𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟕

7K 451 26
                                    

Farrel menghampiri Nayra yang sedang bersandar di sliding door itu. Bahu isterinya disentuh seraya dia melabuhkan ciuman di atas bahu isterinya.

What are you doing my babe?” bisiknya lembut di hujung telinga Nayra. Nayra mengeliat kecil.

“Tak buat apa pun,” ujarnya lembut sambil tersenyum tipis. Dia menjarakkan tubuhnya sedikit jauh dari Farrel. Pada mulanya, Farrel rasa pelik. Nayra nampak tidak selesa dengannya.

"Kau okay?" Tanya Farrel. Risau juga kalau-kalau isterinya tidak baik-baik ke. Memandangkan sejak dua menjak ni dia terlalu sibuk dengan kerja di pejabat sampaikan lupa mahu bertanya khabar isteri dan anak dalam perut Nayra.

Nayra angguk kepala.

"Nayra okay je, tak ada apa-apa pun." Sehabis baik dia menyimpul senyuman supaya tidak dikesan oleh Farrel atas perubahan mendadaknya.

No, you're not okay. I can feel your change, Nayra Alanna!”

Lengan Nayra dipegang.

Nayra melemparkan pandangan ke arah lain.

Look me in the eye and tell me what's wrong. Kau boleh berterus terang dengan aku kalau aku ada buat salah. Beritahu mana salah aku supaya aku dapat betulkan kesalahan yang aku buat tanpa sengaja atau pun sengaja.”  mata Farrel tepat memerhati segenap wajah isterinya.

“Nayra,” lembut saja suaranya memanggil Nayra. Nayra menggeleng kecil. Dia enggan mahu menatap Farrel.

Tidak tahulah kenapa.

Hey, are you crying? Kenapa ni Nayra? Apa yang aku dah buat?” tanya Farrel agak risau. Melihat air mata yang tiba-tiba mengalir di pipi isterinya buatkan dia semakin risaukan Nayra.

I don't know... I don't know why I'm like this, abang. Nayra cuma tak boleh tengok abang buat masa sekarang,” dia berkata sambil menutup muka dengan kedua tangannya.

Farrel hela nafas. Dia menarik tubuh Nayra mendekatinya lalu dia memeluk kemas tubuh wanita itu.

Dia merehatkan dagu di atas kepala Nayra memandangkan wanita itu pendek darinya. Belakang isterinya ditepuk berkali-kali bagi menenangkan Nayra.

Cry as much as you want. Aku izinkan kau menangis untuk hari ini,”  kata Farrel sambil menepuk belakang badan Nayra.

Lama mereka berpelukan sebegitu.

Setelah agak reda, barulah Farrel meregangkan sedikit pelukan mereka.

Do you feel better now?” saki baki air mata Nayra dihapus oleh Farrel menggunakan ibu jari.

I'm sorry for being like this, Nayra mungkin terlalu penat hari ini.”

Farrel menggeleng.

Would you mind sharing your problem with me? I'm all ears babe,”

“No, Nayra tak ada masalah pun. Kan Nayra dah kata yang Nayra cuma penat.”

Farrel jatuhkan kepala.

“Baiklah kalau kau dah kata macam tu. But please remember this. Kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau, tolong bagi tahu aku ya? Aku tak mahu kau tertekan sebab terlalu banyak berfikir. It's not good for you and our child...” perut Nayra yang tak terlalu besar itu dielus penuh kasih.

“Okay abang!” Nayra mengukir senyum kecil.

-

Mereka berdua sama-sama masuk ke dalam Mothercare yang ada di Pavilion.

FARREL'SWhere stories live. Discover now