Syafiqah yang beria mahu menemaninya tidur di bilik tetamu, katanya risau akan keadaan dirinya yang makin sarat.

Aaira yang makin rasa tak selesa, perlahan lahan bangun dan meraba di bahagian katil, dia terasa basah di bahagian tilam dan seluar tidurnya

'takkan air ketubannya dah pecah' bisik hati Aaira.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengejutkan Syafiqah di sebelah

"Iqa bangun" nasib baik sekali saja dia kejut, Syafiqah dah terjaga

"kenapa Aaira, kau nak apa apa ke?" Syafiqah bangun dari pembaringan

"bukan, aku rasa air ketuban aku dah pecah" terbeliak mata Syafiqah

"kau serius lah!!" terjerit dia malam malam buta ini

"yela, jom kita pergi hospital" kata Aaira

"sekejap, mana beg yang kau bawa untuk pergi hospital tu?" Syafiqah terus pergi ke arah beg Aaira

"warna hitam tu" Aaira turut bangun perlahan lahan

"Aaira biar aku papah kau" Syafiqah sempat mencapai kunci kereta dan memapah Aaira turun ke bawah.

Sebaik sahaja Syafiqah start enjin kereta, tanpa menunggu lama dia terus memecut laju keluar dari taman perumahan

"Iqa kau bawa perlahan sikit boleh tak, aku nak beranak dekat hospital bukan dalam kereta kau" jerit Aaira.

Ini pertama kali dia melihat Syafiqah bawa selaju ni

"aku ni  risaukan kau sebab tu aku bawa macam ni lagipun dah nak sampai hospital ni" tanpa mendegar kata Aaira, dia terus menekan minyak sehingga mereka selamat sampai ke hospital.







"IQA, macam mana dengan Aaira" Luth  baru sampai di hospital bersama dengan Arshad

"entah lah Luth, dah dua jam Aaira masuk tapi masih belum keluar, tadi saya ada teman dia dalam wad, tengok dia okay, inshaAllah tak ada apa apa, kita doakan Aaira selamat" Syafiqah menenangkan Luth padahal dia sendiri dari tadi panas punggung menunggu Aaira

"dah bagitahu keluarga awak dengan Aaira?" tanya Syafiqah

"belum, saya tunggu subuh takut diaorang kelam kabut pula datang sini" jawab Luth

"dah sayang jom kita duduk, berapa lama sayang berdiri" Arshad menarik tangan Syafiqah untuk duduk

"saya okay cuma saya risaukan Aaira, dah 2 jam dia dekat dalam" Arshad memegang tangan Syafiqah

"inshaAllah Aaira tak ada apa apa, kita doakan moga Aaira dan baby selamat" pesan Arshad.

Dalam setengah jam kemudian, akhirnya doktor yang menyambut kelahiran bayi Aaira keluar dari dewan bersalin, Luth meluru ke arah doktor tersebut

"doktor macam mana dengan isteri saya?" tanya Luth

"alhamdullilah puan Aaira dan baby selamat, tahniah encik dapat anak lelaki" kata doktor itu

"alhamdulillah" ucap Luth, pasangan di belakang juga turut memanjatkan rasa syukur.

Selepas doktor itu pergi,.Luth meminta diri untuk ke surau.

Arshad menemani Luth manakala Syafiqah masuk ke dalam untuk melihat keadaan Aaira.






SEBAIK sahaja Aaira membuka mata,  Luth orang pertama yang dia lihat di sebelah, suaminha sedang memegang seorang bayi

"Luth" panggil Aaira

"sayang dah bangun" Aaira mengangguk perlahan, dia masih lemah

"cuba tengok baby kita ni" Luth menyuakan bayi mereka pada Aaira

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now