BAB 24

26 6 0
                                    

Ayie p.o.v

     " Aku nak balik Jepun balik, Emo... Tak sanggup aku nak habiskan setahun kat sini dengan dia..." Gumam Ayie perlahan. Akibat berjumpa dengan ex nya semalam, hari ni dia demam panas. Emo temankan dia di rumah kerana ahli keluarganya sibuk. Aaron kerja macam biasa. Aidan dah start praktikal, Alan masih di universiti, Adam pula tengah kerja sambilan untuk dapat duit sementara menunggu keputusan final exam keluar. Mama dengan Papa pula ada kat Paris sekarang. Papa ada meeting dan Mama nak ikut. Jadi, sepupu dia je lah yang ada masa untuk dia.

      " Kau ni... Cubalah jangan asyik lari dari masalah kau. Tak pasal-pasal kau dengan TG gaduh lagi..." Balas Emo sebelum meletakkan mangkuk bubur yang dibelinya dari kedai di meja bersebelahan katil Ayie. Dia meletakkan tangannya di dahi gadis itu. Masih panas.

     " Kau ada jalan penyelesaian yang lebih baik, Encik Emo Felix Jeon?" Soal Ayie kembali. Emo tersenyum misteri sambil tangannya mengeluarkan beberapa paket ubat dari plastik. Ubat yang dibeli di farmasi.

      " Hadap je lah mamat tu... Buat apa nak takut dengan dia? Kat sekolah kau ada Cikgu Aaron ada nak jaga kau kan? Bukan tu je. Kau ada kawan-kawan untuk jaga kau juga. TG JEAMS bukan ditubuhkan hanya untuk berseronok tapi ianya juga untuk jadi kekuatan sesama sendiri, kan?" Ayie mengerutkan dahi perlahan. Mana lelaki ni tahu banyak pasal TG JEAMS?

      " Sebelum Jen ambil balik diari korang, kitaorang dah habis baca dah... Lambat baru nak ambik semula diari tu... Makan bubur ni lepas tu makan ubat. Lepas tu kau rehatlah... Aku ada kat ruang tamu. Call je kalau kau perlukan apa-apa..." Kata Emo sebelum dia berlalu. Ayie baring menghadap ke siling biliknya yang dihiasi dengan pelbagai gambar dia dengan TG JEAMS. Juga ada beberapa gambar dengan keluarganya dan tak lupa juga beberapa gambar dia dengan Emo. Waktu kecil dan waktu remaja.

------------

Sementara itu, Di sekolah,

TG JEAMS p.o.v

       " Macam berjanji je dua ketul manusia ni? Sama-sama tak hadir sekolah. Ayie sebab demam. Emo sebab apa pulak?" Soal Jen perlahan sambil membuka plastik yang membalut sandwhich miliknya sebelum seseorang mencapai makanannya dan memasukkan ke dalam mulutnya dengan selamba.

      " Yah... Itu lunch aku, Ipan!! Kenapa kau makan? Aku nak makan apa?" Ipan selamba duduk di sebelahnya sebelum meletakkan sebuah bekas bewarna pink di depan Jen.

     " Makan ni. Kau asyik makan roti je masa rehat, mana nak kenyangnya... Berkhasiat pun tak. NI berkhasiat untuk kau. Iris buat untuk aku. Tapi terlalu berkhasiat, aku tak boleh nak telan." Kata Ipan. Perlahan Jen membuka bekas makanan itu. Nasi, sayur-sayuran dan juga beberapa ketul ayam goreng. 

     " Ceh... Cakap jelah sebab bekas ni warna pink." Balas Jen dengan nada menyampah. Ipan hanya tersenyum misteri. Kerana ketiadaan ketua mereka yang kebetulan memegang kunci rooftop tempat mereka melepak, mereka join TG JEAMS rehat yang kebetulan juga tiada ketua hari ni.

     " Korang tak ajaklah dia rehat sekali? Kesian dia, macam lonely je..." Soal Mia perlahan menunjukkan ke arah Peter yang berehat seorang diri. Ada juga beberapa gadis yang tegur dirinya namun tak dilayan.

      " Tak. Emo cakap jangan pernah bercakap dengan dia. Kitaorang pun tak tahu sebab apa tapi yang kitaorang tahu Emo takkan sesuka hati bercakap tanpa sebab atau alasan yang kukuh, jadi ikut jelah cakap dia..." Balas Acar senang. Mereka semua memandang ke arah pelajar baru itu. Kemudian secara tiba-tiba teringat Ayie semalam.

     " Aku rasa dia ni mungkin ada kena mengena dengan Ayie lah... Weh, Danial. Kau sekelas dengan Ayie dan Emo masa sekolah rendah. Kau pernah nampak ke budak ni kat mana-mana?" Soal El pada Danial. Danial hanya mengangkat bahu tak tahu.

HIGH SCHOOL STORYWhere stories live. Discover now