"Habis tu, asal kawan aku cakap kau sepupu aku? Kau scam aku eh? Kau ingat mak aku tak lawa ke?" lawan Louise semula. Nada yang dipakai juga agak meninggi sedikit.

"Abang cakap baik sikit bang! Abang yang mulakan sesi soal siasat ni dengan saya. Nak marah-marah pulak." bidas suara itu tadi tidak puas hati.

"Tang mana aku marah, sengal? Aku cakap aje!" marah Louise kembali.

Tercengang Nathan yang mendengar. Penumbuk digenggam erat. Louise Qaisar memang takkan pernah serius! Ada saja bala yang hendak dicipta.

"Jangan lah jerit! Kitonyo anak mak!" ujar suara itu lagi. Nathan pula buat muka di tempat dia berdiri sekarang.

Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan. Kaki berjalan ke arah tempat yang Louise ditugaskan.

"Alah kau! Jangan nangis!" kata Louise dengan nada memujuk. Badan tegap lelaki di hadapannya itu ditarik masuk ke dalam pelukan. Ditepuk perlahan belakang anak buah Dato' Rusman itu.

Sinis senyuman daripada bibir anak buah Dato'Rusman. Pisau rambo diangkat tinggi, mahu menikam belakang Louise.

Stupid!

"Jangan nanes eh? Titew tak sengaja." pinta Louise dengan suara perlahan. Langsung dia hiraukan gerangan yang dipeluk sekarang.

BANG!

Terus longlai tubuh yang dipeluk Louise itu.

"Lah? Cepat sungguh kamu dijemput malaikat maut. Innalillahiwainnalillahirajiun. Semoga roh kamu tenang di sana wahai sepupu 5 minit ku." kata Louise. Wajah sedih ditayang, kepala menunduk sambil tangan dilekapkan pada dahi sendiri. Digeleng-geleng pula kepalanya selepas itu.

"Syaitan mana yang tembak-" Louise pusingkan badan ke belakang. Mahu melihat siapa yang menembak 'sepupu' nya itu.

"Sebelum kau menyusul, baik kau settle kan part kau sekarang." celah satu suara daripada belakang.

"Echo! Kau yang tembak sepupu aku?!!" marah Louise. Air mata palsunya dilap.

Kononnya sedih lah tu.

"Kepala lutut acik mu! Tang mana dia sepupu kau?!" marah Nathan semula. Pening dia melayan perangai Louise.

Berpelajaran tinggi namun otaknya terlalu dipenuhi air sehingga melembabkan proses pemikiran si Louise.

"Kau yang cakap tadi!" bidas Louise semula. Mencerun matanya merenung Nathan.

BUK!

BUK!

BUK!

"Amik kau! Yang lembab sangat apahal?! Kau dah tau Asher tu sepupu kau, kau boleh beramah mesra dengan musuh sendiri!" marah Nathan sebelum memusingkan badan dan berjalan pergi meninggalkan Louise seorang diri.

"Sakitlah, haram!" jerit Louise kuat. Kepalanya yang dijadikan lepasan geram Nathan tadi digosok perlahan.

"Settle your part! Asher dah tunggu dekat kereta!" jerit Nathan melalui earpiecenya.

Sengaja.

"Eh, kau memang-" belum sempat ayat Louise habis didengari, sudah dicabut earpiecenya lalu disimpan ke dalam poket seluar.
















LIP MATTE dicalitkan bagi menyempurnakan bahagian wajah yang agak pucat.

"Kau sure nak pergi sana tak pakai topeng silikon kau?" soal satu suara daripada pintu biliknya.

Bibir itu mengukir senyuman manis sebelum kepala digeleng. Sahabatnya ini, atau lebih tepat lagi kakak angkatnya ini tidak pernah berubah.

"I'm not gonna wear that today. Only mask will cover my face for today." lembut dia menjawab. Laci meja soleknya ditarik lalu satu mask hitam ditarik keluar.

[C] | ALORA : HIS LOST QUEENWhere stories live. Discover now