Medan Tempur

27 3 0
                                    

Dua tahun berlalu dari bab lepas.

"Thal, keluarga kau tak risau ke?" Umar memulakan perbualan.

Sejak aku diselamatkan dari kerajaan, aku telah menetap dengan organisasi ini,  bawah pemerhatian Chiko dan Ketua kumpulan kuasa luar biasa kami, namanya pun belum ku diberitahu lagi.

"Echo dah uruskan. Kasi diorang surat biasiswa apa semua. When the time comes, I'll tell them whats really going on ah."

"Lah risau aku tengok. Pandai pulak Echo bab bab ni.." Dia gurau.

"Kita dijangka sampai 4 minit lagi. Berikan tumpuan pada misi." Rima berbunyi.

Target utama misi kali ini adalah Aiza. Kepunyaan angkatan berkuasa luarbiasa dimiliki Kerajaan. Kumpulan ini diberi nama Bilah Malaya. Aiza telah menjejaskan banyak misi sebelum ini. Kuasanya membenarkannya mengganti kedudukan apa sahaja yang lebih kurang sama berat atau saiz. Menurut intel kami, dia akan melawat ketua Bilah Malaya berseorangan.

Misi kami adalah untuk melesapkan kuasanya. Kami dilengkapi peluru tidak mampu membunuh tapi berkesan menghentikan kuasa luar biasa mangsanya. Asalnya, peluru ini digunakan kerajaan untuk menangkap pengguna kuasa yang berajalela melalui kuasa mereka.

Kedudukkan kami telah ditetapkan awal beberapa minggu. Walaupun kami hanya mahu melenyapkan kuasanya, Aiza berkemungkinan lengkap bersenjata dan akan balas kehadiran kami dengan senjata api. Organisasi kami dianggap organisasi gelap dan mereka tidak akan teragak-agak untuk melepaskan tembakan terhadap kami.

Aku menyembunyikan diri di dalam salah satu bangunan pencakar langit kemudian memerhati keadaan di luar. Bandar terbengkalai ini telah dihidupkan oleh flora dan fauna alam. Cerah dan cantik. Hanya beberapa bangunan putih yang kekal berdiri dipagari pokok-pokok tinggi dan megah ditemani burung mencicip di latar.

Sebaik sahaja Aiza tiba dalam jarak kuasaku aku mengaktifkan dunia ilusi. Matanya hanya dapat mentafsir kabus tebal dan gelap mengelilinginya. Umar mengambil kesempatan ini untuk menembaknya. Tembakkannya memecut ke destinasi diacukan, bahunya.

"Kuasa Luar biasa: Pemutar Ketentuan"

Kuasanya diaktifkan dan posisinya digantikan patung lebih kurang saiznya. Peluru pelenyap kuasa tadi lesap dalam patung tersebut.

"Adoi mana datang patung tepat-tepat saiz dia ni." Keluh Umar.

Peluru tadi gagal menembusi patung itu. Kalis peluru?

"Berundur. Kita dah gagal." Rima bersuara.

Kuasanya menukar posisi apa sahaja yang mempunyai saiz atau berat lebih kurang sama. Dia merupakan target pertama kerana dengan kuasanya, dia mampu membawa sebahagian besar angkatan Bilah Malaya ke medan perperangan dalam masa yang singkat. Kerana ini, saat dia sedar dia diserang hendap, kita hilang segala harapan untuk berdepan dengannya.

Aku mengaktifkan kuasaku lagi untuk mengkamoflaj kami bertiga keluar dari kawasan itu. Lari anak kami terhenti apabila tibanya salah seorang ahli Bilah Malaya muncul di kenderaan ekstrak kami. Seorang perempuan berambut panjang merah mencecah lantai berskirt hitam dan kemeja putih  teragak-agak mencari kenderaan kepunyaan kami. Pada pandangannya, terdapat berpuluh kereta di kawasan itu sedangkan hanya kereta kami ada di bandar ini.

"Kuasa Luar biasa: Kekuatan luar ukuran"

Dia membuka langkah dan menumbuk tanah sekuat mungkin. Tanah retak dan bongkah-bongkah meningkat setiap arah akibat tumbukannya. Tersengih rambut merah itu melihat kehancuran tersebut.

 Tersengih rambut merah itu melihat kehancuran tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Allahu-" Aku bisik.

Walaupun jarak kami boleh tahan jauh tanah dipijak juga terlambung ke atas. Kami bertiga tergolek dan menggapai-gapai lantai agar tidak tercampak ke udara. Bangunan- bangunan sekeliling kami juga binasa dibuatnya. Kuasa perempuan ini andai terpapar pada komik adiwira. Kuasaku terhenti dan semua ilusi terpadam.

Pada hujung anak mataku, muncul suatu sinar menangkap perhatianku seusai penat menstabilkan diri. Penembak hendap, tembakan dilepaskan menghala tengah dua mataku. Baru tahu berapa banyak pulak penembak hendap kerajaan Malaysia ada di Johor sahaja.

"Kuasa Luar biasa: The tiger underneath a sheep's clothing"

Rima berdesus kehadapanku dan menyentuh peluru itu dengan jari petunjuk. Peluru itu terhenti tepat pada hujung jarinya. Berdeting tumpas peluru tersebut ikut daya graviti bumi. Rima mendarat menggelongsor kearah perempuan berambut merah tadi.

"Thal! Aku handle rambut merah! Kau, cover umar dari sniper!" Rima mengarah untuk ikut susunannya.

Dunia Illusi diaktifkan semula mengelakkan serangan sniper tadi. Perempuan rambut merah itu menggerunkan, lagi-lagi lawan depan-depan. Tapi malang baginya, kuasa Rima paling serasi untuk bertarung dengannya.

"Yusha, the blood painted rose. Kuasa luar biasanya memberi kekuatan menajubkan. Budak Korea single." Umar mengulangkaji lawan kami dan dengan selambanya menyelit informasi tidak penting dalam perlawanan. Hairan aku dibuatnya, tidak pernah dia buat kelakar tentang perempuan begitu.

Sebaik sahaja kehadiran Rima dijejak oleh Yusha, Yusha membuka langkah sedia untuk berlwan.  Lantai dibawahnya tertanam ke pusat bumi lagi, rekah pada lantai mula terbelah.

"Tak pernah aku jumpa orang yang berani lari kearahku!" Yusha tersengih melepaskan tumbukan kearah Rima.

Angin berubah arah akibat serangannya dan sesudah kabus dari tumbukkannya hilang, tangannya kelihatan ditahan Rima. Ekspressi Yusha berubah, dia terkejut meneliti Rima menahan tumbukkannya yang mampu tumpaskan bandar. Yusha seakan tidak percaya matanya. Rima memulakan serangan balas dengan kekuatan setanding tumbukkan Yusha. Yusha terpelanting menebang beberapa batang pokok untuk menyambut daratannya.

Kuasa Rima membenarkannya mennyerap apa-apa daya dan melepaskannya dalam kuantiti sama. Dia menyerap daya peluru penembak hendap dan tumbukan Yusha. Kemudian melepaskannya sekali gus terhadap Yusha. Tanpa Rima, kami berdua dah lama innalillah.

"감히 나한테 접근해?" Rima cuba membangkitkan kemarahan Yusha menggunakan bahasa korea dipelajari dari tontonannya. Ha jangan tanya aku. Yang aku tahu "gwenchana?" je.

Identiti Wira BertudungWhere stories live. Discover now