☾ 1 2 ⚝

24 7 12
                                    

. ♬ ⋆ cinta teristimewa ⋆ ♬ .

 ♬ ⋆ cinta teristimewa ⋆ ♬

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

☾ ⋆ ⚝

Aku menyembur minyak wangi ke tubuhku sebelum menggalas beg hitam milikku yang berjenama Gucci.

Jam tangan istimewa yang telah tersarung kemas di pergelangan tanganku itu aku tilik sekilas.

Kaki melangkah laju keluar dari bilik sebelum aku mengambil keputusan untuk pergi ke dapur mahu meneguk air suam segelas.

Nota yang tertampal di peti ais itu buat aku berkerut dahi.

'Akak balik lambat hari ni. Ashira tido rumah kawan. Kau jangan menggatal sangat nak balik lewat dengan Nawi. Aku dah pesan kat dia hantar kau sebelum pukul 9. Bedewei, akak tulis nota ni sesaja je sebab nak amik feeling macam orang dulu tak guna phone, rasa nostalgik gitu.'

Ayat terakhir buat aku buat wajah toya. Apa benda lah akak sekong aku ni? Kut ye pun nak rasa nostalgik, baik tulis dekat kayu je. Lagilah nostalgik.

Ding-dong.

Aku membulatkan mata. Nawi ke tu? Cepat-cepat aku teguk air segelas. Fuh! Habis tumpah dan habis jatuh maruah sebagai wanita sopan yang tak pernah ada pada diriku!

Mujur saja Nawi tak nampak. Kalau dia nampak mesti dia akan anggap aku pelik dan lagilah dia rasa aku ni comel, kan?

Entah apa-apa lah aku ni.

"Kejap kejap!" Aku bergegas memakai sandal hitam yang memudahkan hidup. Bukan selipar jepun. Sandal yang sesuai untuk dipakai oleh kaki yang sering tersarung stokin seperti aku sekarang ni.

Aku pakai stokin bersebab tahu. Aku tak nak orang tahu yang kaki aku lawa. Itu je. Tak nak riak pun.

Bush!

Saat aku membuka pintu dengan luas, alangkah terkesimanya aku melihat susuk tubuh lelaki di hadapanku ketika ini.

Entah dari mana datangnya cahaya ni. Rupanya datang dari seorang Nawi Hanafi.

Tuh glow dia dah maii, kalah aku yang dah pakai make up ala-ala kadar je.

Dia memakai kurta hitam paras siku yang dipadankan dengan seluar chino berwarna beige.

Rambutnya digayakan dengan kemas, hanya sedikit saja dibiarkan untuk menghiasi sebahagian dahi dan telah menyentuh kirainya yang membentuk sabit.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚Where stories live. Discover now