Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
Note : Ada yang sedih sebab Hao mati ikut original ending so this is another alternative ending. Hope korang suka and enjoy-! 🥰😘
" HAO! " Yiqin serta-merta sedar dari komanya. Dia memegang kepala yang yang berdenyut-denyut dengan kuat kemudian melihat kawasan sekitar.
" hospital ? Apa jadi pada aku ni ? " Dengan kepala dia masih sakit dari tadi, dia gagah diri untuk berjalan keluar. Dia mesti tahu keadaan Zhanghao sekarang!
" Eh Yiqin kau nak pergi ? Kau sakit lagi kan " Lulu memberhentikan langkah Yiqin.
" Hao hidup lagi kan ? " Yiqin menyoal. Harapnya tidak berlaku perkara yang buruk.
" Hah ? Mestilah hidup. Belum mati lagi weh " Lulu menjawab soalan rakannya itu.
" Aku nak jumpa dia.. " sayu sahaja Yiqin berkata.
" Tapi dia belum sedar lagi. Kau nak pergi wad dia ? " Yiqin mengangguk. Lulu menghela nafas berat kemudian memapah kawannya itu ke wad Zhanghao.
" Dah dekat sehari dia tak sedarkan diri tapi syukurlah dia lepasi tahap kritikal cuma sebab pendarahan yang banyak yang buat dia koma " terang Lulu dengan ayat yang sama dia dengar dari doktor beberapa jam lepas.
Yiqin memasuki wad itu dan melihat seseorang yang terbaring di katil. Dia duduk di kerusi berdekatan dengan melihat orang yang masih belum sedarkan diri.
Air mata yang ingin ditahan akhirnya jatuh juga. Dia cuba tidak menangis namun dia tidak mampu. Apabila dia menyeka air mata namun ada jari yang membantu.
" j-jangan n-nangis. T-tak c-cantik tau.." katanya dengan lemah sekali. Yiqin yang masih terkejut memegang kemas tangan itu.
" A-aku h-hidup lagi. Jangan nangis. Cuba senyum "
Yiqin menarik nafas panjang dan cuba tersenyum manis. Lega hatinya Zhanghao masih hidup.
Manakala Zhanghao membalas senyuman itu. Tangan Yiqin digenggam rapat lalu berkata
" Wǒ ài nǐ wǒ de gōngzhǔ (I love you my princess) "
" Wǒ yě ài nǐ, wǒ de wángzǐ (I love you too, my prince) "