'Love my religion,
But he was my faith—'
TAKDIR.
Sesuatu yang dia cuba nafikan. Dari dulu, mereka kata memang takdir dia untuk menjadi loser, dipijak dan dibuli semua orang. Dan di sini takdir sekali lagi seperti mempermainkannya.
Lelaki yang sama yang digelar loser itu kini menjadi death eater yang meragut nyawa manusia tanpa belas.
Dan di sini, dunia kejam itu adalah syurga untuknya.
AK-47 dilaras sama dengan kedudukan bahu. Sebelah mata dikerdipkan untuk lebih fokus pada sasaran. Target kini terlihat jelas di micro mirror.
Jari sedia untuk menarik rifle. Belum sempat das dilepaskan, jemarinya kaku.
Figura gadis brunnete yang memenuhi telescopic sight itu ditenung lama. Menghalang target utamanya yang sepatutnya dibidik. Tapi bukan itu yang menjadi gangguan, raut cantik itu terlalu dikenali.
Berambut ikal dengan ikatan ponytail, mata bundar yang bewarna hazel. Bibir mungil yang dicalit lipstik bewarna coral. Tiada segarit senyuman di bibir itu, tetap bukan menjadi masalah untuk dia mengecam gadis itu.
"Darla," Diujar perlahan.
Bagilah berapa tahun pun, dia tetap akan ingat sampai bila-bila.
Berkat perempuan itu, dia memilih jalan ini.
Jalan yang mengubah kehidupannya. Earpiece ditekan.
"Mission incomplete, sir."
Ak-47 kembali dijatuhkan di sisi. Langkah diatur pergi dari rooftop.
Dia ada misi lain yang perlu dilakukan. Lupa pada tugas sebenar... Ada sesuatu yang lebih penting daripada itu.
Langkah diatur ke bangunan bertentangan, mengintip setiap gerak-geri Darla sebelum lelaki itu bertindak mengekorinya dalam diam.
Detik demi detik berlalu, tapi seluruh perhatiannya masih utuh. Hingga keramaian beransur, dia mula bertindak. Kaki diatur ke pintu bilik hotel yang dimasuki Darla.
.
TUBUH dihempas kasar ke sofa. Kedua tangan disilang ke tubuh, dia benci setiap kali kena ke majlis seperti ini. Penuh dengan korporat dan etika.
Sedangkan jiwa wanitanya lebih bebas. Tidak suka terikat dengan aturan.
Villa dan bandar Kinsdale sama sahaja, tiada apa yang berbeza.
Perlahan-lahan tubuh dibaringkan, anak mata hanya merenung kosong pada skrin tv yang gelap. Merenung pada figuranya di bias kaca.
Terlihat menyedihkan.
Hidupnya dikongkong sejak dulu, menjadi anak kepada senator di Town Of Ashby tak pernah mendatangkan tuah buatnya. Keluhan dilepaskan buat kesekian kali.
Ding Dong!
Bunyi loceng mengamit Darla untuk bangkit. Malas-malas langkah dibawa ke pintu. Dibiarkan dibuka separuh.
"Housekeeper ke?" Sengaja disoal begitu.
Penampilan lelaki itu sangat mencurigakan. Serba hitam dengan cap di kepala, dan masker hitam yang menutup separuh wajah. Cepat tangkap situasi, Darla segera menutup pintu kembali tapi belum sempat ditutup... Tangan asing tersebut lebih pantas menahan.
Dalam sekelip mata sahaja lelaki itu kini berada di dalam biliknya. Pintu dikatup semula dan bunyi Klak kedengaran.
Shit.
Darla berundur setapak. "Kau... Siapa kau ni?" disoal berani.
Tahu bapanya mempunyai banyak musuh, ceroboh dan dijadikan tebusan sudah lali buatnya. Dan dia juga tidak tahu, ini untuk kali yang ke berapa orang asing cuba untuk menjadikannya tebusan.
Setapak lelaki itu mendekat, masker yang menutup hidung dan mulutnya dibuka.
"Kenal aku lagi?"
Lama retinanya menatap dalam retina milik lelaki itu. Iris bewarna amber itu mengingatkannya pada seseorang.
Tak, tak mungkin.
Wajah mereka terlihat berbeza, sangat berbeza...
... Mustahil mereka orang yang sama.
Belum sempat berspekulasi, tengkuknya dihentak kuat.
.
Sepatutnya this one jadi ebook dengan Hann, but then we both decide genre begini biarlah stay hanya di watpad.
YOU ARE READING
Hitman: Nerd & Geek
ActionCapo 1 of Marauder trilogy.' 'I've had enough, but you're too hard to quit.' ❝ You and me, against the world.❞ . . . The Sniper and his dream girl. Warn: May contain toxic trait. Read at your own risk.
