“Stoplah Alyna!!Boleh tak kau jadi perempuan yang bermaruah?Tahu erti malu!”Tengkingan yang keluar dari mulut Aaryan Zahreen membuatkan orang disekeliling mereka berpaling ke arahnya dan Qaseh Alyna.
“Malu?Saya dah lama hilang perasaan malu tu Yan!Sejak awak muncul didepan mata saya..Perasaan malu tu dah takde dan hanya perasaan tulus cinta saya pada awak…”Balas Alyna dengan tenang sambil melemparkan senyum manis pada Aaryan yang kini kelihatan sudah menggelegak mendengar hal itu.
Aaryan sudah mengepalkan tangannya dengan erat memikirkan ingin saja dia menumbuk gadis didepannya itu.Andai saja Alyna lelaki sudah lama dia belasah.Dia cuba bertenang setenang mungkin.
“Ouh,jadi kau memang tak ada malulah macam itu?Aku nak tengok Alyna sejauh mana rasa TAK MALU kau boleh bertahan.”Kata Aaryan sambil melangkahkan kakinya ke arah Alyna memberi tantangan pada gadis itu.Alyna yang melihat Aaryan mendekatinya hanya tersenyum simpul menatap Aaryan.
“Jadi kau tak kisahlah kalau aku tayang tak malu kau pada semua orang Alyna?”Aaryan membelai manja rambut Alyna lalu menurunkan tangannya pada kolar baju Alyna.
Ditariknya kolar Alyna dengan kuat membuatkan Alyna terangkat sedikit tapi tidak langsung Alyna merasakan takut dalam dirinya.Apa yang dia tahu Aaryan tahu dia wujud.Orang ramai sudah membuahi kata-kata melihat mereka berdua.
Gadis ini sudah hilang akal.
“Kau tak kenal lagi aku siapa Alyna…Jangan berani kau cuba cabar aku!You don’t know my limit”
“Aaryan Zahreen…Makin awak jual mahal makin saya suka..Dan awak juga jangan cabar saya Aaryan.I know my limit too”
Terlalu sengit diantara mereka.Aaryan Zahreen yang sudah hilang sabar dan ingin meletup sementara Qaseh Alyna hanya menatapnya dengan perasaan suka yang mendalam.
“Kita tengok siapa yang akan melutut nanti..Bila benda itu terjadi aku pastikan kau pupus terus dari dunia ni Qaseh Alyna!”Tegas Aaryan lalu melepaskan kolar Alyna dengan kasar sehingga Alyna tertolak ke belakang.
“Ye kita tengok siapa yang akan melutut dan awak kena ingat setiap manusia didunia tetap akan pupus termasuk saya dengan terutama sekali awak!”Balas Alyna dengan tegas juga.
“Tapi sebelum perkara itu terjadikan saya akan pastikan awak jadi milik saya Aaryan Zahreen!Sebab awak cinta pertama dan cinta terakhir saya”Sambung Alyna lagi.
“Pergi mampus dengan kau punya cinta!”Bidas Aaryan lalu segera meninggalkan kawasan itu dengan perasaan yang masih membara.
Alyna yang menatap kepergian Aaryan dari belakang hanya terdiam kaku tidak bergerak.Orang disekeliling sudah mengatainya menganggap gadis itu sudah gila dan kemaruk dengan cinta lelaki yang tidak mencintai.
Qaseh Alyna gila bayang.
Qaseh Alyna tak tahu malu.
Qaseh Alyna murahan.
Qaseh Alyna gila.
Qaseh Alyna tak sedar diri.
Bagi Alyna semua itu hanyalah angin lalu yang menerpa pada tubuh jadi tidak dia hiraukan kerana dia belum gila lagi untuk bercakap dengan angin.
Kaki Alyna mula mengorak langkah meninggalkan tempat itu.Dia pergi dengan perasaan yang kosong seolah tiada apa yang berlaku padanya.Alyna hanya tahu tentang cinta sementara hal lain tidaklah dia hiraukan kerana dia hidup juga tidak ada gunanya jadi mencintai seseorang adalah jalan untuk dia hidup sekarang.
