- 𝑨𝒍𝒍 𝑻𝒉𝒆 -

54 4 3
                                    

"DAMYA ISHAIRA! TURUN. BAWAH. SEKARANG!."Gadis remaja itu pun dengan lekas turun ke bawah apabila di seru oleh seseorang dengan keras.

Apabila gadis itu sudah tiba di ruang tamu rumahnya, dia melihat seorang wanita dewasa yang sedang mencekak pinggang sambil memandang tajam ke arahnya.

"Ha baru nak turun anak dara ni! Apa yang lama sangat kat atas tu ada intan berlian ke?!"jerkah wanita itu ke anak daranya.

"Eh, apa mama ni tiba tiba cakap macam tu" kata gadis itu sambil mengusap kedua tapak tangannya kerana berasa agak gugup.

"Mama panggil mya kenapa ni? Ada apa apa ke mya kena tolong?" tanya gadis itu , keliru dengan mamanya yang tiba tiba sahaja memanggilnya tadi.

"Mestilah, kamu tu yang tak dengar mama panggil banyak kali, tapi tak muncul² pun kamu. Tu yang mama jerit haih" kesal wanita itu kepada Damya.

"Hehe sorry lah mama tadi mya tengah buat kerja sikit sambil pakai earphones tu yang tak dengar"ujar Damya.

"Haih kamu ni lah , ni mama nak kamu tolong bersihkan rumah sekejap," pinta mamanya pada Damya.

"Oh, yang tu je ke ingat apa lah tadi . Okay nanti mya tolong. Mama nak pergi mana ni?" soal Damya ke mamanya.

Yelah mama selalunya kalau nak pergi mana mana baru minta tolong. Kalau tak mama ajak kemas sekali sebab Mama ni seorang yang rajin mengemas tau!

Jangan salah faham ye Damya ni dia rajin tengok lah Mama dia siapa.mestilah kena rajin like mother like daughter y'all.

Hahaha

"Oh, Mama dengan adik nak pergi ambik cake dekat bakery sekejap" kata Mama. Sambil membetulkan tudung bawalnya yang agak senget tadi.

"Haah lah! Mya lupa hari esok kan hari jadi Papa...Mama tolong belikan Mya chocolate boleh tak? Mya teringin lah..."kata Damya sambil muncungkan bibirnya untuk memujuk.

"Aih again, Mya enough on sugar please Mama dah kata kan tak bagus untuk kamu," tegur mama.

Penat nak tegur budak ni, asyik makan gula je. Alasan dia sebab teringin kang gigi tu dah ronggak, salah kan orang lain sebab tak nasihat dia pulak...

"Alaa sikit je Mya janji tak lebih pun. Lagi pun Mya dah cut sugar lama dah cheat day lah pulak" pujuk Damya lagi masih tanak kalah untuk dapat kan chocolate nya itu.

Mama hanya anggukan kepala sahaja tanda iya. Terlalu pasrah dengan anak dia itu, Jika tak beri mesti merajuk satu hal nak pujuk dia tu aish.

Damya senyum suka terus memeluk tubuh mamanya dengan erat dan tidak lupa mengucapkan terima kasih.

Ruang tamu itu hanya kedengaran suara gelak ketawa mereka berdua...

-----------------------------------------------------------

knock.

Bunyi ketukan pintu di bilik Damya Ishaira kedengaran tetapi gadis itu tidak perasaan akan nya. Terlalu kusyuk menulis sesuatu di atas sehelai kertas

KNOCK!

Ketukan keras itu memeranjatkan gadis itu, lekas dia ke arah pintu itu dan tanpa basa basi membuka pintu itu.

Terlihat seorang anak kecil perempuan yang memakai baju tidur kartun yang mendongak ke arah Damya sambil memegang anak patungnya.

"Eee kakak niii! Kenapa tak bukak pintu tadi, penat adik ketuk tau! Sakit dah tangan ni," rungut si adik dengan wajah yang sudah masam.

𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐃𝐈𝐀𝐑𝐘 | 𝐎𝐔𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈𝐄𝐒 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now