Episode 21 : Maaf

Start from the beginning
                                    

           "Awak ditampar?"

          "Jangan tanya. Aku tak suka."

          "Saya benar-benar merisaukan awak sekarang ini.."Shadow semakin merapat.

          Dan Darra malah menjuling mata menyampah. "Lebih kepada risau terhadap diri sendiri kan?Aku tahu kalau kau tak dapat apa-apa maklumat untuk dilaporkan kepada ayah aku, kau akan dapat susah. Jadi berhenti seakan kau berasa risaukan aku."

          Berasa tidak percaya Shadow apabila mendengarnya. "Saya benar-benar merisaukan cik muda. Sejak tuan bertemu dengan cik muda di istana bersama Putera Eilian sejak itu saya risaukan cik muda."

Hah?Darra pandang sepasang mata itu dengan kening berkerut terkejut. Dari mana Shadow tahu?Lelaki ini tahu tapi tidak lakukan apa-apa dan hanya menunggu dia dalam masalah?Pengawal jenis apa Shadow ini?

Shadow tiba di hadapan Darra. Lelaki itu tunduk menilik wajah Darra dengan lama.

Darra berdengus tidak percaya.

         "Kenapa ya...semua lelaki yang muncul dalam hidup aku tiada seorang pun yang berguna?Tidak menyakitkan hati...tidak menyusahkan aku...semuanya sama."

          Berkerut kening Shadow setelah dengar. Dia faham kenapa Darra berkata begitu. Malah tiada kata-kata yang dapat dinafikan lagi."Cik muda tak apa-apa ke?Saya cuba temui cik muda selepas apa yang terjadi di istana tempoh hari...tapi cik muda mengelakkan diri dari ditemui sepanjang minggu ini..."

          Berdiri sahaja Shadow dihadapannya, Darra dongak dan melihat dengan jelas wajah pengawal rahsianya. "Memang aku sengaja tidak membenarkan sesiapa menemui aku. Jadi aku harap kau faham dan hormat keinginan aku. Kalau tak ada apa-apa kau boleh pergi."

          "Saya mahu minta maaf kerana gagal melindungi cik muda.."bisik Shadow dengan perlahan. "Tolong jangan halau saya lagi."

Semakin Darra tertarik melihat sepasang mata milik Shadow semakin yakin dia bahawa dia mengenali siapakah lelaki ini.

          "Maaf ya?Hmmm..."Darra berjeda seketika. "Semua orang boleh minta maaf. Malah ucapan maaf adalah ucapan paling mudah untuk dituturkan. Tapi...sekiranya ianya tidak dimaksudkan betul-betul, perkataan maaf itu ibarat angin lalu...sekadar menyapa namun tidak terasa. Kalau kau benar-benar berasa menyesal, aku sarankan kau untuk berhenti sajalah dari menjadi pengawal rahsia aku..."

Mereka berdua saling bertentang mata apabila Shadow terdiam kerana ucapan Darra itu. Sentap kerana ucapan maafnya malah dipersoalkan.

         "Kenapa aku rasa tidak asing dengan memandang mata kau ni Shadow?Siapa sebenarnya kau ni?"

Dengan muram Shadow tunduk memandang ke lantai. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk. Semua ini salah Putera Eilian. Kedegilan dan sikap kebudak-budakan Putera Eilian telah mengeruhkan keadaan mereka.

          "Saya hanya seorang hamba yang hina..."senyum Shadow mendengar soalan Darra. Adakah Darra berjaya mengecam dirinya ini?

           "Kenapa kau tak boleh beritahu nama sebenar kepada aku?"

Mata Shadow tunduk memandang ke bawah. Bukan tidak boleh. Dia cuma tidak mampu hendak beri jawapan untuk soalan Darra sekarang. Kalau dia beritahu juga, dia risau salah faham akan tercetus lebih serius nanti. Dan dia tidak inginkan hal itu dari terjadi.

         "Hm?Kau tak boleh beritahu?"Darra cuba pandang mata Shadow lagi sampaikan kepalanya ikut terlentok ke bawah semata hendak mencari tatapan misteri itu.

         "Belum masanya lagi cik muda."Shadow mengangkat kepalanya lantas memandang ke Darra.

Tersentak Darra. Tatapan Shadow itu seakan memberitahu dia lelaki itu seperti terluka. Seakan lelaki itu terasa. Yang mana menyebabkan Darra berkerut kening tidak faham.

49. Kiss Me Liar Where stories live. Discover now