BAB 8

3.8K 192 1
                                    

Feya yang baru keluar dari Flowky Kafe itu laju melangkah ke satu lorong ke arah rumahnya. Cawan air matcha erat di pegang. Kali ni Feya hanya berseluar palazo krim dan tshirt besar berwarna putih.

Feya yang ingin ke tempat lain itu terbatal kerana dia melihat dua buah motorbike di hadapan rumahnya. Feya meneliti motorbike yang berwarna hitam dan merah itu. 

"Motor siapa ni?" gumam Feya sendiri. Wajahnya berkerut melihat kehadiran motor-motor itu.

Dia membuka sedikit pintu pagar rumah. Langkahnya terus menuju ke pintu utama rumah. Dua kasut yang tidak di kenal pasti. Feya mula menanggalkan kasutnya dan menuju ke ruang tamu.

"Assalamualaikum umi."

"Waalaikum salam, Feya. Bukan kamu kata kamu nak pergi studio?" soal Puan Zahira yang baru keluar dari dapur. 

Tergetus ketawa kecilnya melihat Feya sudah terpacak berdiri di hadapan pintu. 

"Memang nak pergi. Tapi Feya nampak ada motor dekat luar rumah. Jadi Feya balik nak tengok siapa punya," kata Feya lembut depan uminya.

"Tu kawan-kawan Feya lah," jawab Puan Zahira. Kedua tangan anaknya itu dicapai lembut di dalam tangannya. Senyum Puan Zahira melihat anaknya.

Feya menyengetkan kepala. Dahinya mula berkerut tidak faham. Kawan? Sejak bila aku ada kawan lelaki ni? Sejak bila umi bagi aku kawan dengan lelaki ni?

"Hai Feya," sapa seorang lelaki dari belakang uminya.

"Faiq? Dan awak Hanif kan?" 

Faiq dan Hanif berdiri di sebelah Puan Zahira berhadapan dengan Feya. Feya masih terkejut dengan kedatangan dua lelaki itu. Malu pun ada juga.

Hanif angguk sekali tanpa senyuman. Faiq sudah tersenyum lebar melihat Feya di hadapannya itu. Feya membalas dengan senyuman kekok.

"Umi, Feya pergi dululah. Umi hati-hati," pamit Feya. Dia mengucup sekali kekura tangan Puan Zahira sebelum keluar rumah. Puan Zahira hanya angguk melihat anaknya menjauh.

"Umi, Faiq dengan Hanif nak teman Feya boleh?" soal Faiq. Hanif memandang wajah kawannya itu pelik. Sejak bila dia berani panggil makcik ni umi. Amboi Faiq.

Puan Zahira angguk sekali seraya senyuman diukir.

"Terima kasih, umi. Jaga diri."

Faiq dan Hanif turut keluar mengejar Feya yang berjalan kaki itu. Mereka berdua tidak membawa motor. Kalau bawa motor, Feya nak letak mana? Sabar, belum halal.

Faiq dan Hanif berlari anak mengejar Feya yang semakin menjauh.

"Feya. Tunggu sekejap," jerit Faiq. Faiq menarik tangan Hanif untuk memperlajukan langkah mereka. Feya yang mendengar jeritan Faiq itu berhenti dan menunggu di tepi jalan.

"A...awak nak pe...pergi mana, Feya?" tercungap-cungap Faiq berkata. Nafasnya yang laju itu cuba dinormalkan. Begitu juga Hanif. Feya ketawa kecil melihat mereka berdua kesemputan.

"Saya nak jumpa buah hati."

"Apa? Buah hati?" jerit Faiq terkejut. Bahunya jatuh mendengar kata-kata Feya. Rasa nak pengsan. Penat aku kejar, dia senang-senang nak pergi jumpa buah hati.

"Tak adalah. Saya nak pergi studio saya. Dah lama tak pergi, saya rindu," ujar Feya lembut. Mana taknya Si Faiq sangkut. Feya suka cakap lembut.

Faiq angguk kepala. Lega hatinya dengar niat Feya yang sebenar. Mereka mula berjalan menuju ke sebuah bangunan kecil di hujung kawasan perumahan itu. 

Selain studio Feya, ada juga kafe dan kedai kecil lain di situ.

Feya dan Faiq jalan bersebelahan. Hanif pula hanya ikut dari belakang sambil melihat kiri dan kanan.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now