padang pasir Gaza

6 0 0
                                    

notifikasi berbunyi, kling!
tapi tidak sebegitu bunyi nya,
kerana aku sudah asingkan agar bunyi yang keluar dari telefon aku ini lain daripada bunyi notifikasi orang lain.
bunyi bamboo.
istimewa.
hanya buat dia.
yang lain tidak.
yang lain hanya yang biasa.
tapi sesemenjak ini sudah tidak rancak bunyi itu berbunyi.
seperti di timur tengah.
gersang dan sunyi sahaja.
angin juga kadang sepoi-sepoi bertiup.
sudah jarang kencang.
angin itu lah cuma basa-basi kosong bertanya sedang apa, buat apa.
jikalau tidak ditiup, tiadalah bunyi notifikasi bamboo itu.
eh silap, tiadalah angin bayu itu.

seperti hidup segan mati tak mahu,
itu kalau kita menurut peribahasa dahulu lah,
jikalau menurut kata hati ku,
ibarat mahu berborak tapi segan dan takut menganggu.
haaa begitu.

in masa dan takdir we trust,
aku berpegang dengan kedua itu.
tapi rasanya malam ni angin pun tidak ada sebab untuk bertiup kerana tadi sudah dia beralun.
takkan mahu meniup olok-olok lagi.
takut jadi bencana alam yang merosakkan segalanya sahaja.

:alah cakap jelah kau segan, malu, nub,
:err...lantak kau lah, bagi aku ruang untuk berdelulu, aku kan memang suka begitu.

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now