Bab 21🍁

38 7 8
                                    

"Lepaskan aku! Kau orang semua kejam!"

Suara raungan itu bergema memenuhi segenap ruang bangunan yang suram itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah dilayan begitu jijik sekali. Makanan yang sudah tersedia ada di atas lantai yang berdebu itu langsung tidak dijamahnya walhal mangsa-mangsa yang lain sudah menelan makanan kotor tersebut disebabkan kelaparan yang tidak dapat dibendung lagi.

Tidak semena-mena badannya terus ditendang kuat oleh salah seorang dari penculik itu apabila dia memberontak.

Buk!

"Argh!" Gadis itu mengerang kesakitan.

Setiap pasang mata milik mangsa-mangsa penculik sudah menekur memandang lantai. Langsung tidak berani untuk melibatkan diri bagi menolong orang malang itu.

"Hark, berhenti. Kau nak bunuh diakah?" Bentak Spoon yang baru sahaja tiba ke bangunan itu. Mana tidak terkejutnya apabila sesampai sahaja dia di tingkat atas, terus ada adegan membelasah orang. Sudahlah perempuan! Kuat pula itu tendangannya.

Penculik-penculik yang memerhati perbuatan kasar Hark lantas menoleh memandang tepat ke arah susuk Spoon yang mula menghampiri kejadian. Spoon merupakan seorang ahli mereka yang sering sekali memberhentikan keadaan yang tegang dan tidak terkawal disebabkan dia merupakan ahli yang tertua di situ. Wajahnya juga bengis tetapi lain pula hati manusianya.

"Bising sangatlah perempuan ini! Orang dah bagi makan tapi menyalak pula dia!" Balas Hark.

Nafas Dafinah tercungap-cungap menahan ketakutan. Mahu melawan tetapi tidak cukup kental dan kuat apatah lagi apabila tangan dan kaki terikat. Kalau tengok di filem, langsung tidak sama dengan suasana yang dirasai sekarang ini. Mengapa dalam situasi sebenar membuatkan dirinya kecut semacam?

Retina matanya beralih melihat sedikit gadis yang sedang merekot menahan kesakitan yang tidak jauh darinya. Dia hanya mampu berasa kasihan kepada gadis itu yang sedaya upaya mahu melawan sekumpulan lelaki jahat.

Kemudian, terlihat lelaki yang dikenali sebagai Hark itu mula mencengkam rambut gadis itu. Tangisannya tidak diendahkan malah kepalanya terdongak dengan keadaan badannya yang masih melekat pada lantai. Pipinya ditampar beberapi kali sehingga jelas kelihatan warna merah pada kulit yang asalnya putih melepak.

Dafinah melihat segala kekerasan yang mereka lakukan pada gadis malang itu. Selepas itu, jari dituding tepat ke mukanya beserta ayat kejam dilontarkan padanya.

"Hei, betina! Sekali lagi kau buka mulut, aku kelar badan kau. Faham? Makan nasi itu sekarang! Kalau tak, aku hapuskan kau dan buang ke parit!"

Kepalanya lantas ditekup pada nasi yang bersepah di permukaan lantai. Ketulan-ketulan nasi melekat pada mukanya yang sedang menangis kegerunan. Spoon tidak terkata apa kerana Hark memang selalu melawan kata-katanya dan bertindak dengan lebih agresif.

Gadis yang lain pula terus menjamah hidangan secara terpaksa setelah mendengar ugutan berbaur bunuh tadi. Dafinah tahu mereka tidak mahu disakiti seperti gadis berambut hitam itu. Begitu juga dengan dirinya. Lalu dia pun dengan terpaksa menyantap semula sajian kotor yang berlonggok di depan muka. Perasaan mereka hanyalah takut pada ketika itu. Butiran pasir halus dan debu dapat dia rasakan bercampur dengan nasi di dalam mulutnya. Tanpa mengunyah, terus dia menelan sahaja. Terasa mahu menjerit pun ada tatkala nasi-nasi tersebut sudah memasuki esofagus iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dan perut.

Penculik-penculik itu mengawal mereka sepanjang waktu bersarapan pagi dengan layanan yang kejam.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rahsia Kau dan AkuWhere stories live. Discover now