1 | Bully

73 12 1
                                        


'Love my religion,

But he was my faith—'



MEADOW HILL HIGH SCHOOL.

DENGAN berbaju tweed yang sedondon, dan rambut ikal yang melepasi pinggang. Darla sememangnya menjadi tumpuan bagi pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun hanya melintasi mereka, semua mata akan jatuh padanya.

She's the queen bee of meadow.

"Wangi betul Darla ni, dari jauh pun aku boleh bau perfume dia."

Mendengarkan ujaran Jasper, Rooney segera menyiku perutnya. "Kau nak mampus? Kalau Morgan dengar habis kita."

Jasper menyeringai, torso Morgan yang berada di susur jalan dipandang. Dia berada di tepi locker milik Darla. Lelaki itu tak pernah kenal erti kalah untuk mengurat satunya-satunya gadis popular di Meadow Hill. Tapi Darla masih kekal dengan imej hot girlnya itu. Tak sekalipun dia melayan atau ambil peduli dengan mereka. Namun, senyuman masih menghiasi bibirnya.

Locker ditutup dan Darla melibas rambutnya di wajah Morgan, pandai mengambil kesempatan Morgan menyentuh setiap rambut mengurai itu dan menghidunya sehingga Darla berlalu. Darla masih menjadi tumpuan apatah lagi bila dia berjalan dengan diiringi dua orang gadis di sisinya dan Darla pula berada di tengah-tengah antara mereka.

Di sudut lain, seorang lelaki berkaca mata tebal dan rambut yang digaya pomade hanya memerhati setiap kali gadis itu dan rakannya melangkah masuk ke kelas. Langkah gadis itu terhenti di depannya dan saat punggung dilabuhkan ke kerusi, gadis itu berpaling sejenak.

"Hi, Rome." Sapa Darla.

Romero segera membetulkan kaca matanya. Wajahnya terasa bahang-sudah tentulah dia terasa segan. Tak pernah mana-mana gadis tegur dia selama ini, hanya Darla saja yang rajin menyapanya. Walaupun hanya sapaan ringkas, sekurangnya Romero tahu kewujudannya diakui.

Udara di hirup dan semerta aroma wangian Darla menusuk hidung.

Romero kaku. Terngiang-ngiang di gegendangnya suara manis Darla, dan senyuman memikat gadis itu. Semuanya memberikan debaran hebat di hatinya.

"Da..." tutur katanya terputus.

Romero hanya lelaki skema, sampai sekarang dia masih belum ada keberanian untuk menegur Darla. Gadis itu sentiasa menyinar bagai bintang di malam hari dan baginya, dia hanyalah pungguk yang merindukan bulan.

Sentiasa berada di sebalik bayang.

Darla terlalu jauh untuk digapai.

Segera buku diari berkulit hitam dikeluarkan. Pen ditangan mula menulis sesuatu di atas kertas.

Today, she smile at me again. She always dazzling, always mesmerizing that make me forget how to move. I couldn't breath because the atmosphere smells like her and every time she laugh, I feels like the time has stopped.

Hari demi hari, hanya buku hitam itu menjadi tempat luahannya.

.

PENUH buku-buku di tangannya hinggakan hampir menutup muka. Tapi pedulikan dengan panas terik, Romero menuju ke arah geng basketball. Mereka memintanya untuk membawakan buku untuk mereka dan seperti biasa, Romero hanya menjadi penurut.

Tapi kerana kakinya disadung, terjelepuk tubuhnya ke lantai.

Tawa Morgan dan gengnya bergema di koridor. "Jalan pakai matalah! Bodoh! Apa guna kau pakai spek?"

Romero ketap bibir, kaca matanya yang tertanggal cuba dicapai tapi segera dipijak oleh Jasper. Lambat-lambat kepalaya diangkat, merenung Morgan yang berpeluk tubuh.

"S-sorry," ujarnya tergagap-gagap.

Tangan masih mencuba mengutip buku-buku yang jatuh berselerakan di lantai. Tapi segera disepak Rooney. Morgan pula tertawa keji, kolar baju Romero dicengkam dan diangkat ke udara hingga tubuh lelaki itu sedikit terjingkit

"Apa kau kata tadi? Sorry? Ulang balik, aku tak dengarlah..."

Romero cuba bersuara, tapi suaranya tenggelam. Dia jarang bersuara disebabkan kesukarannya yang sering tergagap. Sementara itu, Jasper yang ternampak diari di atas lantai dan terbuka di halaman tengah terus mencapai buku tersebut. Dengan penuh rasa curious, tulisan tersebut dibaca. Terus berubah anak matanya saat membaca sebaris ayat.

"Oh my darling, Darla." Dia terkekeh.

Sinis senyumannya sebelum menghulurkan buku tersebut kepada Morgan.

"Tengok ni, Morgan. He's been worshipping your girlfriend."

If Aprodhite born as a human, that definitely her.

Who could seduce anyone with her smile.

And would curse men madly, passionately upon her arm.

Laju tubuh Romero dilempar kasar. Pantas Morgan merampas diari tersebut, raut wajahnya tegang. Beberapa helai kertas diselak dan penumbuknya digenggam. Tak fikir panjang, kakinya naik memijak tubuh Romero.

"Kau fikir kau Shakespeare?!" Tengkingnya.

"Stop being delusional. Kau ingat Darla nak pandang lelaki macam kau ni?!" Suaranya mengundang perhatian pelajar lain yang turut berada di situ.

Helaian kertas dicarik penuh amarah.

Romero kelu. Badannya yang disepak berkali-kali membuatkannya meringis. "Tolong... Pulangkan buku tu..." Perlahan ujarannya.

Tapi, permintaan Romero hanya membuatkan Morgan lebih berang. "Kau dengan fantasi bodoh kau ini? Over my dead body!"

Mereka tertawa. Puas dengan tendangannya, Morgan mula mencangkung di depan Romero. Ditepuk perlahan pipi tersebut. "Kau dengar sini baik-baik. Mulai hari ni, kau akan jadi permainan baru kita orang." Helaian kertas di lantai dikutip dan ditekupkan ke mulut Romero.

"See ya," dan mereka mula beredar.

Romero hanya mampu menundukkan kepala. Terbatuk-batuk kecil mengeluarkan kertas di mulutnya. Matanya melirik ke arah buku diarinya yang kini rosak di hujung kaki. Perasaan malu, marah, dan kecewa bercampur baur, tapi dia tahu- dia tak reti melawan.

Dari jauh, beberapa pelajar hanya menjadi pemerhati... termasuk seorang gadis dengan rambut hitam panjang yang berkilau di bawah cahaya matahari. 

Darla.

Dia kebetulan turut lalu di situ, keningnya bertaut rapat tapi tanpa kata langkah kaki diteruskan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hitman: Nerd & GeekWhere stories live. Discover now