10 | FLASHBACK

46 2 1
                                    

Chapter ini merupakan chapter flashback dan penerangan kenapa semua orang asyik sebut "sebab shuhwa"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter ini merupakan chapter flashback dan penerangan kenapa semua orang asyik sebut "sebab shuhwa".. Jadi,jangan terkejut tgok yg mati tu hidup HAGAHAHHAHA.. Harap tak keliru dah lepasni.

-Flashback-

Beberapa tahun lepas

"Eo,Shu! Cantiknya pemandangan harini!" Haneul berteriak teruja.

Gadis itu berlari-lari anak mendekati semula Shuhwa yang berada di bangku.

Shuhwa tertawa kecil melihat keletah Haneul.

"Kau stres disebabkan paper math tadi ke Neul?" Soal Shuhwa.

Masakan tidak,seisi kelas dikejutkan dengan 'mock test' subjek itu. Sudahlah subjek berat diberi ujian secara mengejut pula.

Pasrah sahajalah semuanya.

Haneul mengeluh.

"Kau tahu,aku rasa nak terjun lepastu blup blup dekat Sungai Han je ni"

Shuhwa ketawa.

"Kau pandai Yoon Haneul,sudah-sudahlah cakap kau akan gagal. Setiap kali ada ujian,kau cakap begitu padahal markah kau score tinggi jugak!" Shuhwa mengulingkan biji matanya.

Haneul tersengih.

"Itu sebab aku study,ini ujian mengejut. Ketaksamaan linear pun aku dah lupa,sadis"

"Ah,aku tak percaya ayat tu. Kau study atau tidak tetap akan score" Ujar Shuhwa,sudah terlampau maklum dengan kebijaksanaan Haneul

Tanpa mereka sedari,kedua-duanya sedang diperhatikan dari jauh oleh dua orang pelajar lelaki.

Mereka merupakan pelajar tahun akhir disekolah itu.

"Minho,kau asyik perhatikan dua orang junior kita sahaja. Ada apa-apakah?"

Minho tersengih kecil.

"Han,Aku rasakan... Aku sudah jatuh cintalah" lelaki itu menggaru kepalanya.

Han tersenyum sinis.

"Yang mana satu? Yang memakai blazer biru itu ke?"

Minho memandang kedua-duanya.

"Bukan,tapi yang dari tadi sedang duduk tu. Ada suatu hari aku terlanggar bahu dia. Aku rasa aku dah jatuh cinta"

"oh.." Senyuman diwajah Han luntur,namun Minho tidak perasan.

[✔️] IM CHANGKYUN : 𝓶𝓪𝓷 𝓸𝓯 𝓸𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷Where stories live. Discover now