✩ 6

33 9 6
                                    

"Yeonjun, datang pun kau! Aku fikir kau tak akan datang."

Belum sempat Yeonjun duduk lagi, Mingi sudah menegurnya dengan nada teruja.

"Dah kenapa kau fikir aku tak datang pula?"

"Yalah, kes minggu lepas. Manalah tahu kau terasa dengan mereka dan terus decide yang kau tak mahu ke sekolah sudah."

Yeonjun tersenyum kecil.

"Awalnya memanglah aku rasa macam aku nak berhenti, aku memang tertekan sangat, yalah, macamana aku nak lalui sepanjang tahun dengan hinaan dari budak-budak toksik ni. Tapi ada seseorang yang membuatkan aku rasa bersemangat semula."

Mingi ternganga mendengarnya.

"Wah, siapa? Mesti yeoja kan? Wah, kawan baik aku dah ada crush." kata Mingi teruja.

"Bukan yeoja lah! Tapi seorang remaja lelaki."

Yeonjun menoleh melihat Mingi yang lama terdiam selepas dia mengatakan itu.

"Kenapa?"

Mingi masih lagi terdiam, dia menelan air liurnya dan perlahan-lahan mengucapkan apa yang difikirkannya.

"Kau..suka sejenis?"

Satu pukulan hinggap di kepala Mingi.

"Gila. Remaja lelaki yang aku maksudkan tu adik angkat aku! Kau ni selalu cakap benda merepek lah!"

"Dah cara kau cakap boleh buat orang fikir lain, manalah aku tahu!" kata Mingi sambil menggosok-gosok kepalanya yang dipukul tadi.

"Sudahlah, aku nak tidur,"

"Tidur, tidur, tidur, tak habis-habis dengan hobi tak berfaedah kau tu. Cubalah buat benda lain."

Kepala mereka berdua serentak mendongak apabila mendengar suara itu.

"Kim Yerim, kau buat apa kat sini?" soal Mingi, kedengaran sedikit teruja melihat kehadiran teman mereka di situ.

Kim Yerim, satu-satunya gadis yang paling rapat dengan Yeonjun dan Mingi. Mereka bertiga dikenali sebagai trio yang popular kerana persahabatan mereka yang tidak pernah goyah. Seperti yang semua tahu, banyak trio tidak pernah berjaya, tetapi mereka dapat melakukannya sehingga sekarang.

"Ini kan pagi lagi, saem tak masuk kelas aku lagi. Jadi aku singgah la kelas korang,"

"Oh ya, Yeonjun, kenapa kau datang ke sekolah? Kau perlu rehat lagi, Jun. Aku tahu kau masih tak sedia nak hadap classmate kau ni." sambungnya sambil matanya melilau tajam melihat seluruh rakan kelas Yeonjun itu.

"Dia okay sajalah. Sebab dia dah ada-"

"Choi Beomgyu! Kau buat apa di sini?"

Yeonjun yang tadinya baru mahu melelapkan mata segera bangun dari duduknya.

"Gyu tahu hyung rindu Gyu, jadi Gyu datanglah tengok hyung."

Senyuman Yeonjun melebar.

"Tapi kau tak boleh datang sekolah, ni bukan sekolah kau, kalau saem hyung nampak macamana? Balik, ya? Teman halbeoji di rumah."

Beomgyu mengganguk teruja.

"Yalah, yalah, tapi hyung kena balik cepat tau!"

"Sudah tentu."

"Er, erm, Yeonjun,"

Yeonjun menoleh, seperti baru sedar dari lamunannya.

"Itu..itu ke adik angkat yang kau katakan? C-Choi Beomgyu?" soal Mingi terketar-ketar.

"Iyalah, comel kan? Eh sudahlah, aku nak tidur, semoga masa berjalan cepat sikit, aku dah tak sabar nak balik rumah."

Lelaki itu mula melelapkan matanya.

Mingi dan Yerim berpandangan, satu perasaan meremang menjalar perlahan-lahan ke seluruh tubuh mereka.

dream, yeonjunWhere stories live. Discover now