BAB 19

3.5K 152 0
                                    

"Kami gerak dulu ya umi, abi, adik. Mawar jaga diri tau. Nanti nak bersalin panggil Feya cepat-cepat."

Feya bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarganya.

"Faiq jaga princess abi baik-baik. Abi percaya Faiq boleh jaga Feya. Ada masa nanti balik sini lagi," pesan Encik Firdaus. Berat hatinya melepaskan satu-satunya anak perempuannya pada lelaki lain. Dia percaya Faiq boleh menjaga Feya bagaimana dia menjaga anaknya itu.

"Baik, abi. Kami gerak dulu ya."

"Feya, dengar cakap suami kamu. Umi tak nak dengar gaduh-gaduh tau."

Feya angguk seraya senyuman diukir. Badan uminya dipeluk sekali sebelum melangkah ke kereta Faiq. Faiq sudah pun berada di dalam kereta menanti isterinya masuk ke perut kereta.

Setelah duduk di rumah keluarga Feya selama empat hari, mereka buat keputusan untuk balik ke rumah Faiq.

Masuk saja ke bahagian penumpang hadapan, Feya menurunkan cermin tingkap kereta Faiq. Kereta Audi hitam. Tangannya melambai-lambai ke arah ahli keluarganya. Sedih hatinya meninggalkan umi dan abi. Sebelum ini, dia tidak pernah tinggalkan ahli keluarganya. Kali ini dia terpaksa sebab sudah bersuami.

Bayang ahli keluarga dan rumah Feya semakin hilang. Feya menaikkan kembali tingkapnya langsung memandang ke arah depan. Badannya disandarkan selesa ke belakang dan mengeluh kecil.

"Kenapa sayang habib mengeluh ni? Tak elok tau," kata Faiq. Matanya masih fokus ke pemanduannya.

"Kalau habib nak tahu ni pertama kali Feya tinggalkan keluarga Feya. Feya takut," kata Feya. Nadanya cukup membuktikan dia masih sedih.

"Habib kan ada. As long as I'm with you, you will be fine. Jangan risau, kita ada Allah," ujar Faiq cuba untuk menenangkan hati Feya. Tangan Feya di atas ribanya digenggam dengan tangan kiri Faiq. Faiq memandu hanya dengan tangan kanan.

"Rumah habib jauh ke?"

"Tak. Ada dalam tiga puluh minit."

"Besar tak rumah habib?"

"Boleh lah."

Boleh lah? Feya sudah memandang pelik dengan jawapan suaminya itu. Apa yang boleh lah?

"Habib, kalau Feya ada seribu soalan untuk habib, agak-agak larat tak habib nak jawab?"

"Insya Allah."

Feya ketawa kecil mendengar jawapan dari Faiq. Entah apa yang banyak sangat soalan tu pun tak tahu. Saja nak test Faiq. Fokus betul memandu.

"Habib, Feya ada sesuatu nak bagitahu."

"Kat rumah boleh? Kita dah nak sampai."

Feya tersentak. Faiq malas nak layan dia ke? Feya kembali diam. Tangannya di dalam genggaman Faiq cuba di tarik perlahan. Namun, Faiq makin mengetatkan genggamannya.

Feya hanya diam dan memandang ke cermin depan. Matanya tidak mahu tidur. Lagipula, rumah Faiq dekat saja. Bila-bila masa je dah sampai. Jadi biarlah dia begini. Diam dan tidak ganggu Faiq.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NOAH'S || CWhere stories live. Discover now