Prolog

438 8 0
                                        

-

"Arghh sakitt!! " jeritan seorang lelaki yang kesakitan memenuhi ruang sunyi tersebut. Satu biji peluru selamat menembusi kulit kakinya  .

"Sakit? alolo sian dia sakit.. tapi kalau macam ni sakit tak?"  Perli si gadis lalu menekankan bekas tembakan yang berada di kaki lelaki itu.

"Arghh!! C-cik Anlya sakit..s-saya minta maaf cik. " Muka lelaki tersebut berkerut menahan sakit di kakinya .

"Apa kau cakap? Ulang balik aku tak dengarlah " Tangan ligat bermain dengan sepucuk pistol glock 19 yang dipakaikan peredam suara sambil menunggu lelaki yang dihadapannya mengulang ayat.

"S-saya minta maaf c-cik" Ulang lelaki itu .

" Oo minta maaf.. kepala otak kau dah macam ni baru kau nak minta maaf sebelum kau buat tu kau fikir tak apa yang akan berlaku pada tempat ni?! Kau fikir tak apa yang kau buat tu akan membahayakan nyawa orang yang tinggal dekat sini?! " bentak Anlya .

Apa yang dikatakan gadis itu benar , markas tersebut menjadi tempat anak buahnya tinggal . Keselamatan anak buahnya adalah adalah yang paling utama , mereka punya keluarga jadi mereka harus sentiasa selamat apabila berada disini . Tapi lelaki dihadapannya dengan selamba membocorkan lokasi markas tersebut , ini dipanggil satu pengkhianatan dan dia sangat benci dengan itu !

" ... " lelaki itu hanya diam . Menghadirkan lagi rasa berang si gadis .

"Aku tanya ni jawab la sial!" Bahu lelaki itu terangkat kerana di jerkah oleh Anlya .

Semua orang yang berada di dalam bilik itu hanya mampu diam , jika Anlya sedang mengamuk tiada yang boleh menghentikannya kecuali orang tertentu .

"T-tahu" Seluruh tubuh lelaki itu bergetar hebat menandakan dia dalam ketakutan .

"Kalau dah tahu apasal kau buat macam tu?!" Berang Anlya .

" .. " lelaki itu hanya diam . Sudah mati kata , tiada alasan kukuh untuk menjawab . Dia buat kerana terliur akan uang yang diberikan bukan kerana dipaksa pihak sana untuk membocorkan lokasi markas tersebut .

"Makin lama aku tengok muka kau ni makin rasa menyampah aku rasa, apa kata kau mampos ?" Muncung peredam pistol tepat di kepala lelaki itu sekarang . Senyuman sinis ditarik .

"C-cik Anlya j-jangan ,saya janji saya takkan ulang perkara sama cik tolong maafkan saya" Merayu lelaki itu . Bunyi pincu ditarik membuatkan dirinya semakin ketakutan .

" S-saya minta maaf cik Anlya s-saya menyesal . " Lelaki tersebut terlambat , penyesalan yang dia lakukan sudahpun membawa dia ke ambang kematian .

Permohonan maaf dibiar sepi sebelum, satu biji peluru menembusi kepala lelaki tersebut . Maka tamatlah riwayat lelaki di kerusi kayu itu .

"Fuh.. lega rasa"  Anlya melepas nafas lega sebaik sahaja melepaskan tembakan ke dahi lelaki itu . Satu pengkhianat sudahpun mati dengan penyesalan .

"Kau orang bersihkan tempat ni cepat!! Aku tak tahan dengan bau darah penghianat"  Anlya menutup hidungnya dan berjalan keluar dari bilik itu .

Anlya atau Shany Dalya Luwis gadis yang paling benci dengan penghianat . Dia bukan pembunuhan tapi dia benci dengan pengkhianat . Dia rela tangannya dipenuhi darah si pengkhianat dari melihat mereka hidup dengan senyuman setelah membuat seseorang menderita .  Pengkhianat harus dihapuskan sebelum semakin menyusahkan hidup orang lain . Itu visinya .

_

_______________________________
Hii, this is my first story, I hope you all like it

Don't forget to vote for the next update. 🤟🏻🖤

Mu Kallis (slow update) Where stories live. Discover now