°∘∘30∘∘°

Începe de la început
                                    

"No, I will! I will, okay? Takda siapa boleh halang Della." Kenapa susah sangat semua orang nak percaya, yang dia boleh lakukan semua itu seorang diri? Fredella takkan duduk diam selagi tak dapat melihat keadaan Intan di depan mata.

Dia tak mahu gadis naif itu menanggung rasa sakit akibat perbuatan kejam Uqael. Maruah wanita dipijak. Tiada hati perut memaksa gadis yang naif untuk bekerja melakukan perkara-perkara yang kotor. Malah, sanggup menjual mereka bertujuan untuk meluaskan perniagaan haram.

Jujur Fredella tak mampu untuk berdiam diri. Perasaan simpatinya sebagai seorang wanita membuatkan dendamnya membuak-buak terharap Tengku Uqael.

"Stop." Silih berganti Khalaf memandang pasangan itu. Dia pula yang pening bila masing-masing taknak mengalah.

"Karl.." Mata hitam Khalaf beralih pula ke arah Rykarl.

"For now, what's the best way?" Apa-apapun dia mahukan pendapat Rykarl. Dia tidak mampu untuk buat keputusan sendiri memandangkan ini bukan misi yang mudah.

"Kau perlukan orang aku untuk pergi cari Intan?" Khalaf tak kenal siapa tuan badan yang bernama Intan itu. Tapi apa yang dia tahu, gadis itu berada dalam bahaya.

Perlahan Rykarl angkat wajah. Tidak lama kemudian dia menoleh ke arah Fredella. Pandangan matanya pada Fredella seperti penuh harapan.

Qayyum yang perasan akan perkara itu terus mendadak gelisah. Tolonglah! Tolong jangan cakap yang Tuan Rykarl nak isterinya pergi restoran neraka itu!

"Kau serius ke Della nak pergi restoran tu semata-mata nak jumpa Intan?"

Soalan dari Rykarl tersebut membuatkan Qayyum terdiam. Rambut depannya digenggam seketika sebelum diraupkan kebelakang.

"I'm serious." Kepala diangguk tanda setuju.

"Abang tolonglah. Tolong percayakan Della. I have my own strategy. I will make sure I'm not harmed by anyone, including Uqael." Tampak bersungguh-sungguh Fredella mendapatkan kepercayaan Khalaf. Wanita itu akan kotakan apa yang dia janji.

"Dengar baik-baik, Khalisa," Suara Khalaf berubah perlahan. Ada benda yang tersirat dihatinya bila melihat Fredella merayu seperti ini.

"you... you are very dangerous in a fight. I'm scared because I gave you too much fighting knowledge. Aku takut kau tak dapat kawal semua tu. Boleh kau janji pada aku yang kau takkan sentuh sesiapa? Pergi dan balik dalam keadaan yang sama macam diri kau sekarang." Dia dan Fredella dibesarkan dengan keganasan, pergaduhan, dendam, dan isu kemarahan yang tiada siapa mampu menghentikannya.

Tapi, ada satu perkara yang dia tak mahu benda itu terjadi di Restoran Li' Moscow malam ini.

Khalaf taknak ada satu luka mahupun darah di tangan adiknya. Walaupun... setitis.

"No wounds, no blood." Sambungnya lagi dan sempat menangkap reaksi bengang Qayyum.

Ya, semua itu sebab Qayyum! Khalaf dapat baca apa yang bermain di dalam kepala adik iparnya. Fredella itu ibarat nyawa Qayyum. Gila lah kalau dia nak sia-siakan usaha lelaki itu, yang selama ini bersusah payah melindungi Fredella!

"Like I said before, Della takkan bahayakan diri Della. I only have one purpose. I will back as soon as I can meet Intan," It's all about Intan. Hanya satu itu saja matlamat Fredella.

Lama Qayyum menunduk selepas mendengar pernyataan isterinya. Kedua-dua tangan menggenggam penumbuk. Rahang jejaka itu menegang tiap kali Fredella berkeras ingin menjalankan misi.

"Well done!" Tindakan Qayyum yang kasar sewaktu bangun dari duduk itu mengejutkan semua orang yang berada di situ.

Terangkat bahu Fredella akibat jerkahan suaminya. Berdebar hebat jantungnya melihat Qayyum berubah garang. Khalaf dan Rykarl terus terkunci mulut. Mereka menyepi dan masih lagi menunggu jika Qayyum hendak melepaskan ketidakpuasan hatinya. 

"You don't need my permission, right? Then just go! Complete your mission." Mata putih Qayyum jelas semakin merah. Dia menahan mata dari melepaskan cecair mutiara. Dalam renungannya menusuk kedalam iris hazel Fredella.

Langsung Qayyum tak kisah jika Khalaf berfikiran sebaliknya. Dia hanya menunggu masa untuk keluar dari bilik tersebut.

"Qay..." Serak nada suara Fredella. Terkejut, dan unexpected. Tak sangka yang Qayyum merisaukannya sejauh ini.

Lantas Fredella bangun dari duduk. Dia ingin mencapai tangan Qayyum namun terlebih dahulu jejaka itu menepis. Qayyum menjarakkan dirinya. Dia rasa macam tak penting. Macam-macam suara yang bermain di kepala sekarang.

Sekali lagi Fredella terkejut apabila Qayyum tak mahu dipegang. Dia pula buntu tidak tahu hendak menyusun kata.

"Qay... ja-jangan macamni—" Fredella menapak rapat ke Qayyum namun jejaka itu sempat mengelak dan terus melangkah keluar dari bilik itu. Beredar tanpa disuruh.

Dentuman pintu yang ditutup Qayyum serta-merta membuatkan Fredella kecewa dengan tindakan terburu-burunya. Arghh! Rasa macam nak ketuk kepala sendiri sampai hancur.

Khalaf meraup wajah. Kusut kepalanya melihat masalah ketegangan yang baru saja berlaku. Rasa macam nak salahkan diri sendiri pulak sebab menjadi punca Qayyum sebegitu. 

Nafas berat dilepaskan. Kerusinya dipusing menghadap Rykarl yang masih lagi mendiamkan diri.

Sengaja Khalaf mengangkat sebelah keningnya. Memberi isyarat seperti melontarkan pendapat pada Deen Rykarl.

He knows what's best for this matter. He will be the mastermind who can bring everything settle down.

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.
QAYYUM'S WEAKNESS | OGUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum