∆Chapter 20∆

933 131 76
                                    

Pengakuan Thorn yang kuat dan jelas itu mengejutkan semua yang ada dekat dalam bilik pengetua itu.Halilintar dapat rasakan badan Thorn menggigil kuat. Perlahan,dia membalas pelukan Thorn.

Tuan punya badan yang kena sebut tadi pun terkaku dekat tempat dia.

Untuk Solar?

Apa maksud Thorn dengan 'untuk Solar'?

Halilintar memandang Gempa yang menunduk dan kemudian pada Thorn yang masih lagi menangis dan menggigil. Lepas dah tarik nafas dalam dan cuba tenangkan diri dia,baru dia beranikan diri untuk bersuara.

"Thorn...cerita dekat abang..Apa yang dah jadi sebenarnya..?"tanya Halilintar. Kalini dengan nada yang paling lembut yang dia boleh buat sambil mengusap perlahan belakang kepala Thorn.

"S-Sebenarnya...."

.

.

FLASHBACK~

Kembali kepada hari kejadian dimana Thorn ditarik dan dikepung oleh budak-budak batak hot dikoridor sekolah.

"K-Kenapa pulak?Tak naklah!"bentak Thorn.Dia masih lagi tergantung disebabkan Rizqy mencengkam kolar baju dia.

"Apa lagi?Pukul lah geng."arah Evelyn sinis.

Dia yang rancang semua ni. Dia nampak buku sekolah Thorn dan sengaja sorok supaya Thorn datang balik untuk ambik.

Thorn dicampakkan terus kelantai dan terus dipukul oleh Rizqy dan Hilman tanpa sempat dia nak halang pun. Tak ada belas kasihan. Evelyn dan Miska hanya ketawa melihatnya.

Tapi mereka bijak,mereka tak pukul langsung bahagian muka Thorn sebab tulah tempat paling senang nak nampak kalau kena tumbuk,so senang kantoilah kan?

Lepas dah puas menendang Thorn,Evelyn memberhentikan mereka berdua dan tersenyum sinis melihat wajah Thorn yang basah dengan airmata cuba tahan sakit. Evelyn menarik rambut Thorn.

"Argh- S-Sakit.."tangis Thorn. Dia cuba longgarkan pegangan Evelyn tapi tak berjaya.

"Heh,macam nilah budak. Aku ada satu tawaran untuk kau."kata Evelyn sebelum melepaskan rambut Thorn membuatkan dia tersembam ke lantai. Thorn terhantuk dan habis,mulut dia berdarah sebab tergigit lidah.

"Uhuk-! T-Tawaran apa..?"tanya Thorn sambil cuba mengelap darah yang mengalir dari mulut dia. Evelyn bagi isyarat pada Rizqy dan Hilman untuk angkat Thorn,dimana mereka buat sampai kaki dia tak jejak tanah sekali lagi.

"Sinilah,kau sayang sangat dengan adik kau Solar tu kan?Kesayangan aku tu?"kata Evelyn.Thorn mengangguk lemah.

"Baik,aku tak kan ganggu dia lagi kalau kau buat apa yang kitaorang suruh,tanpa bantahan. Mcam mana?"kata Evelyn sinis sambil memintal rambutnya.Thorn memandang Evelyn dalam kesakitan.

"Buat apa yang korang suruh..."tanya Thorn lemah.

"Yeah,betul tu. And aku janji,aku tak kan kacau Solar lagi. Alah,come on lah Thorn?Sekali sekala kau jadi abang yang berguna untuk kebahagiaan adik kau? Selama ni asyik dia je nak kena berkorban untuk kau."hasut Evelyn lagi.

Dalam kesakitan itu,Thorn berfikir panjang sebelum menarik nafas dalam.

"B-Baiklah..Thorn setuju..Tapi janji! Jangan kacau Solar atau yang lain lagi!"bentak Thorn. Evelyn hanya layan endah tak endah sahaja sambil mencari sesuatu dari begnya.

"Ya,ya aku tahulah..Mana ni..Hah! Jumpa pun!"

Evelyn mengeluarkan pistol tindik dari begnya.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now