Episode 97 : Rindu

Start from the beginning
                                    

          "Sebenarnya Alfareeze ke sini kerana kita. Dan tujuannya adalah untuk membalas dendam. Atas tindakan ayah memisahkan kamu bersama dia, sebenarnya Alfareeze mencari kamu selama tiga tahun ni....demi mengesan keberadaan kamu juga, Alfareeze telah menjarah setiap negeri yang ada...sehinggalah Slivalon menjadi pilihan terakhir dia. Dan...pelan dia berjaya...dia menemui kita..rundingan itu adalah sebahagian daripada rancangan Alfareeze sendiri..."

        "Darra tahu tu....Putera Malik beritahu mereka diberi dua pilihan. Tapi yang dipilih adalah pilihan kedua...iaitu mengadakan hubungan diplomatic di antara dua negeri melalui perkahwinan..Alfareeze pilih saya untuk itu?Lelaki tu?"Alfareeze pilih dia untuk jadi pasangan Raja Coravia?Serius?

         Duke Elijah mengangguk. "Ya..dia mahukan kamu yang terima lamaran itu. Bukan orang lain. Jika kami tidak turutkan permintaannya, Alfareeze akan memerangi Marlowe...ayah tak dapat buat keputusan tapi Raja Aryyan telahpun menurunkan titahnya."beritahunya dengan serba salah.. Duke Elijah mengaku salah dia kerana pisahkan Alfareeze dengan Darra sejak awal lagi. Tapi nak buat macam mana, dia sayangkan anak perempuannya. Dia enggan sebarangan orang bawa anak perempuannya menjauh darinya. Nanti sunyi hidupnya jika Darra tidak tinggal bersamanya. Hati ayah mana yang tidak rasa kehilangan kalau anak perempuan kesayangannya dibawa pergi dengan lelaki lain! Tapi disebabkan Alfareeze benar-benar nekad mahu bersama dengan Darra tidak kira la sudah berapa kali dia cuba jauhkan mereka berdua, Duke Elijah mengalah. Dia enggan menghalang lagi. Dia ikhlaskan!

        "Semua ni tak adil..."

        "Kenapa pula kamu berkata begitu...bukan ke ianya perkara baik?"Duke Elijah pandang tidak faham. Kenapa Darra marah sangat?

Lepas dengar kenyataan tu, dia memang dah tak nak tanya lebih. Terus keluar je dari situ sebab tak boleh terima keputusan mereka semua. Kenapa semua orang buat keputusan sendiri tanpa ambil peduli pendapatnya dulu!?Terutama sekali Alfareeze!

Sepatutnya dia rasa gembira sebab dapat tahu Alfareeze cuba mencari dia.

Tapi bila difikirkan semula, rasa seperti dikhianati pun ada. Apa yang Alfareeze fikirkan?Bolehnya lelaki itu lepaskan dia begitu saja?Memangnya ini ke cara Alfareeze balas dendam kepadanya kerana meninggalkan lelaki itu!?Balas dendam dengan mengahwinkan dia dengan orang lain?Bukan dengan Alfareeze sendiri?

Dan...

Apa yang buatkan Darra semakin jengkel adalah kerana dia mengakui yang dia sebenarnya rindu akan Alfareeze sejak dia bertembung dengan lelaki itu di istana tempoh hari. Serius beritahu rupa paras yang dimiliki oleh lelaki itu benar-benar buatkan dia semakin angau!

Tak guna betul!

Mahu tak mahu Darra gagahkan diri untuk bersiap pada pagi itu. Walaupun dia begitu letih dan tidak sedap badan. Dia kena lakukan sesuatu mengenai hal ni.

Maid Yasmin sibuk mengelap pasu di atas rak khas sewaktu maid yang lain sibuk mengelap cermin dan membersihkan permaidani. Biasanya mereka akan mengemas tiga kali dalam seminggu untuk memastikan tiada habuk yang berkumpul di mana-mana ceruk rumah agam ini.

Sedang Maid Yasmin meletakkan pasu berwarna putih dengan corak berwarna hitam, pintu ruang tamu terbuka ke dalam.

           "Yasmin?"suara lembut itu buatkan Yasmin berdiri tegak dari bongkok serta merta.

            "Ya saya cik muda.."sambut Yasmin menjengahkan kepalanya ke arah pintu. Sekali tu nampak Darra sedang berjalan lekas ke arahnya. Ada apa ni?