Alyna yang obses dengan cinta sehingga dia lupa bahwa Allah mampu membalikkan takdir hidupnya.Allah maha mengetahui segalanya jadi tiada apa yang mustahil jika itu berlaku pada Alyna.
“My Alyna!Nak pergi mana tu?Merentas desa ke?Ke merentas hati dan minda aku?”
“Boleh tak kau berhenti panggil aku dengan panggilan tu?”Kata Alyna dengan geram berpaling memandang lelaki dibelakangnya itu.
“Tak boleh!Sebab panggilan tu terlalu manis untuk aku abaikan..Btw gila juga kau ye duk kejarkan lelaki itu.”
“Apa yang aku belajar ialah tetap mengejar sampai dapat!”Balas Alyna dengan membuatkan lelaki itu memandangnya dengan senyuman arnabnya.
“Kelakar”
“Haha kelakarkan?!”Tanya Alyna dengan ketawa palsu dibalas pula lelaki dengan ketawa betul.
“Hahahaha tak kelakar sebenarnya tapi aku tetap gelak!Hahahaha”
Alyna menatapnya geram lalu ditamparnya bahu lelaki itu dengan kasar membuatkan lelaki disampingnya mengaduh sakit.
“Tak kelakar okey!”
“Aku gurau jelah!My Alyna,I wanna ask you something.”
Mata Alyna terus melilau ke arahnya dengan anggukan tanda tanya.
“Kenapa buat kerja sia-sia?”
“Apa yang sia-sia?”
“Kejar cinta yang tak berpihak pada kau”
“Belum sia-sia lagi okey!”
“No Alyna.Aku sendiri nampak yang perbuatan kau memang sia-sia.Aku tak nak kau ke arah sakit Alyna.Sakit kejar orang yang tak nampak pon kau sebenarnya.”
Alyna terdiam menatap lelaki itu seolah mencerna kata-kata lelaki itu dengan baik.
“Kau dah cukup sakit Alyna,kau patut fikirkan diri kau dan keadaan kau Alyna.Kalau kau macam ni terus kau takkan sembuh Alyna.Mungkin dengan sakit ni Alyna kau tak perlu ingat tentang dia dan kau perlu hapuskan dia dalam fikiran kau Alyna “
Jelas lelaki itu dengan lembut sambil memegang bahu Alyna,sayu matanya melihat mata Alyna kerana dia saksi segalanya dalam hidup Alyna.Alyna melepaskan tangan lelaki itu dan bahu Alyna lalu berkata dengan tegas
“Kau silap!Aku tak akan hapuskan dia dalam ingatan aku!Walaupun nanti aku memori aku mula hilang tapi aku akan tetap sebut nama dia walaupon aku dah tak tahu siapa dia nanti tapi nama dia tetap akan jadi memori pertama dalam hidup aku sebab aku terlalu cintakan dia.”Jawab Alyna dengan tulus membuatkan lelaki itu berkaca menatapnya dengan diam.
“Kau tak tahu apa yang ada dalam hati aku.Kau tak tahu betapa terseksanya aku kalau ingatan aku hilang tentang dia because he is the one I can see the real beautiful colour in this world..”
Kata Alyna dengan lemah lembut laku meninggalkan lelaki itu yang terdiam seribu batu hanya menunduk seketika lalu memandangnya yang kian menjauh dari pandangan.
“Kalau dia menjadi orang pertama buat kau dapat warna dunia ini maka akulah orang yang terakhir akan memberikan kau warna yang sebenar dalam hidup kau”
“Aku akan menjadi memori yang terindah dalam hidup kau My Alyna”
YOU ARE READING
SEE U IN MEMORY
RomanceSinopsis Senyuman yang dilemparkan tidak menjanjikan seseorang itu dalam keadaan baik saja namun ianya untuk menutup kesakitan yang berada dalam mindanya.Itulah yang dihadapkan pada Qaseh Alyna sekarang.Harus menjadi kuat untuk melawan segala kejadi...
