✩ 10

40 9 6
                                    

"Kau jahat, Yeonjun. Lepasni siapa lagi nak tertidur masa aku tengah rancak bersembang? Mingi? Tch, dia kan suka aku, memang dia akan fokus sajalah masa aku bersembang." kata Yerim sambil menahan esakannya.

"Itulah tu, lepasni album foto penuh dengan gambar kami berdua sajalah, gambar kau terhenti dekat zaman sekolah saja." kata Mingi pula.

Potret Yeonjun yang sedang tersenyum cerah itu ditatap lama. Sakitnya dua sekawan itu mahu melepaskan si lelaki manis, Choi Yeonjun, hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya, Yeonjun sudahpun meninggalkan dunia ini sehari selepas dia diberitahu yang Beomgyu, yang dia anggap adik angkatnya itu sebenarnya sudah meninggalkan dunia ini satu bulan lepas disebabkan kematian tragiknya.

Anak itu sedang cuba melarikan diri dari ibunya yang mahu memukulnya sebagai tempat melepaskan kemarahan tetapi akhirnya riwayatnya tamat selepas remaja itu tertimbus oleh bangunan yang tinggi yang secara kebetulan runtuh akibat ketidakstabilan.

Berita itu sudah tentunya gempar di kota itu tetapi disebabkan Yeonjun yang jenis tidak ambil tahu dengan dunia semasa, dia jadi tidak kenal siapakah Choi Beomgyu.

Ternyata selama ini Yeonjun berkawan bersama roh Beomgyu yang tidak tenang, sebab Beomgyu hadir dalam hidup Yeonjun adalah kerana mereka memerlukan satu sama lain.

Yeonjun perlukan adik dan Beomgyu perlukan abang.

Tiada sesiapa yang bisa lihat Beomgyu melainkan Yeonjun sahaja. Ternyata Yunseo selama ini hanya berpura-pura sahaja dapat melihat remaja lelaki itu.

Punca kematian Yeonjun pula? Remaja itu mengambil nyawanya sendiri dengan terjun dari balkoni biliknya dek kerana tidak dapat menerima takdir. Dan juga..dia rindu akan Beomgyu.

Kematiannya juga menjadi berita paling gempar bagi kota itu. Semuanya mendapat deja vu dengan kematian Beomgyu dahulu.

"Kitaorang balik dulu, ya? Kau jangan risaulah, nanti kitaorang visit lagi lah. Oh dan ya," Yerim mengeluarkan sekeping gambar filem mereka bertiga.

Sedang tersenyum cerah, tidak tahu yang mereka akhirnya perlu berpisah.

Demikianlah kisah Yeonjun, seorang remaja lelaki polos yang impian nombor satu dalam hidup adalah untuk mempunyai seorang adik sebagai peneman.

Impiannya tercapai tetapi hanya dapat menikmatinya dalam masa kurang seminggu saja, tetapi cukup membuatkan si lelaki bahagia.

Sementara itu, Yunseo, datuk Yeonjun, sedaya upaya menahan tangisannya. Rindu yang amat pada si cucu hanya Tuhan yang tahu.

"Kamu dah berjaya lalui hidup kamu yang dirasakan sengsara itu, Yeonjun. Sekarang, halbeoji pula yang perlu tabah. Semoga kamu berbahagia."

"Tabah dan tabahlah, halbeoji."

dream, yeonjunWhere stories live. Discover now