'Ni lah sebab, jangan cari pasal dengan aku!'

Tiba - tiba Amir melangkah masuk ke dalam rumahnya. Alangkah terkejutnya melihat ayah memukul ibunya dan Naura terbaring di atas lantai dengan darah di kepala gadis itu di lantai.

'Adik!' Amir mendekati Naura dan meletakkan kepala gadis itu ke atas ribanya.

'Adik, bangun adik. Kau dengar suara aku kan?', Amir mengejutkan Naura namun dia sudah tidak sedarkan diri.

'Ayah, apa ayah buat kat adik dengan ibu?!', Amir meninggikan suara kepada ayahnya. Hilang hormat seorang anak kepada seorang bapa.

'Siapa ayah kau?! Aku takda anak macam korang berdua ni!'

'Dan-, Nur Safiyah Binti Hafizi. Aku ceraikan kau dengan talak 3.'

Ayahnya pun beredar dari situ. Sampai saja di pintu rumah-

'Mulai saat ini, kau bukan ayah kandung aku lagi. Ayah kandung aku dah mati!', tengking Amir kepada lelaki itu.

Ayahnya tersenyum sinis lalu meninggalkan rumah itu dan tidak kembali lagi sehingga hari ini.

****

'Sebab tu ibu tak nak kau bercinta umur macam ni sebab kan dia tak nak kau kecewa macam mana ibu rasa kecewa dulu.' Barulah Naura faham sekarang ini.

'Adik, walaupun kau tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah, tapi kau masih dapat kasih sayang seorang abang.', Naura tersenyum.

'Aku pekakkan telinga je bila member aku cakap aku selalu manjakan kau sampai tak ada masa nak bercinta dengan sesiapa. Sebab aku nak jaga kau sampai kau dah berumahtangga nanti. Aku tak nak kau sakit.' Amir dan Naura berpelukkan.

'Aku sayang kau, dik.'

'Adik sayang abang juga.'

Mereka melepaskan pelukan itu.

'Esok, kita pergi jumpa doktor tau.' Naura mengangguk.

****

Hazeeq masuk ke kelas. Seperti biasa, dia memulakan mukadimah nya dengan bertanyakan kehadiran pelajar. Tiba - tiba dia ternampak kerusi Naura kosong.

'Erm, Naura mana?'

'Naura tak datang hari ni.', kata Nadhir kepada Hazeeq.

'Boleh saya tahu sebabnya?'

'Erm, Naura ada appointment doktor.', ujar Nadhir kepada Hazeeq.

'Ok, takpa. Nanti awak sampaikan assignment yang perlu dibuat kat dia ye.', pesan Hazeeq kepada kawan baiknya.

'Baik, Sir.'

'Ok, kita sambung dengan topik kita semalam...' Hazeeq pun mula mengajar kelas nya.

Setelah habis kelas, mereka semua pulang termasuk Nadhir dan Violet.

'Nadhir, Violet.'

'Ye, sir? Ada apa ye?'

'Erm, boleh saya tahu masalah Naura? Kenapa dia ada appointment doktor? Naura ada sakit apa-apa ke?', tanya Hazeeq kepada mereka berdua.

'Maaf, sir. Bukan tak nak bagitahu, tapi kami tahu salah cakap je. Sebab ni pun kami dapat info dari abang dia.', ujar Violet kepada Hazeeq.

'Kalau sir nak tahu, sir kena tanya dia sendiri lah.'

'Ok, takpa takpa.'

'Kami balik dulu ye, sir.'

'Ok, hati - hati tau!' Ni lah sebab kenapa Hazeeq disukai oleh ramai pelajar di situ, tak kira lah lelaki ke perempuan ke sebab sifat nya yang agak tegas tapi dalam tegasnya ada sifat penyayang nya.

*****

Dalam perjalanan dari hospital ke rumah, Amir tidak henti mengingatkan Naura tentang kesihatan nya.

'Adik, ingat cakap doktor tu. Jangan stress - stress pasal pelajaran ke pasal apa ke. Nanti kau juga yang sakit, dik dan jangan apa....?'

'Jangan buat perkara - perkara yang boleh membahayakan diri.', jawab Naura yang seperti sudah bosan mendengar abangnya membebel.

'Good girl.'

'Bila ibu nak balik?', Naura menukar topik.

'Ibu balik minggu depan. Sabar jelah ye, dik. Tahu, rindu ibu.', kata abangnya kepada Naura.

****

'Hazeeq, kau buat apa datang sini? Pasal Naura?', tanya Amir kepada Hazeeq.

'Haah, tadi aku tanya kawan dia si Violet dengan Nadhir. Diorang cakap Naura pergi appointment.', jelas Hazeeq kepada kawan baiknya merangkap pensyarah kepada adik Amir.

Hazeeq sempat meneguk segelas jus oren lalu menyambung perbualan nya.

'Naura pergi appointment apa je? Dia sakit apa?', tanya Hazeeq kepada Amir. Sebagai pensyarah yang ambil berat terhadap pelajarnya, apa salah nya dia tahu serba sedikit tentang Naura Esmerelda Ahnaf.

Amir menghela nafas lalu membuka cerita.

'Kau ingat tak, waktu kita form 2 dulu? Waktu tu aku cuti panjang dulu sebab nak jaga mak aku dengan adik aku kat hospital?'

Hazeeq mengangguk tanda mengingati kisah itu.

'Pastu?'

'Naura masuk hospital sebab kepala dia terhentak kuat kat bucu tangga. Time dia sedar tu, dia macam takut-takut, trauma dengan apa yang jadi kat diri dia dengan ibu aku. Dia tak banyak cakap, pendiam. Tapi, dia selalu meracau-racau. Tu yang dia kena jumpa pakar sampai sekarang.' Hazeeq bersimpati terhadap gadis itu.

'Now, Alhamdulillah. Dia ok sikit. Cuma, dia emo sikit lately.', kata Amir lagi.

'Ayah kau kat mana sekarang?', tanya lelaki itu kepadanya.

'Tak tahu lah, dengar cerita dia strok. Dah 2 tahun terlantar kat hospital.', ujar Amir dengan tenang.

Dari pasal keluarga terus tentang Naura.

'Btw, Naura kat mana?', tanya Hazeeq.

'Dalam bilik. Biarlah, dia nak berehat tu.', jawab Amir kepada kawan baiknya.

Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Kipas siling memecahkan suasana sepi itu. Hazeeq bersuara.

'Naura tu single lagi ke?' Mahu tersedak abangnya disitu yang sedang meminum jus oren. Wah, menyempat kau Hazeeq.

'Naura single.' Amir pun menyuap karipap yang baru dibeli nya di hospital tadi.

'Kau suka adik aku eh?'

'Eh, mana ada!' Hazeeq menafikan perkara tersebut. Cis, jujur jelah Hazeeq. Alang-alang dah terkantoi ni kan.

'Aku ok je kau suka kat adik aku. Lagipun, kau single adik aku single. Haa, ngam lah.', kata Amir kepada Hazeeq.

Abang nya dah approve, bila nak buat first move? Gituuu!

'Ish, kau ni! Ke situ pula.', kata Hazeeq kepada Amir.

'Alelele, suka cakap Zeeq. Nanti melepas kau juga yang nangis.'

'Diam tho kau, Amir.'

***

HOLAA EVERYBODY, SORRY IF ADA KEKURANGAN DARI GUE. AND YAH, APA II CADANGAN DAN ADUAN SILA LAH HANTARKAN DI INBOX SAYA. SEKIAN, TRIMASS.

flower boy ; hazeeq dean.Onde histórias criam vida. Descubra agora