"Terima kasih sebab belanja keluarga aku malam ni. Bukan murah tu tau," suara Qis. Terbeliak jugalah tengok jumlah yang tertera pada resit yang diberikan. Tapi Hirzan pula selamba badak saja serahkan kad debitnya.

"Alah! Bukan selalu. Keluarga Qis, keluarga Hirz juga. Keluarga Hirz, keluarga Qis juga," balas Hirzan sambil berjalan beriringan dengan wanita itu menuju ke pantai dalam kawasan The Bayu Resort ini.

"Macam mana dengan progress novel? Cerita akan datang yang macam mana pula?" 

Mereka berdua sampai di depan pantai. Berdiri jauh sedikit dari gigi air. Angin sedikit sejuk dari kebiasaan malam ni. Gelora ombak juga nampak tidak tenang. Hirzan andaikan yang mungkin akan hujan malam ini.

"Ermm okay. Baru je keluar buku baru dalam tiga bulan lepas. Sekarang pun dalam proses taip manuskrip lain cuma aku tak ada idea buat masa ni."

Qis terfikirkan sesuatu. Cerita itu sudah lama dikarang. Dia ambil serba sedikit dari kisah nyata tapi disebabkan kisah itu terhenti di tengah jalan, Qis cuba kembangkan dengan merekanya pula. Sekarang tersangkut juga. Tak tahu macam mana nak kembangkan dan bagaimana akan diakhirkan kisah itu.

"Susah juga tu. Kalau lama sangat tak idea tu, macam mana?" Hirzan tanya lagi.

"Selalunya tak lama. Tunggu je lah. Kau pula macam mana kerja? Mak kau kata sibuk sangat, kerja luar sampai berminggu-minggu tak ada khabar. Lepas tu dah kurang." Qis tukar topik dan beri soalan kepada Hirzan pula. Nak tahu jugalah perkembangan kerja Hirzan.

"Aku tukar department."

"Sebab?"

Lambat-lambat Hirzan membalas. "Sebab kerja tu dah pisahkan aku dengan Qis Arlynna."

Qis menghela. Kenapa dia rasa Hirzan semakin beri dia ayat yang ada dua maksud? Atau otaknya sengaja tak mahu faham ayat yang mudah tu.

"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Qis seraya pandang Hirzan.

Hirzan memeluk tubuhnya dan ada segaris senyuman di wajahnya. Dia tahu Qis anak sulung perempuan. Tak suka berbasa-basi. Lebih sukakan ayat yang berterus-terang supaya mudah untuk wanita itu mengulas, membidas dan membuat simpulan.

"Aku tahu hal tiga tahun lepas tu tak sepatutnya jadi. Aku menyesal... Tapi dalam masa yang sama, aku tak menyesal sebab aku bergerak ikut keadaan." Hirzan memulakan bicara.

Jantung Qis mendebar entah kenapa.

"Aku cuma nak peluang kedua. Kita sambung apa yang belum tamat," sambung Hirzan lagi.

Qis membelakangi Hirzan.

"No! Tak ada peluang kedua. Bukan setakat kau tapi sesiapa pun. Bagi aku kalau kali pertama pun dah tak boleh hargai apa lagi peluang kedua. Aku pun dah tak percaya lelaki. Aku benci lelaki. Full stop!" tegas Qis. 

"Baguslah. Aku bukan lelaki. Aku imam kau."

Qis menghela bila dengan balasan yang penuh yakin itu. Terus tubuhnya dipusingkan menghadap Hirzan yang masih di posisi sama. Tetap saja senyuman itu tidak hilang. Ingat dia akan cair ke kalau bagi pickupline begitu?

"Tak kelakarlah Hirzan. Kenapa eh aku rasa benda ni senang sangat bagi kau?  Putuskan hubungan lepas tu minta jadi kawan. Aku sampai tak tahu nak bagi ekspresi dan rasa apa masa tu. Tak marah, tak kecewa cuma mempersoalkan kenapa kau pergi. Kau? Tak sakit hati ke? Tak ada kesan ke kat hati kau..."

"Ada Qis Arlynna," pintas Hirzan masih dengan nada lembut. "Aku pasti akan tunjuk kalau rasa sakit tu boleh nampak dengan mata kasar. Aku tahu tindakan tu bagi kau terlalu bodoh, aku minta maaf," ucap Hirzan masih memujuk. Dia tahu kemaafan tu mahal yang takkan dapat dibayar dengan duit. Tapi dia sanggup. 

