✩ 7

30 7 5
                                    

"Mwo? S-saem buang saya dari pasukan?"

"Ya, Choi Yeonjun, telinga kamu masih baik, kamu masih mendengar kata-kata saya dengan jelas."

Hampir patah lutut Yeonjun dek kerana getaran yang sangat kuat di lututnya. Guruh bagaikan berdentum betul-betul di atas kepalanya sahaja.

Perasaannya bercampur baur, marah, sedih, dan juga amatlah terkejut.

"Tapi kenapa? Prestasi saya tak bagus ke? Bukankah ramai yang suka dengan skill permainan saya?"

Bertalu-talu soalan keluar dari mulut lelaki itu. Diri masih tak dapat menerima berita itu. Tidak, itu mesti hanyalah sebarang penipuan.

"Prestasi kamu baik saja, Yeonjun. Saya pun sebenarnya taknak keluarkan kamu dari pasukan bola kita. Tapi itulah, lately perangai kamu pelik sangat. Saya takut benda tu boleh ganggu permainan awak." kata wanita itu selaku jurulatih pasukan bola sekolah mereka.

Yeonjun tertunduk. Dia membongkok sikit pada jurulatihnya itu dan membawa diri keluar dari bilik guru itu.

Dia menuju ke padang sekolah, dan terbaring betul-betul di tengah padang itu. Teriknya matahari diabaikannya.

"Beomgyu..tolong hyung, hyung penatlah, kenapalah kejam sangat dunia ni buat pada hyung, dunia ni memang benci hyung. Hyung rasa, kau seorang je yang hargai hyung."

"Dunia tak kejam hyung, semuanya tak pernah kejam. Ini hanya ujian yang Tuhan bagi, Tuhan nak uji ketabahan kau je, hyung. Tapi percayalah, dunia memang tak pernah kejam. Jadi berhenti menyalahkannya."

Yeonjun tersentak. Segera dia bangun dari duduknya dan menatap remaja di hadapannya itu.

"Beomgyu..kau datang ke sini lagi? Ya Tuhan, semalam aku dah kata, kau tak boleh ke sini, nanti saem nampak, dia marah sebab bawa ahli keluarga ke sini."

Beomgyu hanya melemparkan sebuah senyuman kecil lagi manis pada Yeonjun. Dia kemudiannya beralih memandang ke tempat lain, dan tersenyum.

"Gyu faham sangat perasaan hyung, rasa tak dihargai langsung sebab semua yang berlaku pada diri semua yang buruk-buruk saja. Tak pernah yang baik. Gyu pun pernah rasa macamtu, Gyu pun dihina sebab tak punya seorang abang dan ada keinginan untuk mahukannya, seumur hidup Gyu kena pukul dengan eomma sebab Gyu penyebab dia ditinggalkan appa, appa tak suka Gyu sebab pada appa, Gyu ni sebenarnya tak patut lahir. Semua Gyu lalui dengan tabah sampailah ada satu kejadian ni yang menamatkan segala kesengsaraan Gyu."

Lelaki itu tersenyum pahit sebelum menyambung.

"Baguslah semuanya dah berakhir, tapi pengakhiran tu tak begitu baik lah. Oh ya, tabah ya, hyung. Semuanya pasti ada pengakhirannya, hyung hanya perlu laluinya saja. Gyu balik dulu."

Maka, remaja lelaki itu meninggalkan Yeonjun keseorangan di situ, terpinga-pinga tetapi dapat menangkap sedikit bait-bait kata Beomgyu itu.

dream, yeonjunTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon