💌Bab 23💌

16 2 0
                                    

Semua bajunya dimasukkan ke dalam beg luggagenya. Hari ini merupakan hari terakhirnya di negara yang dinamakan kota cinta itu.

Siapa sangka dia telah menghabiskan pengajiannya selama 5 tahun di sini. Selepas sahaja keputusan SPM diumumkan, Falisha mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya di overseas. Dari kecil lagi dia mengimpikan untuk belajar di negara orang. Alhamdulillah akhirnya, tercapai jua hajatnya.

Jarum jam menunjukkan pukul 9 malam waktu Paris. Falisha perlu tidur awal kerana esok seawal 7 pagi dia perlu berangkat ke airport. Rasa tak sabarnya nak balik. Rindu pulak dekat papa dengan mama. Hari itu ada jugak ada jugak mama contact. Tapi sekejap sahaja. Mana lah puas.

Sampai sahaja di pintu keluar dari pesawat, lantas Falisha mempercepatkan langkahnya.

"Mama!!! Papa!!!" teriak Falisha dari jauh sambil melambai lambaikan tangannya.

Puan Zulaikha dan Encik Zakwan serta menoleh ke arah itu. Mereka memang kenal akan suara itu.

"Welcome to Malaysia, Sha" ucap mama lalu memeluk tubuh anaknya seerat eratnya.

Falisha turut memeluk mamanya.

Encik Zakwan hanya menayangkan riak gembira. Rasa syukur turut dipanjatkan.
Alhamdulillah anaknya selamat pulang ke tanah.

Lama mereka bertiga di situ. Sesi meluah perasaan belum habis lagi.

"Ehemm...jom kita gerak. Nanti kita sambung lagi ya." Dehem papa setelah melihat anak beranak itu tidak berhenti berbual.

"Oh ya tak ya jugak." Kata Falisha sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.

Dalam kereta keluarga kecil itu saling bertukar topik. Falisha dari airport sampailah sekarang separuh perjalanan ini tak berhenti henti bercerita pengalamannya di sana.

Keadaan menjadi senyap seketika. Mungkin Falisha dah penat bercerita agaknya. Mama pun sudah terlena. Perjalanan pulang ke rumahnya mengambil masa lebih kurang sejam. Papa pula masih fokus ke pada pemanduan. Falisha tidak terus tidur, malah mengambil kesempatan itu untuk scroll Instagramnya.

Bagi menghilangkan suasana sunyi itu, satu butang radio Papa tekan. Tengah memandu ini, syok kalau dengar lagu. Betul tak? Satu siaran radio diperdengarkan.

Selepas DJ itu memainkan lagu, satu rakaman video bagi satu acara permainan bola sepak dimainkan selepas itu. Volume radio papa kuatkan sedikit.

"Dan kini bola berada pihak tuan rumah iaitu JFC. Yaaa begitu lincah sekali setiap pemain membawanya. Bola kemudian di passing kepada Danial sebagai pemain pertahanan dan terus kepada captain pasukan daannnnn Gollll !!!Tendangan yang tepat dan padu yang dibuat oleh Fahryan di sebelah kiri penjaga gol secara lansung menjadi pertambahan mata bagi pasukan ini. Tahniah buat pasukan JFC."

Telinga Falisha tiba tiba menjadi peka untuk mendengar rakaman itu.

'Captain bola tu dia ke?'

"Ya itu dia rakaman bola sepak yang berlansung di stadium Bukit Jalil semalam. Tahniah buat pasukan JFC dengan kemenangan 6-1."

'Tak. Tak mungkinlah Sha. Mungkin orang lain ke kan?' omel Falisha sambil menggeleng kecil

"Teringat dekat siapa tu, Sha. Teringat dekat boyfriend mat salleh ke? Tak nak share story dengan papa?"soal papa sambil memandang cermin sisi belakang.

Bulat mata Falisha mendengar soalan itu. Soalan apakah ini?. Haih. Papa ini bergurau pulak dia.

"Mana ada Sha teringat dekat boyfriend. Kat sana semuanya tak de ciri lelaki yang Sha nak. Susahlah papa. Lagipun, Sha dekat sana kan untuk study." Ujar Falisha.

"Yelah. Papa tau. Saja tanya. Mana lah tahu kalau Sha dah ada calon ke..kan?"

"Calon? Err Papa. Sha rasa lamberttt lagi kot." Kata Falisha dengan nada kekoknya. Pelik kenapalah topik itu menjadi bahan bualannya dengan papa.

"Hahahaha. Papa gurau je. Jangan lah serious sangat." Kata papa dengan gelak tawanya. Geli hati tengok muka cuak anak daranya itu.

Falisha hanya membalas dengan segaris senyuman hambar. Keadaan kembali senyap. Falisha merenung pemandangan di luar. Mata sahaja di situ. Otak dah ke alam lain. Dalam kepalanya ligat memikir siapa sebenarnya 'captain' bola itu.

••••••••••

Tangannya menyeluk laci meja belajarnya. Semua envelope itu diambilnya. Sampai sekarang dia masih menyimpannya. Bilangannya masih sama seperti dulu. Tidak bertambah mahupun berkurangan.

'Mana kau pergi. Nampaknya kau betul betul marah dekat aku. Aku minta maaf kalau aku buat kau marah. Macam mana aku nak balas surat ini kalau aku sendiri tak tahu siapa kau sebenarnya. Tolonglah jangan buat aku macam ini. Kalau kau betul betul nak kawan dengan aku, kau mesti munculkan diri kau. Kalau tak kita tak friend.' omel Fahryan sendirian.

Semua isi envelope itu dibaca berulang kali cuba menangkap siapa penulisnya. Namun, Fahryan gagal. Fahryan perlu tahu siapa dia yang sebenarnya.

'Bertahun aku tunggu. Aku nekad kalau aku tahu kau siapa, aku tak kan biarkan mana mana perempuan pun dekat dengan aku lepas ini. Sebab kau, aku tolak confess semua perempuan. Jangan tanya kenapa. Kalau kau tanya, jawapan aku, zero, nothing. Mungkin sebab aku rasa kau ini misteri orangnya. Dan aku suka. So please appreciate sikit pengorbanan aku ini. Please lah bagitahu aku siapa kau.'

Setelah puas berteka teki, Fahryan terus hempaskan tubuhnya di katil. Pelipisnya dipicit seketika. Stress dibuatnya. Mata dipejamkan dan nafas ditarik sedalam dalamnya kemudian dihembus. Barulah tenang sikit.

Terasa seperti dirinya lama berbaring, Fahryan terus bangun dan mula mengemas semula barangnya. Semalam habis game terus balik. Semua barang dicampak entah ke mana sebab dah penat. Kerja itu diteruskan sehinggalah selesai.

Jiranku CrushkuWhere stories live. Discover now