BAB 13

62 7 0
                                    

Mas p.o.v

    " Kau tak rehat ke mas? Sibuk betul belajar.. Tahulah nak exam tak lama lagi.." Soal Sha perlahan sebelum menarik kerusi danial dan duduk menghadap masa yang masih belajar lagi. Mas memandang sha dengan pandangan tajam.

    " Kau nak apa? Aku takde mood nak layan kau sekarang ni.. Pergilah sana rehat dengan TG JEAMS." Balas Mas malas. Sha mencebik perlahan sebelum meletakkan bekalan yang dibuatnya di atas meja mas.

    " Kau lupa perjanjian ke Mas Hyunjin? Dahlah.. Aku pun malas layan kau. Bye." Sha meninggalkan mas keseorangan di dalam kelas dan menuju ke kantin. Kawannya dah menunggu kat kantin. Mas membuka bekas makanan itu dan tersenyum kecil.

 Mas membuka bekas makanan itu dan tersenyum kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belajar, belajar juga Encik Mas Hyunjin. Tapi makan kena utamakan juga. Habiskan semua yang ada dalam bekal ni. Kalau tak lepas ni aku bagi kau makan cicak macam ayie bagi kat emo.
- Sha Yuri-

     " Kau memanglah sha.. Sehari tak buat aku senyum tak sah sebab kau." Tersenyum Mas. Bekal itu ditutup kembali. Dia menutup buku dan mengemas barang-barangnya sebelum menuju ke rooftop. Tempat biasa Geng We Are Weird rehat. Ikutlah cakap si Sha tu walaupun malas.

    " Hei Mas! Aku ingat kau tak datang tadi! Yelah.. Nak kalahkan TG JEAMS untuk ujian seterusnya katakan.." Tegur Emo sebaik sahaja nampak Mas. Mas hanya tersengih.

    " Sha suruh aku rehat sekejap. Makan dulu." Balas Mas. 4 rakannya memandangnya dengan pandangan tak percaya.

    " Kau.. Aku cakap kau tak nak dengar. Budak sha tu cakap sekali terus kau dengar kau. Hebat betul penangan ahli TG JEAMS tu. Apa agaknya teknik nak paksa mas rehat eh? Kena tanya sha ni.." Gumam Danial pula. Mas tergelak.

    " Tak payah susah-susah.. Ugut macam ayie ugut je. Ugut bagi aku makan cicak." Balas Mas lagi. Ketika itu, Acar yang menikmati makanan rehatnya yang diberi mia tadi tersedak mendengar perkataan cicak. Terbatuk-batuk dia. Pantas Ipan di sebelah memberi air kepadanya.

    " Ciri-ciri rakan yang baik. Yang kau sebut cicak masa orang makan apahal setan? Ada juga yang merasa makanan hospital hari ni karang." Ugut Acar masih dengan batuknya. Dia menepuk dadanya berkali-kali untuk menghilangkan rasa sakit akibat tersedak tadi.

    " Sorry Acar. Aku tak sedar kau tengah makan. Kau tak makan apa-apa ke Emo?" Soal Mas perlahan melihat di depan emo kosong tak seperti yang lain.

    " Dia dah makan dah.. Ayie bagi bekalan hari ni gula-gula mentos sebiji. Kejam juga leader diaorang tu. Kesian leader kita yang seorang ni.." Gelak Ipan melihat muka kelat Emo. Tergelak mereka semua melihat muka emo dan mendengar ayat ipan.

    " Takpelah.. Budak tu memang tak makan saman sikit. Nak kongsi emo?" Akhirnya, mereka bersama-sama berkongsi bekal yang diberikan kepada mereka.

Sementara itu, di kantin,

TG JEAMS p.o.v

     " Kau biar betul sha? Macam mana kau tahu mas belajar bersungguh-sungguh tu sebab kena ugut dengan ayah dan ibu dia?" Soal Ayie perlahan. Terkejut mendengar sebab Mas perlu kalahkan mereka kali ni untuk dapatkan nombor satu.

    "  Kau kenal Mira Jisu? Kalau tak kenal, dia ialah kakak mas. Merangkap bakal kakak ipar aku. Juga merangkap tunang abang sean." Jawab Sha perlahan sebelum menyumbat roti di dalam mulutnya.

    " Lah... Aku tak pernah dengar abang sean kau ada tunang. Aku ingat cuma abang shawn je dah ada pasangan hidup.. Tak sangka dalam diam abang sean pun.." Mia tak menghabiskan ayatnya kerana masih sedikit terkejut.

    " Tulah abang aku yang seorang tu.. Eh, dah lari tajuk ni. Berbalik ke tajuk tadi. Aku tak rasa mas dapat kalahkan kita untuk ujian akan datang. Korang ada idea untuk tolong dia dapatkan nombor satulah untuk ujian akan datang? Sebab selalunya dia akan dapat nombor 6 je." Soal Sha perlahan berbalik kepada soalan tadi.

    " Aku ada idea. Tapi mungkin idea ni akan memudaratkan kita berlima." Sampuk Jen yang dari tadi mendiamkan diri. Mereka semua memandang ke arah jen dengan pandangan tertanya-tanya. 

    " Ehem. Idea aku. Kita jangan buat betul-betul ujian kali ni. Kan mas selalu dapat nombor enam. kalau kita main-main ujian kali ni, mas akan terus dapat nombor satu sebab nombor satu sampai lima kita tak rebut dari dia. Tapi, tulah.. Kita yang mungkin akan kecundang." Kata Jen mengeluarkan cadangan dan kerisauaannya.

    " Aku okey je. Kadang-kadang je kan.. Ibu dengan ayah aku tak kisah. Abang sean dengan abang shawn pun sama tak kisah. Korang? Kau Ayie?" Sha memandang muka rakannya satu persatu sehingga tiba di muka pucat ayie.

    " Entah. Abang-abang aku tak pernah dapat keputusan yang mencorot. Mama dengan papa aku rasa tak kisah. Tapi tulah.. Aku cuma takut dia malu bila adik dia dapat nombor tercorot." Ayie menunjukkan ke hujung kantin. Posisi biasa ketua pengawas adam berdiri sepanjang waktu rehat untuk mengawasi semua pelajar.

    " Aku pun tak tahu. Aku risau daddy marah gila-gila kat aku macam mana dia marah kat abang Julian masa dia bertunang dengan Kak emilia yang bukan pilihan daddy." Kata Jen pula. Teringat kembali kejadian itu. Sangat menakutkan.

    " Aku tak rasa ibu akan mengamuk. Tapi mungkin ayah akan mengamuk tengok keputusan aku kalau kita tak buat betul-betul.." Balas El perlahan. Baru sekarang dia bersuara. Tadi senyap je tak nak berbunyi.

   " Aku sama macam sha. Parents tak kisah. Diaorang kata asal aku dah buat yang terbaik diaorang okey je." Kata Mia yang terakhir. 3 sahabat mereka berasa seikit cemburu dengan mia dan sha. 

    " Okey. Macam ni. Ujian nanti akan disimpan dalam bilik along aku lepas kita habis jawab kan?" Soal Ayie perlahan. Mereka semua mengangguk. Jen dah faham apa maksud ayie bertanya soalan itu.

    " Maksudnya kita akan melanggar peraturan sekolah untuk tolong ipan kali ni.." Jen menyambung kata-kata ayie. Ayie hanya mengangguk. Mereka semua serentak menelan air liur seidkit ketakutan sebelum mata memandang ketua pengawas. Adam tak sedar dirinya diperhatikan kerana sibuk membebel kat salah seorang pelajar yang pakaiaannya tak kemas.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIGH SCHOOL STORYWhere stories live. Discover now