BAB 8

3K 300 9
                                    

Mujurlah pintu tidak berkunci. Dia menolak pintu bilik itu sehingga terkuak besar. Kelihatan seorang wanita berdiri di balkoni bilik tidurnya. Lelaki itu berjalan perlahan, tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang mampu mengejutkan wanita kesayangannya.

Sejak kebelakangan ini isterinya banyak termenung dan tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Emosi isterinya dalam keadaan yang tidak stabil. Keadaan isterinya sangat membimbangkan Zayed. Dia berharap dengan 'kejutan' ini dapat mengubati hati isterinya.

Dia mahu hubungan mereka suami isteri kembali seperti sediakala.

Zayed memandang sekilas makanan yang berada di atas night stand table. Makanan itu langsung tidak berusik. Dia menghampiri isterinya lalu didakap erat tubuh wanita itu daripada belakang. Badan Julia sedikit mengeras menerima pelukan dari suaminya.

"Kenapa you tak makan?" Zayed mahu mengumpan Julia agar bercakap dengannya.

Julia hanya diam.

"Nak I suapkan you makan?"

Kali ini barulah Julia memberikan reaksi. Dia menggeleng perlahan.

"You kenalah makan. Sikit pun tak apa. Jangan seksa diri you macam ni. Nanti you makin sakit," pujuk Zayed penuh kelembutan. Dia takkan berputus asa mengembalikannya isteri yang dulu.

"Biarlah I sakit."

"Kalau you sakit, macam mana you nak jaga anak kita?"

Dahi Julia berkerut nipis. Kata-kata yang diucap Zayed beberapa saat yang lalu tak mampu dihadamnya. Lupakah suaminya yang anak mereka sudah tiada. Bila dia memusing badannya menghadap Zayed, lelaki itu sedang tersenyum kepadanya.

Zayed boleh tersenyum sedangkan di dalam hatinya dia sedang menangis. Perkataan 'anak' memberikan kesan yang mendalam kepadanya.

"Apa yang you merepek ni? Anak kita... dah mati." Bibir Julia bergetar halus saat menuturkan ayat itu. Jauh di sudut hatinya dia masih belum reda sepenuhnya dengan kehilangan anak pertama mereka.

7 tahun usia perkahwinan Zayed dan Julia, selama tempoh itu mereka menanti zuriat penuh kesabaran. Hikmah kesabaran mereka, Julia disahkan mengandung. Namun, usia anak mereka tidak panjang. Hanya bertahan tiga hari sahaja selepas dilahirkan. Kini, sudah dua bulan berlalu anak syurga mereka pergi buat selamanya.

Zayed mengusap lembut pipi isterinya. Wajah isterinya semakin cengkung. Hilang seri pada wajah Julia. Matanya turut bengkak. Dari pandangan itu Zayed mengerti yang isteri kerap menangis ketika dia bersendirian. Disebabkan itu, dia akan mengelak isterinya daripada duduk bersendirian. Dia akan sentiasa bersama isterinya mengisi kesunyian di dalam hidup Julia. Dia tidak mahu Julia terusan melayan perasaan sedihnya.

"I mandikan you."

"I boleh mandi sendiri. Jangan layan I ni macam budak kecil." Larang Julia. Dia menolak tangan Zayed yang melingkar di pinggangnya. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Zayed di luar bilik mandi sudah menyediakan pakaian untuk isterinya sementara menunggu isterinya selesai mandi. Dia yang tolong menyiapkan isterinya. Julia langsung tidak berkata apa dan menyerahkan segalanya kepada suaminya. Zayed melayani dia penuh kelembutan.

"I rindukan senyuman you." Ibu jari Zayed menekan lembut hujung bibir Julia. Kemudian dilabuhkan ciuman lama di atas dahi isterinya. Sebelah tangannya lagi mengusap lembut belakang badan isterinya.

Zayed menarik tangan Julia agar bangun dari atas katil. Ditaut erat tangan mereka bersama. Julia mengikut langkah Zayed tanpa membantah. Mereka turun ke bawah dan pergi ke ruang tamu.

"I nak you tutup mata."

Julia beriak hairan apabila disuruh menutup mata. Namun. dituruti juga. Sesungguhnya tingkah laku Zayed aneh di matanya hari ini.

KESEMPATAN KEDUATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon