"Saya tak apa-apa..." Kata Nayun sebelum melihat sikunya yang agak pedih. Rupanya terseret lantai dan berdarah. Kaki dia pulak macam tak boleh bangun.

"Meh saya bawak pergi bilik rawatan" pelawa Seunghwan. Ni semua salah Jongwoo sebab buatkan Nayun cendera. Memang siapkan kena humban dalam parit.

"Yiqin kalau kau nampak Jongwoo bagitahu aku. Aku nak hempuk dia pakai papan putih" kata Seunghwan sebelum membawa Nayun ke bilik rawatan.

Yiqin hanya melihat mereka pergi sebelum duduk di tempatnya. Dia elok nak study dah dikacau setan-setan. Sangat tidak ramah ya.

💝💝💝

"Salah lah, macam ni yang betul" kata Yiqin yang menerangkan penyelesaian matematik kepada Yujin. Mereka di perpustakaan tengah belajar.

"Aku dah cakap tadi kan? Eonnie pun kata salah" ujar Yumi disitu. Dia tak nak study pun tapi dah dipaksa Yujin so terpaksalah ikut sekali. Baru nak usha abang Taerae kat bilik muzik.

"Biasalah manusia mana perfect, kan noona?" Balas Yujin pula. Dia malas nak bergaduh sebab selalu dia yang kalah. Kesian ini adek. Perempuan selalu betul katakan.

"Korang kalau nak bergaduh baik di tempat lain, nanti kena marah dengan Keita tau" kata Yiqin. Mengingatkan peraturan perpustakaan mestilah senyap dan tenang. Kalau dekat padang bola lain lah nak bertumbuk pun boleh.

"Apa kata kita rehat dulu..." Kata Yujin yang sudah menutup buku. Dia dari tadi belajar boleh pecah kepala tahu tak.

"Aku nak pergi tandas dulu" ujar si Yumi kemudian menghilang. Tinggallah Yujin dan Yiqin disitu.

"Kau takde latihan bola ke?" Tanya Yiqin pada Yujin. Setahu dia ini adik selalu berlatih bola. Jarang nak nampak kat kelas. Biasanya dia nampak Yumi sorang je.

"Tak, exam nak dekat so tangguh dulu" jawab Yujin. Dia pun rindu nak main bola. Kenapalah exam ni penting eh?

"Oh nah ni bagi Jiwoong" kata Yiqin sebelum memberikan penyepit rambut berbentuk Pororo kepada Yujin. Dia nak bagi Jiwoong tapi asyik lupa je.

"Untuk Ujin takde ke noona?" Tanya Yujin dengan comel sekali. Maklumlah kerja dia suka flirt dengan semua noona dekat sekolah ni. Memang cair habis lah. Cikgu yang dah tua bangka pun cair u. Everyone maknaes 🥰

"Mintak Yumi lah. Aku dah bagi dia" jawab Yiqin sebelum gelak. Dia memang bagi betul-betul kat Yumi. Tengoklah itu orang mahu bagi kat Yujin ke tidak.

"Dah lah taknak kawan dengan noona" kata Yujin dengan merajuk. Comel lah dia ni ada yang kena geget kan.

"Tak nak kawan sudah, aku culik Gyuvin bagi kat author"

"bagi jelah, Yujin nak Hao Hyung je, HAHAHAHAHAHA"

Manakala dua manusia yang di mention itu hanya bersin. Mereka menganggap bahawa ada yang memuji betapa handsome nya mereka walaupun tidak sama sekali.

💝💝💝

"Aduh sakitlah, buat pelan-pelan" kata Zhanghao menahan sakit apabila Yiqin menyapu ubat di bibirnya. Abang ni bergaduh sampai luka sana sini. Nasib hidup lagi.

"Yang pergi bergaduh asal? Benda boleh bincang" balas Yiqin pula. Terkejut dia apabila Ollie bagitahu yang Zhanghao berganyang dengan Krystian. Entah apa punca pun dia tidak tahu.

"Kenapa korang gaduh? Tak baik tau gaduh-gaduh ni. Nanti sakit siapa susah? Aku jugak yang susah. Pastu nanti mesti mak ayah kau risau punya. Waduh ini abang-" bebel Yiqin memanjang seperti tiada kesudahan. Zhanghao hanya buat pekak dah tidak mendengarnya. Masih sakit hati dengan perkara tadi.

"Kau dengar tak aku cakap ni?"

"Apalah salahnya kau diam sekejap. Baik kau pujuk hati kekanda yang marah umpama terbelah gunung Santubong"

"Wahai kekanda ku sayang, dinda tertanya apakah puncanya kanda menjadi sebegini? Luluh hati adinda melihat kekanda sakit sebegini"

"Adinda ku sayang, ceritanya agak panjang daripada jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka. Adinda mahu mendengarnya?"

"Dah ah kau takyah nak berfalsampah kat sini pulak" kata Yiqin kembali ke perbualan abad ke-22. Sejak bila dia masuk kelas sastera Melayu pun tidak tahu. Mesti author hantar saka tadi.

"Ada luka kat mana-mana ke?" Tanya Yiqin sebelum diangguk Zhanghao.

"Eh kau nak buat apa ni?" Gelabah Yiqin tiba-tiba apabila Zhanghao ingin membuka bajunya. Abang ni dah kenapa?

"Aku rasa luka lah kat belakang badan aku ni" kata Zhanghao. Mungkin sebab mamat Krystian tu tolak dia kat dinding. Siap memang kena bom dengan bazooka nanti.

"Dah tu kau buatlah sendiri" kata Yiqin dengan menyerahkan peti kecemasan itu. Takkan lah dia nak buat pulak kan?

"Halah kau buatkan lah, tangan aku sakit ni"

"Kau jangan macam-macam, jap aku panggil Ollie"

Terus Yiqin menghilangkan diri. Malu dia lama-lama kat situ dan sudahlah ada CCTV disitu. Mana dia nak letak muka kalau ada orang tengok.

Zhanghao yang ditinggalkan hanya tersenyum sahaja. Suka dia tengok Yiqin malu-malu kucing tu. Dia berbaring sambil teringatkan punca pergaduhan dia dan Krystian tadi.

Taktahu lah sama ada Krystian betul-betul sukakan Yiqin atau tidak. Nampaknya dia dah ada madu ni. Sangat tidak ramah ya.


💝💝💝

♡ our love stories ≖ zhang hao ♢Where stories live. Discover now