19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

Start from the beginning
                                    

" Access Denied." Jawab Arfana Faiqa.

" Kalau macam tu, I hanya terima bayaran berupa perkahwinan bersama Aariz sebagai bayaran untuk semua design pakaian Ana. Macam mana?"

" I boleh bayar lah!" Marah Arfana dengan wajah memerah. Dia memeluk tubuh lalu berpusing ke arah lain.

" I told you, I don't want money" Kata Theo dengan wajah mengejek kepada Arfana yang sudah mendengus marah dengan ayat-ayat Theo.

" No!" Bentaknya lagi.

" Then, you masih ada hutang dengan I lah. Nanti kalau salah seorang dari kita mati, macam mana?" Bahu diangkat kepada Arfana. Ugutan cuba di lakukan demi memujuk Arfana Faiqa.

Terkedu Arfana dengan kata-kata Theo terhadapnya itu. Ini tidak adil buatnya. Apa yang hebatnya Syed Aariz itu sehingga semua orang mahu jodohkan dia dengan lelaki itu.

" Let me ask you"

" Hati you tu. Hati you pun dah tangkap cintan dengan Aariz sebenarnya kan? Jangan nak tipu I. I tahu apa yang ada dalam hati you tu. Tengok mata je dah tahu yang you ni ego nak mengaku perkara itu kan. Beri dia peluang, Ana. Tak semua lelaki akan perlakukan wanitanya dengan keji. You hanya nampak dalam media sosial yang buruk-buruk saja, yang manis-manis tu you tak tengok pula. Itu, yang usahawan malaysia tu, yang Artis Indonesia pun ada. Hubungan mereka manis saja. Tak tengok ke? Ambil lah mereka itu sebagai idola hubungan berpasangan. I yang bukan islam ini pun tengok benda-benda macam tu demi you. Ini lah sebab nya, nak cuci otak you. Nak nasihat you. Ingat senang ke?"

" I kenal you lebih dari keluarga you kenal diri you, Ana."

" Please?" Mata dibulatkan untuk memujuk Arfana.

" Berapa dia bayar Theo untuk buat semua ini?" Soal Arfana dalam keluhnya. Mata menjeling sahabatnya itu tajam. Senyuman diukir buat gadis itu untuk kali ke sekiannya. 

Theo tiba-tiba sahaja berdiri lalu tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Badan dipusing ke belakang sedikit mengiring melihat pokok di belakang. Arfana memandangnya pelik dari bawah.

" Ambil lah Tunang kau ni" Katanya secara tiba-tiba.

" Haa?" Arfana melongo melihat Theo yang sedang bercakap seorang diri itu.

Tubuh Syed Aariz yang sedang tersenyum kecil itu keluar dari belakang pokok. Arfana memandang jejaka dengan wajah pelik juga. Lelaki itu berdehem di hadapan Arfana lalu duduk disamping gadis itu.

Theo sudah melangkah pergi tanpa berpusing melihat Arfana lagi. Sudah selesai tugasnya untuk memujuk Arfana Hari ini.

" Hai?" Sapa Syed Aariz.

" Kau nak apa?" Balas Arfana acuh tak acuh.

Badan dipusing menghadap Arfana di tepi dengan jarak agak dekat. Tepi wajah Arfana di pandang penuh khusyuk sebelum menjawab soalan dari gadis itu.

" Kau. Aku nak kau."

" Aku tak boleh berjanji untuk sentiasa ada tetapi Aku Sedia untuk Ada."

Air liur terasa kesat bila suara lembut Syed Aariz menjengah di tepi telinganya. Otak sedang menganalisis ayat untuk membalas ujaran Syed Aariz.

" Aku bagi kau satu minggu untuk buat aku jatuh cinta. Kalau kau berjaya, kita balik uruskan hal perkahwinan. Ingat Farras, hati aku keras." Akhirnya ayat itu yang keluar dari mulutnya walaupun otaknya menyusun ayat lain.

Terasa pula bila otak dicuci oleh Theo tadi. Entah mengapa hatinya terusik untuk memberi peluang kepada Syed Aariz ataupun Dia sendiri yang tamak tidak mahu kehilangan Syed Aariz. Sudah biul rasanya otak kala ini.

" Aku akan pastikan hati kau akan cintakan aku saja, sampai bila-bila" Tekadnya sudah diucapkan kepada Arfana Faiqa.

Senyuman dilakar oleh Syed Aariz disamping memegang sekuntum bunga mawar lalu dihulur kepada Arfana Faiqa.

" Cuba untuk terima layanan aku." Sekali lagi bunga itu disua kepada Arfana Faiqa.

Arfana mengambil sekuntum bunga mawar itu lalu menghadiahkan senyuman nipis buat Syed Aariz. Ucapan terima kasih juga tidak lupa diucapkan kepada lelaki bergelar 'Tunang' kepadanya.

Seorang lelaki datang kepada mereka lalu menunjukkan gambar romantis yang baru sahaja diambil dengan kameranya. Aksi pemberian bunga Syed Aariz kepada Arfana digambar dan menghasilkan potret yang sangat romantis. Gambar itu dihulur kepada Syed Aariz.

Syed Aariz mengeluarkan dompet untuk membayar namun ditolak mentah-mentah oleh jejaka itu sebaliknya hanya meminta izin untuk di-post ke media sosialnya sahaja. Syed Aariz mengangguk memberi persetujuan.

" Tengok ni, orang pun nampak kita ni berjodoh" Ujar Syed Aariz.

" Tak ada kena mengena, Farras" Balas Arfana pula. Mata diguling ke atas kerana menyampah dengan ayat Syed Aariz.

" Gambar ni menguatkan lagi asbab kau kena kahwin dengan aku. Orang dah tangkap gambar kita mesra-mesra macam ni. Dah tak laku dah aku dengan kau."

Arfana mengeluh berat kerana ayat tidak masuk akal Syed Aariz. Tidak habis-habis dengan sebab kahwinnya. Sungguh berat dugaan hidupnya apabila melibatkan pasangan. Lebih-lebih lagi pasangannya adalah Syed Aariz Al-Farras.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now