Faiq ketawa kecil melihat Feya.

Kelakar ke?

"Cantik juga kau tak pakai tudung."

"Saya datang minta maaf, ke situ pula awak fikir," kata Feya geram. Tangannya yang tercantum dengan tangan Faiq diayunkan sedikit.

"Kau tak salah. Dah pergi mandi. Bau bushuk tau," kata Faiq lalu mengusap kepala Feya yang terdedah itu. Hidung Feya dicuit sedikit.

Feya senyum lalu angguk kepala. Tangan suaminya dilepaskan sebelum melangkah ke bilik air.

Faiq sudah senyum lebar melihat gelagat isterinya tadi. Manja betul. Jadi inilah sifat Feya yang dia saja boleh lihat. Manja seorang Feya.

Seusai makan malam bersama keluarga Feya, Faiq terlebih dahulu cabut lari naik ke bilik

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Seusai makan malam bersama keluarga Feya, Faiq terlebih dahulu cabut lari naik ke bilik. Katil empuk dicarinya. Seharian tenaganya sudah habis, kali ni badannya mahu di cas semula.

Feya pula membantu umi mengemas meja makan. Memandangkan perut Mawar sudah membesar, Puan Zahira sudah tentu melarangnya melakukan kerja rumah. Sebenarnya dari awal kandungannya lagi. Walaupun sudah ditegah banyak kali, Mawar tetap nak buat kerja. Bosan katanya.

Feya mengatur langkah naik ke bilik. Pintu biliknya dikuak kecil. Matanya tertancap ada katil yang sudah dihuni seseorang. Kakinya melangkah masuk. Pintu biliknya ditutup lalu dikunci. Biliknya yang sudah ditutup lampu itu dibiarkan saja. Cuma lampu meja kecilnya terbuka.

Feya melangkah ke arah tingkap biliknya. Melihat bulan penuh menerangi bumi. Langsir biliknya dibuka luas. Tingkapnya juga dibiarkan terbuka, membiarkan angin sejuk masuk ke dalam bilik.

Langkahnya kembali ke arah katil. Feya panjat katil lalu duduk bersila di sebelah tubuh Faiq yang sedang tidur terlentang. Wajah suaminya ditatap.

"Nak kejut ke tak eh?"

Feya memegang lengan Faiq. Percubaan untuk mengejut Faiq.

"Kau nak apa?" kata Faiq dengan suara husky nya. Feya terkejut mendengar suara Faiq itu. Mahu tercabut jantung dengar suara Faiq.

Belum sempat Feya membangunkan Faiq, dia terlebih dahulu bangun. Faiq bangkit dari pembaringan dan duduk bersila di hadapan Feya. Matanya masih tertutup rapat. Feya tersengih melihat Faiq duduk dengan mata tertutup.

"Bukalah mata."

Faiq geleng kecil. Matanya enggan dibuka. Cahaya dari luar tingkap terpancar di Wajah Faiq. Feya membetulkan kedudukan supaya Faiq tidak silau.

"Awak bukalah mata."

"Aku mengantuk lah sayang."

Gelaran baru yang diucapkan Faiq cukup membuat Feya malu. Faiq di hadapannya sudah terhuyung-hayang. Penat betul.

Feya menekup wajah Faiq. Menstabilkan dirinya. Mata Faiq masih tertutup. Feya mendekatkan wajahnya dengan wajah Faiq. Hanya satu cara yang boleh buat Faiq bangun. Dengan cara terpaksa.

NOAH'S || COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz