Tidak lama kemudian, Dafinah mengangkat wajahnya dan masa ini dia masih terpaku sambil memandang Huzaiman. Tetapi lelaki itu mengalihkan pandangan, anak matanya pula tengok ke atas. Apa agaknya perasaan dia setelah mendengar penyangak itu ingin dia dibunuh? Adakah Huzaiman menyesal kerana menyelamatkan dia yang lemah ini?

"Nampaknya hujan lebat tak akan berhenti. Kita balik dulu! Nanti ada juga betina-betina lain yang melarikan diri pula!" Arah Joe.

Huzaiman dan Dafinah langsung tak bersuara tetapi lelaki itu mengeluh nafas lega kerana penyangak-penyangak tadi sudah beredar dari situ. Mereka berdua menanti selama beberapa minit lagi sehingga tiada lagi suara-suara penculik kedengaran. Dafinah menunduk kepala di hadapan muka Huzaiman.

"Kau okey?"

Lelaki itu menyoalnya. Ketara sekali dia juga sedang dilanda kesejukkan. Kasihan... Dafinah hanya memberi anggukan kepala menandakan dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dengan berhati-hati Huzaiman menolak tubuhnya untuk naik semula ke atas tebing. Kemudian barulah dia memanjat ke atas dengan sendiri. Akibat lelah dan kedinginan, Dafinah lantas berbaring pada tanah bermandikan butiran hujan lebat. Sejurus selepas Huzaiman menjejakkan kaki pada tanah berumput, dia memandang ke arahnya sekejap.

"Kita kena pergi sekarang."

Eh, dia tak penatkah berlarian tadi? Sekarang hendak sambung perjalanan semula?

"Ki... kita nak pergi mana?" Dafinah menyoal lalu dipaksakan diri untuk bangun dari pembaringannya.

"Ke mana saja asalkan kita selamat." Jawab Huzaiman.

"Huh..." Dafinah mengeluh tetapi dia tidak ingkar dengan arahan lelaki itu.

Dia berpeluk tubuh semasa mengekori Huzaiman dari belakang dalam hutan gelap itu. Mereka tidak berpegangan tangan lagi kerana buat masa ini mereka dalam keadaan selamat dan tidak dikejar sesiapa. Gelap pemandangan di sekitarnya seolah-olah berada di bilik yang tiada cahaya lampu. Entah bagaimana lelaki itu boleh berjalan dengan mudah sekali. Entah-entah retina mata lelaki itu serupa dengan haiwan liar di dalam hutan ini! Patutlah warna kelabu lain macam sahaja apabila dilihat dengan jarak dekat.

Hujan yang turun lebat mengakibatkan tanah menjadi becak apabila dipijak. Tanah berlumpur bewarna kehitaman dan coklat sudah tercalit pada kasut mereka berdua. Kotor? Memanglah...

Sebenarnya dia sedari tadi hendak berbaring juga setelah berhabisan tenaga memaut kuat rumput-rumput di tebing sungai. Tetapi demi keselamatan mereka berdua dan khuatir bahawa Hank datang semula ke situ, dia terpaksa bergegas membawa perempuan itu pergi. Hampir beberapa minit berjalan mengikut aliran sungai, Huzaiman menghentikan kakinya dan menoleh ke belakang melihat Dafinah.

"Kau jalan depan." Arahnya.

"Ha?" Dafinah tersentak. Kenapa pula?

Tubuhnya masih tercegat tidak mahu mengikut apa yang disuruh.

"Cepatlah..."

"Tak nak..."

Dia sebenarnya malu nak berjalan di depan Huzaiman disebabkan darah kotornya dari badan masih mengalir keluar. Bau pun kurang menyenangkan derianya sendiri. Bagaimana kalau lelaki itu terhidu bau hanyir yang pelik?

Hatinya menjerit kuat yang hanya dirinya sahaja dapat didengari. Dia perlukan tuala wanita sekarang!

"Cepatlah..."

Suara Huzaiman berbunyi lagi. Apa masalah lelaki itu? Hatinya merungut. Bilalah semua ini akan berakhir?

Disebabkan hujan masih berterusan dan keadaan pun bertambah gelap, dia menuruti sahaja kemahuan Huzaiman untuj berjalan di depannya. Dia menundukkan kepala menahan malu dan berjalan sedikit laju untuk menjarakkan kedua-dua tubuh mereka. Jujur dia dapat merasakan rembesan cecair pekat yang keluar meleleh dan menembusi seluar yang basah. Dafinah berjalan agak terkangkang sedikit kerana tidak selesa. Tangan kirinya diturunkan lalu menyentuh pahanya kemudian mengangkat semula untuk melihat tapak tangan.

Rahsia Kau dan AkuМесто, где живут истории. Откройте их для себя