BAB 19

42 8 0
                                    

Ayie p.o.v

     " Ayie, buka pintu!" Pintu dibuka perlahan dari dalam oleh Ayie. Dia melihat keluar abangnya dalam kebasahan hujan lebat. Alan masuk ke dalam rumah sebelum terus berlari ke biliknya. Ayie sambung duduk di sofa sambil bermain telefon selepas menutup pintu kembali. Petang ni hujam turun dengan sangat lebat menyebabkan TG JEAMS terpaksa membatalkan aktiviti mereka. Jadi, semua lepak kat rumah je.

      " Mama, kenapa lah hari ni hujan kan? Kalau tak, dapat keluar pergi taman dengan diaorang..." Soal Ayie perlahan melihat ke arah tingkap. Alice tersenyum sebelum duduk di sebelah anaknya. Nak tengok Tv pun tak boleh. Hujan lebat sangat sampai isyarat terganggu.

     " Manalah mama tahu sayang... Nak mama telefon awan ke tanya kenapa dia nak hujan sekarang?" Sempat lagi Alice membuat lawak untuk menceriakan anak bongsunya itu. Ayie tersenyum dan memeluk ibunya perlahan. Dah lama dia tak dapat bersama ibunya macam ni. Selalu ada je aktiviti kat luar rumah. Hari ni semua ada kat rumah kecuali Tuan Adrian dengan Adam. Seorang bekerja, seorang lagi kelas tambahan.

     " Amboi manjanya.... Jeles along tengok." Ayie memandang ke atas. Aaron mencubit pipi gebunya perlahan sebelum menuju ke pintu.

    " Along nak keluar ke?" Soal Alice perlahan. Aaron mencari kasutnya di rak kasut. Setelah  menjumpai, dia memandang Alice dan mengangguk perlahan.

     " Haah Ma. Nak jemput Adam. Karang tak jemput, tak pasal-pasal dia main redah hujan macam si Alan tu. Kenapa? Adik nak ikut tak?" Mata Ayie bersinar mendengar kata-kata Aaron. Lain macam je abang dia hari ni.

     " NAK! Mama, adik ikut along eh..." Alice mengangguk perlahan. Ayie mengambil jaket tebalnya sebelum mencari kasut dan menaiki kereta Aaron. Mereka berdua menuju ke sekolah untuk menjemput Adam yang dah menunggu. Kelihatan Ketua pengawas sekolah itu berada di lobi sekolah menunggu untuk dijemput Aaron. Nasib baik abangnya cikgu, jadi dia tak payah nak tunggu kat luar masam pelajar lain.

      " Hai Achik... Seronoklah kelas tambahan?" Adam memandang ke belakang sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Dia mencubit pipi Ayie sebelum menggeleng.

     " Adik tahu macam mana Along kalau ajar Kimia kan? Macam tulah achik rasa masa Miss Irene ajar Add math. Tak masuk langsung otak. Lagi-lagi sejuk ni kan... Mesti seronok tidur.." Balas Adam. Ayie tersengih. Nampak je macam tak ambil kisah, achik dia bukannya tak pandai, pandai je. Cuma tulah... Dia senang mengantuk kalau ke tempat sejuk.

Aaron p.o.v

     " Aduh... Jem lah.. Apahal jem tengah jalan ni? Nak kata waktu balik, belum lagi.. Kenapa jem ni?" Keluh Aaron perlahan. Adam cuba menjenguk ke depan nak tahu apa jadi. Dia tak nampak apa-apa. Terus dia buka group kelasnya. Baru dia tahu.

     " Zack kata kat depan ada tanah runtuh. Ada kereta terperangkap juga. Bomba juga kat depan. Kejap lagi okey lah tu..." Balas Adam perlahan. Dia bersandar pada kerusinya dan memejam mata. Ngantuk betul. Perjalanan yang patutnya dalam masa 5 hingga ke 6 minit menjadi lebih setengah jam kerana tanah runtuh yang terjadi. Dalam perjalanan, tiba-tiba sahaja telefon Aaron berbunyi. Kerana tak ingin mengganggu kedua-dua adik nya yang sedang tertidur, dia memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab telefon dari ibu mereka.

Alice: Helo Aaron, masih dalam kereta kan? Boleh pergi farmasi sekejap lah? Ni Alan tiba-tiba demam, ubat demam kat rumah dah habis.
Aaron: Boleh je mama... Ada apa-apa lagi ke?
Alice: Mama dah telefon pekerja farmasi tadi. Mama dah list barang yang mama perlukan. Nanti kamu ambil jelah dari mereka.
Aaron: Okey ma.

      Panggilan ditamatkan dengan pantas. Dia membuat U turn menuju ke bandar untuk membeli ubat demam untuk si adik di rumah yang tengah demam.

-----------

HIGH SCHOOL STORYWhere stories live. Discover now