Aku yang bawak kau ke mari, kau sibuk nak sondol bini aku pulak!
Aisya pula mengemam bibir. Tidak tahu hendak memberi reaksi yang sewajarnya. Kerana wajah Riyyadh saat ini begitu tegang sehingga dapat dia rasakan atmosfera di dalam bilik tidur ini semakin berbahang dan menanti masa untuk meletus.
"Tengok? Belum apa-apa lagi, dia dah baring atas peha flower. Macam mana hubby tak marah? Setiap kali nak bermanja, dia pun datang nak rampas flower dari hubby! Kalau hubby tahu dia nak jadi macam ni, hubby tinggal je dia kat rumah sewa flower tu dulu! Biar terkontang-kanting! Huh!"
Aisya tercengang. Kelu lidah hendak menyusun kata-kata. Cemburu Riyyadh ternyata benar.
"Hubby..."
"Kalau tak nak kucing tu kena buang, ikut cakap hubby. Sehari hanya sekali je boleh pegang dia. Waktu pagi sahaja. Waktu yang selebihnya letak dia dalam sangkar. Kalau dia nak baring atas riba flower, hanya 15 minit sahaja. No objection! Faham?"
Liur Aisya telan dengan kesat. Syarat itu memang tidak main-main. Dengan terpaksa, kepala diangguk juga. Lantas, senyuman kemenangan Riyyadh terbit akhirnya. Uteh yang turut membuka mata ke arahnya dipandang mengejek.
Well, she's mine, cat!
Lamunan Aisya terhapus saat Uteh mengiau di dalam dakapan. Lalu, sangkar besar yang terlekat di luar dapur dituju.
"Uteh masuk sangkar ya? Waktu main kita dah habis. Esok pagi Aisya datang lagi." Perlahan-lahan, Uteh dimasukkan ke dalam rumah kucing yang dibeli oleh Riyyadh itu.
Pintu sangkar itu kembali ditutup. Tangan dibersihkan lalu Aisya mengatur langkah mendaki anak tangga untuk melihat keadaan Riyyadh di atas.
Tombol dipulas dan kepala dijengah sedikit. Melihat Riyyadh yang sedang berbual melalui telefon pada balkoni bilik, melebarkan senyuman Aisya. Baru kaki hendak pergi ke arah Riyyadh, tiba-tiba tekaknya terasa seperti diasak dengan sesuatu yang hendak menyerbu keluar.
Terus destinati diubah ke arah bilik air, lalu segala yang dijamah waktu sarapan tadi tersembur keluar di dalam sinki.
Mata berair menahan rasa perit di mulut. Hidungnya juga turut berair dan menjadi merah. Semua isi perut dikeluarkan. Terasa belakang ditepuk. Melalui pantulan cermin, terpapar wajah kerisauan Riyyadh.
"Kenapa muntah muntah ni? Hmm?" Tangan masih setia mengurut. Badan direndahkan sedikit. Membantu Aisya yang sedang berkumur itu.
Dengan senyuman yang lemah, Aisya berpaling menghadap Riyyadh. "Mungkin perut Aisya masuk angin sikit. Hubby jangan risau ya?"
Riyyadh menggeleng. Peluh yang merinik pada dahi Aisya dikesat lembut. "Tak mungkin masuk angin. Tadi kan kita dah sarapan sama sama."
"Mungkin Aisya salah makan. Biasalah pagi-pagi ni, perut selalu kembung."
"Hmm, iyalah. Tapi jangan buat hubby risau tau. Kalau muntah lagi, kita pergi klinik ya?" Pujuk Riyyadh lalu menarik badan Aisya ke arah dadanya.
"Ya, baik hubby." Tangan Aisya juga turut melingkari tubuh Riyyadh.
Ketenangan cuba ditunjukkan walhal di dalam hati terasa gundah. Sebenarnya, sudah lama dia tidak muntah seteruk ini. Kali terakhir adalah ketika dia disahkan hamil tujuh tahun yang lalu. Dan saat itu, seluruh tubuhnya terasa lemah seperti saat ini. Tekak terasa ingin menjamah manisan.seperti kek coklat.
Tapi, bila difikirkan semula, kebarangkalian untuk Aisya hamil adalah rendah dan ditambah pula usia perkahwinan mereka yang baru mencecah tiga minggu.
Tidak mungkin...
VOUS LISEZ
𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
Roman d'amourSeason 2 of Mrs.Riyyadh Zayyhdith : His Secret Wife "Jangan ganggu saya lagi! Saya tak kenal encik!" -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Flower, please. Bagi hubby peluang. Hubby betul-betul dah berubah. Hubby ikhlas cintakan flower. Demi Allah." -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan...
🌹EPILOG
Depuis le début
![𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]](https://img.wattpad.com/cover/320038944-64-k502718.jpg)