            Darra berjalan laju ke arah Maid Yasmin dengan muka serius. "Ada sesuatu saya tanya...."

            Terkedip-kedip laju mata Maid Yasmin. "Ya..apakah ia?"

           "Hari tu kamu terima balang gula-gula bukan?"

            Balang gula-gula?Kepala Maid Yasmin terlentok ke kanan sedikit. "Ahh...ada..saya dah serahkan kepada Dean..cik muda terima ia kan?"

             "Beritahu saya siapa yang serahkannya kepada kamu?"

Rasanya seorang lelaki berpakaian serba hitam. "Saya tidak pasti namanya siapa. Tapi orang itu adalah seorang lelaki, dia berambut pendek, tapi di tepi kepalanya ada corak seakan garisan yang terbentuk padanya. Pakaiannya serba hitam juga.."beritahu Yasmin sambil cuba mengingati semula memori dia.

           "Baju hitam?"kening Darra berkerut. Kalau lelaki yang dimaksudkan oleh Yasmin adalah lelaki sama yang membantu ayah dia dan yang berjalan disamping Alfareeze semalam, jadi betul la tekaan dia. Gula-gula itu pasti diberikan oleh Alfareeze kepadanya. Tapi kenapa lelaki tu buat-buat tak kenal dia?

            "Kenapa cik muda?Ada apa-apa masalah ke?"

             Darra menggeleng. "Tiada. Tak ada apa-apa masalah. Saya cuma nak tahu."

Maid Yasmin mengangguk faham.

             "Dah..kamu sambung la kerja situ. Maaf kerana saya menganggu."ucap Darra sebelum berpusing ke arah pintu dan keluar dari situ. Dia picit-picit dahinya dengan mata terpejam. Kenapa Alfareeze buat semua kalau lelaki itu nekad hendak buatkan dia bersama dengan orang lain?Tak faham la...

Sesampai saja Darra di anak tangga untuk ke tingkat bawah, Darra bertembung dengan Duke Elijah. lelaki itu sepertinya baru pulang dari istana berdasarkan pakaian rasmi yang terpasang di badan.

            Bersama renungan rajuknya Darra lirik akan  pengawal lelaki yang sedang berdiri di belakang ayahnya. "Ayah baru balik dari istana?"soalnya sambil pegang tembok batu anak tangga di sebelah waktu itu.

            Duke Elijah mengangguk. "Ya. Memberi kata  putus yang kami menerima permintaan mereka hari tu."

            Hela nafas kesal lepas dari Darra. Jadi mereka sudahpun memberi persetujuan untuk mengahwini dia bersama Raja Coravia!? "Kalau dah begitu, Ayah tak apa-apa?"

            "Kenapa kamu tanya begitu?"

            "Darra akan berkahwin dan tinggalkan ayah nanti...jadi ayah tak apa-apa ke?"dia pandang wajah tua ayahnya dengan renungan letih. Kepala dia sedang berdenyut-denyut kuat. Rasanya dia nak demam lah sebab tekak dia pun rasa sakit semacam.

            Duke Elijah tersenyum sedih. "Nak buat bagaimana lagi...ayah tidak boleh simpan kamu selamanya. Sebab bila tiba masanya kamu juga perlu bina keluarga sendiri..."beritahunya. "Lagipun perkahwinan bukan perkara yang buruk memandangkan kamu akan berkahwin dengan-"

             Memanglah...tapi bukan bersama dengan orang yang dia tidak sukai!Kerut Darra bersama muncung tidak puas hati. "Kalau macam tu...boleh saya tanya ayah sesuatu?"dia pintas kata-kata ayahnya kerana enggan ambil tahu lagi mengenai perkahwinannya.

             Terkedip mata Duke Elijah kerana hairan. "Apakah perkara tu?"dia baru aje nak beritahu Darra yang nanti orang yang Darra bakal kahwini adalah Alfareeze. Jadi selepas ini Darra tidak lagi perlu susah hati atau murung setiap hari memikirkan Alfareeze.

           "Ayah tahu dimana saya boleh temui Alfareeze?"

            Kening Duke Elijah terangkat tinggi sebaik   mendengar soalan mengejut itu. "Tahu..."jawabnya. Darra mahu menemui Alfareeze ke?

           "Beritahu saya dimana dia..."Darra mahu berbincang dengan Alfareeze. Dia tidak mahu berkahwin dengan sesiapa!Kalau Alfareeze benar-benar sudah lupakan dirinya, dia mahu dengar sendiri pengakuan dari lelaki itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now