𝐒 𝐏 𝐄 𝐂 𝐈 𝐀 𝐋 𝐂 𝐇 𝐀 𝐏 𝐓 𝐄 𝐑 𝟏

100K 6.3K 1.8K
                                    

hi?

sebelum kita start, saya nak tanya readers. Korang nak berapa special chapter?


"Team yellow lawan team black. Ketua bagi setiap kumpulan sila mara ke hadapan," ujar Hanafi selaku pengadil tidak rasmi pada hari ini. Bukan kehendaknya untuk menjadi pengadil. Ini adalah arahan daripada majikannya.

Daniall dan Damien serentak maju ke hadapan. Mereka bertentangan mata untuk seketika sebelum Daniall menarik wajah masam melihat wajah Hanafi. Hilang terus mood dia dibawa angin.

Hanafi. Musuh ketat Daniall.

"Tak ada pengadil lain ke? Dia tak sesuai jadi pengadil." Bengang. Daniall menyilangkan tangannya di dada kemudian mengangkat dagunya ke atas penuh angkuh.

Tak lama selepas itu, kepala Daniall menerima pukulan kuat dari arah belakang.

"Banyak bunyi la kau, bapuk. Kalau nak cakap pasal layak. Kau langsung tak layak jadi ketua kumpulan," marah Hero sambil bercekak pinggang. Banyak songeh sungguh Daniall. Entah mengapa Daniall membuat Hanafi seperti musuhnya.

"Tuan Daniall dan Tuan Damien kena osom untuk pemilihan ahli kumpulan," jelas Hanafi.

"Perlu ke nak osom? Bagi je la Niall pilih dulu ahli kumpulan dia." Damien memotong laju. Dia tak mahu melambatkan permainan dengan cadangan Hanafi.

"Kau takut kalah kan main osom dengan aku." Sinis bunyinya.

Damien mengangkat sebelah keningnya ke atas. Daniall mahu mencabar dia.

"Osom!" kata Daniall bersama senyuman lebar menghiasi wajahnya. Dia yakin yang dia akan menang berlawan osom dengan abangnya. Alah senang kacang je. Pejam mata dia boleh menang.

Daniall keluarkan kertas.

Damien keluarkan gunting.

Maka, kemenangan berpihak kepada Damien.

Mata Daniall terkelip-kelip lemah. Dia... kalah dengan Damien. Ini sangat memalukan. Sudah la ramai peminat dia di sini yang menyaksikan perlawanan pada petang ini.

"Kau main tipu, Mien! Kau lambat tadi. Tak kira! Batal!"

Damien menggaru keningnya yang tidak gatal. Dia daripada awal sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Perangai Daniall dia sudah khatam.

"Inilah sebab kenapa aku tak nak main osom dengan dia," kata Damien perlahan penuh rasa jengkel. Ini bukan kali pertama mereka main osom. Sebelum ni pun Daniall guna alasan yang sama. Setiap kali mereka main osom, pasti kemenangan berpihak kepada dia.

Daniall tak ada luck.

Seperti hidupnya yang sentiasa malang.

"Abang Niall ni macam Lee Kwang Soo la! HAHAHAHA. Selalu bernasib malang." Jekfer mencelah dari arah belakang Daniall. Budak tu ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya.

Licik Jekfer mencari peluang untuk mengenakan Daniall.

Kata-kata Jekfer menerima jelingan tajam daripada Daniall.

Tidak mengambil masa yang lama untuk Damien memilih ahli kumpulannya. Ahli kumpulannya terdiri daripada Darren, Luke, Uncle Ronaldo, Tuan Denniz dan yang lain-lain. Selebihnya yang tinggal diberikan kepada Daniall membentuk kumpulannya.

"Kenapa semua ahli kumpulan aku ni mengandung 9 bulan. Haih... " rungut Daniall perlahan sambil mengurut dahinya. Belum mula game lagi, dia dah pening kepala.

HERO DANIKKA (COMPLETED)Where stories live. Discover now