BAB 6 💝

70 18 60
                                    

"kau ada masak ke?" Tanya Yiqin di tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kau ada masak ke?" Tanya Yiqin di tangga. Dia tengok Zhang Hao yang elok bersantai di sofa.

"Ada, aku masak bubur pergilah makan" balas Zhang Hao tanpa melihat Yiqin. Dia sedang melihat video cara-cara mengorat crush.

"Kau dah makan ke?"

"Dah"

Yiqin mengangguk kemudian ke dapur. Dia membuka penutup periuk yang mengandungi bubur yang masih panas. Pandai pulak Zhang Hao masak eh? Tengok Google ke?

Setelah mengambil bubur yang mahu dimakan, Yiqin membawanya bersama secawan air suam. Dirasa sedikit buburnya.

"Sedap, pandai dia masak" puji Yiqin perlahan. Dia mengaku yang Zhang Hao sangat sempurna orangnya. Siapalah yang tidak jatuh hati kan?

"Untung dapat boyfriend macam dia" kata Yiqin lagi. Jauh disudut hatinya memang sukakan dia tapi apakan daya yang Yiqin sangat malu untuk meluahkan. Takut kena tolak pula.

"Boyfriend macam siapa?" Tanya Zhang Hao yang tiba-tiba muncul disebelah Yiqin. Terkejut perempuan itu dibuatnya.

"Macam Hanbin, dah lah caring, penyayang dan rupa. Kenapalah dia boleh jatuh hati pada Mirae? Hmm..." Kata Yiqin. Nasib sempat dia ubah topik. Kalau tak mana dia nak muka ni?

"Ceh aku sejuta kali lebih bagus dari dia tau"

"Angkat bakul lah tu, mohon sedar diri"

Yiqin ingin memakan namun Zhang Hao memegang tangannya dan menghalakan sudu yang berisi bubur ke mulutnya. Terkebil-kebil Yiqin disitu.

"Apa? apa kata kau suap aku. Lapar pulak tengok kau makan"

"Apasal aku kena suap kau? Pergilah makan sendiri"

"Kau kena balas budi aku lah. Dah lah aku kena dukung kau balik rumah dan baring kat katil. Dah elok aku ingat boleh balik kau pulak meracau entah apa pun aku tak ingat. Sebagai kawan yang baik aku tenangkan lah boleh pula kau jadikan aku bantal peluk. Memang keras kejung aku tak boleh tidur" bebel Zhang Hao panjang dengan menceritakan kejadian malam tadi. Ada banyak lagi peristiwa namun malas nak cakap semua sekali.

Yiqin pula memandang tempat lain. Boleh boleh buat perkara aneh-aneh yang Zhang Hao ceritakan tapi serius lah dia jadikan Zhang Hao bantal peluk? Tu maknanya mereka tidur sekali ke-

"Eh baju aku dah bertukar....ada apa-apa jadi ke?" Tanya Yiqin yang baru perasan bajunya telah ditukar. Takkanlah dia pun dimandikan? OH MY GAWWDD..

"Ermm.... aku mintak Nayun,jiran sebelah rumah kau tolong mandikan kau. Takkan lah aku yang lelaki nak buat? Gila ke"

Yiqin membesar matanya. Rasa dia dah boleh pergi meninggalkan dunia dengan aman. Selamat tinggal gais

"Apa kau ingat aku tak malu ke? Habis aku kena bahan tahu tak dengan Nayun tu tahu tak? Habis reputasi aku ni jatuh sebab kau"

♡ our love stories ≖ zhang hao ♢Where stories live. Discover now