13 | REGRET

42 4 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Seisi rumah kosong. Changkyun mengetap rahangnya.

"Aku dah agak,kau akan berpaling tadah hm. Tunggu kau Aeqi" Ujar Lelaki itu sebelum berlari anak menaiki tangga.

Tak lama kemudian,telefon pintarnya berdering  Changkyun melihat nama pemanggil. Ia merupakan Shidae.

"Kau nak apa?" Malas sahaja dia bersuara.

"Hm,baguslah sudah selesai. Sekarang korang semua balik sini sekarang. Perempuan tak guna tu bawak lari Shuhwa. Aku nak korang selesaikan sesuatu sekarang"

Changkyun ketawa sinis.

"Kau betul-betul nak bermain ya Aeqi. Let's see if kau boleh tahan atau tidak"

++

Di sebuah rumah agam yang jauh terpencil di kawasan pedalaman,kelihatan seorang gadis sedang berlatih bermain pedang. Disisinya terdapat Shuhwa sebagai pemerhati.

Entahla,Shuhwa sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh menjadi akrab tiba-tiba. Tapi,dia masih bersyukur kerana Aeqi mahu menyelamatkannya.

Air matanya perlahan mengalir dipipi. Matanya merenung awan yang cantik. Terbayang wajah Haneul dimatanya.

Dia berasa menyesal kerana terlalu bodoh. Bodoh mepercayai Changkyun,berbanding Haneul– rakannya sejak dari zaman memakai lampin.

Dia sepatutnya ikut cakap Haneul,untuk menjauhkan dirinya dari Changkyun,tapi dia terlalu dibuai dengan dusta dan permainan cinta Changkyun.

Tapi,jauh disudut hati... Shuhwa merasakan dia merindui Changkyun. Seteruk mana layanan lelaki itu,Changkyun tetap melayanannya dengan baik.

Apa dia sudah terikut gila si Changkyun? Atau sebenarnya,dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu.

Kerana,kalau Shuhwa tidak mencintai Changkyun,kenapa dia merindui lelaki itu–yang terang-terangan menyakitinya,berbanding Minho– yang ikhlas mencintainya sedangkan mereka hampir berkahwin.

Lamunannya begitu jauh sehinggakan Aeqi yang berhenti berlatih pedang sudahpun berada disisinya.

"Kau termenung jauh ni pergi mana? Italy ke?" Ketawa kecil Aeqi dibuatnya.

Shuhwa tersenyum nipis seraya  menggeleng perlahan.

"Tak mampulah nak sampai Italy"

"Loyar buruk lah kau ni" Aeqi menolak bahu Shuhwa main-main.

Tak lama kemudian,Muncul Jooheon dan Hyunsuk.

"Kitaorang ganggu perbincangan wanita ke ini?" Soal Hyunsuk sambil menghulurkan sebotol air bervitamin buat Aeqi dan Shuhwa.

Aeqi ketawa.

"Tak adalah"

Sekonyong-konyong,Jooheon mengambil jari Aeqi yang agak tersorok dari pandangan.

[✔️] IM CHANGKYUN : 𝓶𝓪𝓷 𝓸𝓯 𝓸𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now