Part 1

900 60 0
                                    

Dia pandang aku atas bawah. Macam aku ada buat salah.

Aku duduk dekat seat dia ke?

Sepantas kilat aku check tiket dengan nombor kerusi yang terlekat di cermin tingkap ETS.

"Ni memang tempat aku. Bukan tempat orang lain." Aku mengomel dalam hati.

"Ni seat awak?" Soal aku selepas berdeham dalam dua tiga kali
untuk hilang rasa kekok. Aku tunjuk kerusi yang masih kosong di sebelah kanan.

Dia angguk. Lalu, dia letak beg di bahagian atas seat sebelum duduk.

Selepas duduk pun, dia masih tenung aku muka penuh minat. Serupa aku ni salah seorang TikToker paling famous di Malaysia.

Dia hanya tak tenung muka aku ketika pramugara check tiket je. Waktu lain, anak mata dia ibarat dah melekat dengan muka aku. Langsung tak beranjak walaupun untuk sesaat.

Mamat ni ada masalah mental ke?

Takut pulak aku!

Badan dia wangi bau perfume mahal. Tak bau busuk. Pakaian pun kemas dan bersih. Tak macam orang gila.

Tapi bila fikir balik, ada je orang gila yang pakaian dia bersih. Badan pun sentiasa wangi 24 jam. Jadi, mungkin dia kategori yang ni.

Aishhh... makin seram aku jadinya!

Harap-harap dia tak gila dan bukannya seorang lelaki yang psiko. Boleh merana jiwa dan raga aku nanti.

Aku senyum sesaat lalu sumbat earphone ke dalam lubang telinga. Aku pusing badan menghadap ke arah tingkap. Tengok luar dengan harapan hati akan rasa lebih aman.

"Awak turun mana? Turun dekat Arau juga?"

Kejang seluruh badan aku saat suara garau dia menyapa ke telinga. Soalan dia mudah, tetapi sangat mencurigakan.

Macam mana dia boleh tahu? Dia intip aku?

"Saya dengar pak cik tu sebut waktu check tiket tadi."

Terang dia terlebih dahulu sebelum sempat aku tanya.

"Saya pun turun dekat Arau juga. Kawan baik saya nak kahwin esok."

Aku cuma angguk. Riak muka memang sombong habis. Tak ada mood nak melayan jiran sebelah.

"Semua kawan saya dah kahwin. Saya je yang masih single." Sayu intonasi suara dia. Ibarat tengah mengadu dekat aku pun ada.

"Agak-agak awak, bila saya akan kahwin?"

Ternaik tinggi kening aku. Lain macam betul soalan dia.

"Awak nak kahwin dengan saya tak?"

"What?" Garang aku menyoal. Terlampau terkejut sampai berdegup kencang jantung.

"Awak nak tak? Jawatan sebagai isteri saya masih kosong." Selamba badak dia bercakap sebelum tersenyum lebar hingga ke telinga.

Aduh, gawat! 

Memang terang lagi bersuluh yang lelaki sebelah aku ni...

Gila!

RAIS & RAISA (COMPLETED)Where stories live. Discover now