Jason mengeluh kecil. Rasa macam dia tak kemana dengan semua ni.

"Kau dengan mak bapak kau sama saja. Menyusahkan." Keluh Jason.

Solar hanya memutarkan bola matanya.

Jason mundar-mandir di dalam bilik itu membuatkan Solar menyampah. Tiba-tiba,dia berhenti.

Uh,oh..Dia ada idea.

"Crystal dicipta untuk lindungi korang semua,betul tak?" katanya.

Solar dah mula tak sedap hati.

"Y-Ya,kenapa?"

Lama-kelamaan,Jason tersenyum sinis.

"Aku dah tau macam mana nak dapatkan cip AI Crystal. Dan kau akan tolong aku."

∆**********∆


Kembali bersama Gempa,dia sudah muat turn segala maklumat yang dia dapat melalui pendrive itu sebelum memusnahkannya.

[Aku boleh buat ni. Kiraan masa Halilintar tak salah. Kalau tak ada apa-apa, mereka akan sampai lagi-]

Lamunan Gempa terhenti apabila pintu biliknya terbuka dan dua orang saintis memasuki biliknya.

Mereka berdua mengheret Gempa memandangkan kaki dia masih tidak boleh diakses.

Gempa menggunakan sistemnya untuk mengenal pasti dua orang yang mengheretnya itu.

"Heh,bila masa korang masuk?" kata Gempa.

Salah seorang dari mereka menarik topeng kebawah. Blaze tersenyum nakal sambil membuat tanda senyap. Gempa menoleh ke kiri,dan Thorn tersenyum sama.

[Ah,rancangan mereka dah mula.]

Thorn dan Blaze mengheret Gempa kearah bertentangan daripada makmal yang sepatutnya.

Setelah membawa Gempa ke tempat yang selamat,mereka bertemu dengan Halilintar,yang dah selamatkan Taufan dan Ice.

"Korang!" tenang rasa sistem Gempa yang bercelaru sebab risau tentang mereka. Tapi...

[Solar tak ada]

Ice terus melutut disebelah Gempa,mula untuk Override virus yang menganggu sistem mechanical Gempa.

"Mana Solar?" tanya Gempa, risau.

Mereka yang lain hanya diam.

"Solar.... Kitaorang tak jumpa dia dekat mana. Dalam bilik Evelyn kosong, dalam wad pun..." kata Taufan.

Gempa mengetap bibirnya perlahan. Dari pemerhatian dia, Solar masih ada dalam fakulti ni.

"Plan kita dah lari. Kalau Solar ada sekarang,kita boleh pecut je." kata Halilintar.

"Kita kena cari dia sekarang...Mana dia pergi?" Thorn mengigit kuku, risau.

"Tak guna kalau kita berpecah. Risiko nak kena tangkap tu besar. Lagi-lagi Blaze tengah cedera lagi." kata Halilintar. Blaze hanya mencebik bibir.

Suasana antara mereka hening sebentar sebelum bunyi //Access Granted// kedengaran dari tablet Ice.

"Okay cun. Aku dah buang virus Jason dari sistem mechanical Gempa,dan pasang firewall sekali sebagai perlindungan." kata Ice.

Gempa melihat kakinya dan mula untuk mengerakkannya. Sistem dia dah kembali normal.

"Terima kasih Ice." kata Gempa sebelum berdiri. Dia mengaktifkan sistem pertahanan dan serangan. Semua sistem aktif dan berfungsi.

[Tapi Reverse Mode...]

"Jadi,apa plan sekarang?" tanya Blaze.

"Korang pergi lari dulu. Biar aku yang cari Solar." arah Gempa. Serentak dengan itu, compartment tangannya terbuka dan Tangan Tanahnya diaktifkan.

"Eh,eh. Mangsa utama dekat sininya,kau. Kau yang patut lari dulu."  bantah Halilintar,tak setuju.

"Hali,aku ni robot. Kalau aku kena tembak pon tak mati." kata Gempa sambil memusingkan matanya.

"Ah,takde takde. Kita gerak sama². Kau kat depan,aku cover belakang. Yang lain kat tengah." arah Halilintar.

Kembar BoBoiBoy nampaknya setuju dengan arahan Halilintar, membuatkan Gempa agak terharu tapi geram.

Macam mana dia nak letupkan tempat ni kalau budak kecil enam ketul ni ada dengan dia?

"Ah,okaylah. Tapi kalau keadaan terdesak nanti,aku suruh lari, lari. Jangan mengada nak tunggu aku. Cubit karang." kata Gempa.

Kembar BoBoiBoy mengangguk faham dan mereka memulakan perjalanan mereka.

Gempa menggunakan sistem pencarinya untuk mengesan kedudukan Solar dan mengelak dari terjumpa mana-mana orang Jason.


[Peliknya...Kenapa Solar boleh tak ada dengan Evelyn? Apa yang dia buat sebenarnya..?]

Gempa cuba membuang pelbagai kemungkinan yang terlintas dalam processor dia.

Mereka berjalan,suasana hening buat seketika sebelum...


"ARGHHHHHH!"


Suara jeritan mengejutkan mereka berenam.

"SOLAR!"

Terus,mereka berlari kearah suara jeritan itu. Gempa menghancurkan pintu makmal yang berkunci. Lensa kuningnya hampir bertukar merah.

Jason tersenyum sinis apabila melihat mereka semua ada disini,ibarat dah jangka apa yang akan berlaku.

"Lambat betul kau datang, Crystal." Jason ketawa sinis.

Gempa menggenggam tangannya kuat,processor mula mengimbas segalanya.


Jason hanya tersenyum sinis,sebelum menapak ketepi.


Serentak,Kembar BoBoiBoy rasa seram sejuk,manakala Gempa mengetap bibirnya kuat,sampai kulit sintetiknya koyak.

Jason sudah pasang kerangka robotik di belakang Solar. Setiap satu dari besi itu menusuk kedalam lengan,kaki, dan badan Solar.

Meja itu berdarah. Dan muka Solar basah dengan air mata dia sendiri,menahan sakit.

Dengan lemah,Solar mengangkat kepalanya,memandang Gempa dengan pandangan terdesak.

"Tolong...."

∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued ~

Hello my potatoes~ Muahaha-

Selamat Hari Malaysia~!✨

Author Kim_Ezra

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now