"Dahlah Hirzan. Kita jadi kawan je. Lagi pun kau yang minta sebelum ni. Lupakan yang kita pernah ada hubungan." Qis tetapkan pendiriannya.

Hirzan melangkah dan pergi berdiri di depan Qis.

"Kau tahu kenapa aku masih nak berkawan? Supaya aku tak hilang kau. Sekurang-kurangnya ini akan jadi asbab untuk aku dapatkan kau balik. Tak adalah macam mendadak sangat. Dan... Aku tak tunggu tiga tahun ni hanya untuk berkawan je Qis Arlynna. Kau ingat aku tak sayangkan hubungan tu ke... Sayangkan kau?"

Qis mengetap bibirnya sedikit. "Kalau sayang, kenapa pergi?" Kemudian, pandang Hirzan. 

"Hirz ada sebab..." balas Hirzan. Nadanya masih lembut dan tenang. Sebab yang dia tak boleh ceritakan kepada sesiapa. Kalau kerjanya juga adalah sebuah rahsia maka segala hal yang berlaku juga adalah rahsia.

"Sebab kerja? Orang lain pun kerjalah. Antara nak pertahankan atau tak je." Qis sedikit tersentak bila nampak kerlipan cahaya dari langit. Hatinya jadi resah.

Hirzan perasan akan perubahan Qis. Mata wanita itu asyik melirik ke langit dan menjadi cemas.

"Aku nak balik. Terima kasih untuk malam ni tapi bukan pasal apa yang kita bincang tadi. Aku harap kau hormat pendirian aku. Assalamualaikum." Qis aturkan langkah segera.

"Aku teman kau balik chalet-"

"Tak payah."

Seraya itu, ada kilatan cahaya sesaat dan diselangi bunyi guruh berdetum kuat.

Qis menjerit kecil, terduduk dan sekali menutup bahagian atas kepalanya. Matanya juga dipejam rapat. Hatinya meronta-ronta ketakutan dan rasa longlai untuk ke mana-mana.

Hirzan terus mendapatkan Qis yang menangis kecil kerana ketakutan. "Kau okay tak?" Zip pada jaket hoodnya ditarik ke bawah lalu tanggalkan dari tubuh. Jaket hood itu dipakaikan pada Qis. Air hujan mula menitik menjadi gerimis.

"Jom, aku hantar kau balik." Hirzan tolong Qis berdiri dan iring ke chalet keluarga Qis.

Tepat sampai depan chalet, gerimis menjadi semakin lebat. Kebetulan Puan Jannah membuka pintu dan menjenguk keluar kemudian terlihat Qis dan Hirzan. Wanita itu memijak turun beberapa anak tangga dari pintu chalet.

"Qis..." panggil Puan Jannah sedikit risau. Dia bawa Qis masuk ke dalam chalet.

Qisha yang berdiri di muka pintu beri laluan kepada kakak dan emaknya untuk masuk. Setelah itu turun ke beranda chalet dan mendekati Hirzan.

"Terima kasih teman my sister balik. Dia ada trauma. Dulu masa dia tengah buat homework dalam bilik, dia kata macam ada petir sambar betul-betul atas kepala dengan guruh kuat yang berdentum tiba-tiba. Sampai ada serpihan siling dan pasir yang jatuh atas dia. Sejak hari tu, dia... Akan menyorok dan selubung diri dengan selimut walaupun ada kita orang yang teman dia," cerita Qisha.

Hirzan baru tahu. Patut saja Qis nampak cemas tadi. Mungkin sebab nampak cahaya kilat sebagai petanda akan hujan.

"Kalau dia tak dapat selubung kepala dia dengan selimut atau apa-apa, dia akan panic attack. Menangis dan duduk kat tempat tu sampai guruh dan petir tak ada."

"Hirzan..." Puan Jannah muncul. "Maaflah susahkan Hirzan. Macam tu lah Qis kalau waktu macam ni. Harap Hirzan tak terkejut.""

"Tak susah pun makcik. Harap dia okay lah nanti."

"In sha Allah, esok dia akan okay esok," balas Puan Jannah.

"Kalau tak ada apa, saya minta diri dulu. Esok saya datang lagi tengok Qis. Kirim salam dekat pakcik. Assalamualaikum." Hirzan tunduk sedikit sebagai hormat kemudian meredah renyai hujan.





His ReturnWhere stories live. Discover now