☾ 0 6 ⚝

13 7 1
                                    

. ♬ ⋆ cinta teristimewa ⋆ ♬ .

 ♬ ⋆ cinta teristimewa ⋆ ♬

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

☾ ⋆ ⚝

"Kak, cepat kak! Shima dah lambat ni!" Aku menepuk-nepuk pintu kereta Kak Aisyah sudah menyuruh dia lajukan kereta.

"Hoi! Kau ingat kereta akak ni kuda ke? Sabarlah sikit Shima.. tak nampak ke sesak kat depan tu?"

Aku tepuk dahi. Ya Allah, apa nak jadi lah? Hari kedua masuk kerja aku dah lambat!

"Shima naik teksi depan tu je lah kalau macam ni gayanya!" Aku bergegas keluar dari kereta Kak Aisyah.

"Ha, bagus! Save minyak kereta aku tak perlu hantar kau!"

Sempat aku dengar dia membebel. Eh? Dia suka aku tak suka naik kereta dia?

Sudahlah.

Aku berlari mendekati teksi yang berhenti di hadapan sekali sebelum aku tercungap-cungap mahu membuka pintu kereta. Tapi kebetulan dalam masa yang sama ada seorang dari mana entah turut masuk ke dalam teksi yang aku sudah pilih dan yakin teksi ni teksi fast and furious.

"Kyle?" Tanya aku apabila dia mengangkat wajah.

"Cik Shima.. hai?"

Aku berkerut dahi. Dia lagi? Jangan cakap dia jodoh aku pula, cukuplah aku setia pada Nawi seorang je.

"Korang ni satu jalan ke? Nak pergi mana?"

"Alpha Holding Company pak cik! Hantar saya dulu baru si mamat sorang ni!" Jeritku terlebih dahulu. Mahu tak mahu harus aku dahulu yang dihantar.

"Baik."

Kyle tersengih pandang aku. Mungkin dia terhibur melihat perangai ku yang gelojoh mahu dihantar awal oleh pak cik teksi.

"Awak nak pergi kerja ke Cik Shima?" Kyle menyoal membuatkan aku mengangguk kecil.

"Ye. Saya dah lambat gila sekarang ni, jadi saya harap awak fahamlah situasi saya sekarang ni."

"Tak apa. Saya faham. Saya pun dah lambat jugak sekarang ni. Sekurang-kurangnya ada teman."

Aku tak tahu dia nak perli ke apa tapi aku tetap ketawa penuh janggal. Dia suka aku jadi teman dia? Urm, itu agak pelik.

"Awak kerja kat mana? Tengok dari gaya penampilan awak.. nampak macam awak ni kerja kat sebuah syarikat yang agak besar."

Kyle hanya tersenyum kecil. "I am.."

Aku melopong mulut sambil angguk kepala tanda faham. Tak sampai sepuluh minit, akhirnya kami tiba di luar bangunan Alpha Holding Company.

Aku bergegas keluar setelah menyerahkan wang kepada pak cik teksi. Tanpa membuang masa aku terus berlari masuk ke dalam bangunan gah tersebut.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚Where stories live. Discover now