7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

Start from the beginning
                                    

" It's okey. Thankyou for coming." Sekali lagi tangan diletakkan ke dada lalu mengangguk.

Kali ini, Arfana sendiri yang iringi Syed Adyan turun hingga ke Lobby Syarikat. Semua mata memandang mereka pelik kerana ini adalah kali pertama Arfana turun ke Lobby bersama tetamunya. Ada juga yang berbisik sesama sendiri namun semuanya tidak dihiraukan oleh Arfana.

Tangan disilang ke belakang sambil menunggu kereta Syed Adyan tiba. Mereka berpandangan sekali lagi lalu jejaka itu masuk ke dalam kereta.

Setelah tayar bergolek, Arfana terus berpusing ke lift. Wajah ketatnya memenuhi kornea mata semua manusia di situ. Nana membuat isyarat diam kepada rakan kerjanya yang lain supaya tidak menganggu mood Boss mereka.

Ardhan Faiqal yang baru sampai di depan Lobby terus memanggil Arfana sehingga sekali lagi pekerja disitu terkesima. Dengan pakaian kemas dan berkaca mata hitam, dia menyapa juga Nana di sebelah Arfana.

" Jom lunch!" Ajak Ardhan kepada adiknya.

" Kenapa you datang sini tak pakai mask?"

" Qal kan dah pakai ini" Kaca mata hitam disentuh.

" I nak ambik beg, tunggu sini"

Nana hanya berdiri di hadapan Ardhan setelah mendapat arahan dari Arfana untuk menemani abangnya itu. Ardhan berjalan melihat sekeliling kawasan Syarikat adiknya.

" Nana, siapa yang datang tadi?" Ardhan bertanya sambil berpusing menghadap Nana tanpa break. Hampir sahaja gadis itu melanggar Ardhan.

" Oh, itu CEO Global Moon. Syed Adyan Al-Fateeh namanya, Tuan"

" Syed Adyan" Sebut Ardhan dengan nada paling perlahan.

" Dia buat apa di sini?"

" Arles dan Global Moon ada projek baru bersama, Tuan"

Mendengar berita itu, wajah Ardhan berubah seratus peratus tegang. Tidak mungkin. Arfana tidak boleh dekat dengan Syed Adyan. Tidak boleh kenal dengan Global Moon. Saat itu juga bunyi heels milik Arfana memenuhi ruangan Lobby yang sudah diam itu.

Ardhan Faiqal mendapatkan Arfana Faiqa lalu menariknya masuk ke dalam kereta. Pipi Arfana dipicit kerana geram.

Otak memproses mencari akal untuk menghalang projek Arles dan Global Moon itu. Arfana pula menutup mata sepanjang perjalanan mereka sehinggalah tiba di cafe yang dipilih oleh abangnya.

Ardhan Faiqal memimpin tangan adiknya erat seperti sewaktu kecil mereka. Arfana Faiqa memandang pelukan tangan mereka itu dengan senyuman nipis. Buka pintu cafe, wajah Arshan Faiq dan Syed Aariz pula terhidang.

Abang sulung mereka melambai untuk duduk bersama. Wajahnya tersenyum manis melihat adik-adiknya disitu.

" Jauh betul lunch kau harini bang" Sapa Ardhan bersama salaman kepada keduanya. Arfana membuntuti abang keduanya.

" Saja, nak cuba tempat baru" Balas Arshan selamba.

Arfana mengambil tempat di tepi Arshan Faiq, berhadapan dengan Syed Aariz yang tidak lepas dari memandangnya.

" Berdosa tengok anak dara orang macam tu" Tegur Ardhan sambil menepuk bahu Syed Aariz. Faham akan ketidakselesaan adik perempuannya.

" Abang nak ke toilet sekejap, Qal pergi order boleh?" Soalan diaju kepada Ardhan oleh Arshan. Mata dikenyit tanda mahu membiarkan adiknya dengan Syed Aariz.

Setelah dua manusia itu berlalu, Syed Aariz berdehem sedikit untuk menarik perhatian Arfana. Gadis itu memandang Syed Aariz dengan pandangan kosong.

" Hai?"

" Dah macam orang baru belajar mengorat pula" Seorang pelanggan lain di dalam cafe itu menyinis ketika lalu di tepi mereka berdua. Syed Aariz mengetap bibir.

" Kau sihat?"

" Kau Sihat?" Soalan berbalas soalan. Arfana malas mahu berdebat seperti dulu kala sebenarnya.

Syed Aariz mengangguk mengiyakan lalu menyandar ke kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada.

" Perlu ke kau pandang aku sampai macam tu?" Arfana mengajukan soalan apabila mata Syed Aariz masih tidak lepas dari menatapnya.

" Aku sedang menikmati keindahan ciptaan tuhan."

Arfana pula hanya membuang pandang ke luar tingkap tanpa banyak bicara. Ada yang sedang dia rahsiakan dari semua orang. Semestinya perkara itu akan membuat amarah abang-abangnya membuak nanti.

" Don't you want be mine, Arfana Faiqa?"

Mata bundar Arfana Faiqa mendongak memandang Syed Aariz seraya dengan bunyi gelas pecah di belakang mereka. Ardhan mendengar semua yang diperkatakan oleh Syed Aariz.

" What?" Soal Arfana dengan suara tersekat.

" I would take a bullet for you. Because knife is too sharp for me"

" I fall for you, I want to be yours"

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now