Officer - Mrs Natasha Syaquilla'

Natasha berdehem sekejap lalu berpaling ke arah Anna yang duduk dihadapannya sekarang. "Sorry aku lewat masuk sebab teman suami aku daftar ke U tadi." Ujar Natasha mendatar seraya membuka komputernya.

Anna senyum tipis lalu menggeleng. "Takpa.. Anna datang sini sebab nak minta maaf dengan perangai abang Anna.." ujar Anna perlahan. Dia berasa bersalah kepada Natasha kerana kelakuan Anas sebelum ini.

Natasha berdecit lalu berpeluk tubuh dihadapan Anna. Dia menolak isian pipinya dengan lidah. "Orang lain yang salah. Tapi kau pula minta maaf? Tch. Baik giler kau ni. Menyampah aku." Ujar Natasha sinis.

Anna senyum tipis. Takpa. Dia sudah biasa dengan perangai kakak tirinya. "Bila akak nak balik semula ke rumah? Mak Timah rindu akak.. mama pun rindu akak.."

Natasha gelak sinis. "Yeke rindu? Bukan ke kau suka ke aku dah tak ada dalam rumah tu? Boleh la kau kaut semua harta bapak aku kan? Go on. Aku dah tak heran semua tu. Kau ambil la semua." Ujar Natasha lalu menjeling adik tirinya.

Anna menggeleng perlahan. "Tak akak.. kami tak pernah ada niat untuk rampas semuanya dari akak.. kami cuma nak akak terima kami jadi keluarga akak.. Anna cuma nak.. kasih sayang dari seorang kakak.. kerana kasih sayang abang sudah hilang setelah abang Anas berubah.."

Ujar Anna dengan suara bergetar. Natasha mendengus lalu menggaru telinganya yang tidak gatal. Dia bencikan simpati. Dia tidak mahu mendengar semua ini kerana dia bencikan kesedihan.

"Dan mama.. nak sangat akak anggap dia sebagai mama.. mama dah tak boleh mengandung.. sebab tu dia nak sangat akak anggap dia sebagai mama kandung akak.." berkerut dahi Natasha mendengarkan itu. Dia terus berpaling ke arah Anna.

"Tak boleh.. mengandung?" Anna menggigit bibir lalu mengangguk. Dia mengesat air mata yang berguguran di pipinya.

"Betul.. selepas sahaja mama berkahwin dengan daddy, doktor beritahu bahawa rahim mama bermasalah.. jadi doktor ikat rahim mama supaya mama tidak mengandung.. ia berisiko tinggi.."

Natasha agak terkejut mendengarkan itu. Kerana Tuan Syazwan tidak pernah menceritakan perihal Puan Hannah kepadanya. Mungkin salahnya juga kerana tidak ambil cakna tentang ibu tirinya.

"Anna bukannya nk minta simpati.. tapi mama rindu sangat pada akak.. setiap hari dia menangis sebab dia anggap pemergian akak dari rumah itu adalah berpunca darinya.. dan.. mama.."

Natasha setia menanti percakapan dari adik tirinya. Matanya sudah berkaca namun dia masih tahan agar air matanya tidak menitis.

Anna mengetap bibirnya lalu menghembus nafas perlahan. "...mama.. ada cakap.. yang mama akan minta cerai dengan daddy kalau akak nak.. asalkan akak tak bencikan mama.."

Menitis air mata Natasha apabila mendengarkan itu. Dia bukanlah sekejam itu sehingga sanggup meruntuhkan rumah tangga bapanya semata-mata untuk kebahagiaannya.

Natasha menggeleng perlahan. Bila difikirkan balik, Puan Hannah tidak pernah melawan percakapannya. Wanita itu selalu menangkan dia dalam semua hal.. wanita itu langsung tidak mengeluarkan perkataan kesat kepadanya..

Jadi.. apa punca Natasha membenci ibu tirinya sedangkan dalam hal ini tiada sesiapa pun yang salah?

Tuan Syazwan berkahwin dengan Puan Hannah atas rasa simpati. Ia tidak bermaksud yang Tuan Syazwan telah melupakan arwah Puan Natalia.. Tuan Syazwan hanya ingin membantu sahaja..

Jadi.. ini semua.. adalah kesilapan Natasha.. kerana terlalu mengikut amarah serta menjunjung ego yang ada dalam diri..

TBC🤍
Anna..come hugs

VOTE AND COMMENT❤️

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now