∆Chapter 38∆

513 59 36
                                    

∆**********∆

"Tuan,kami dapat kesan dua orang yang tidak dikenali sedang membawa Crystal ke tempat lain."

Jason yang sedang melihat proses pemasangan kerangka besi kedalam tubuh Solar hanya menoleh.

Dalam CCTV itu terlihat jelas dua orang individu yang tidak dikenali sedang membawa 'Crystal' bertentangan dari makmal yang sepatutnya. Dari situ,Jason dah dapat agak.

"Heh,tak bapak,tak anak. Semuanya licik." Jason tersenyum sinis sebelum kembali menghadap Solar.

Walaupun dalam keadaan yang tidak boleh bergerak disebabkan ubat bius,Solar masih rasa sakit apabila saintis-saintis Jason memasang kerangka robotik itu dibelakangnya.

Ia kerangka robotik yang sama macam Gempa punya,tetapi ia ditusuk masuk kedalam badan Solar. Dari lengan,pinggang dan kaki. Habis berdarah meja hanya kerana proses dilakukan dengan segera tanpa sebarang prosedur dan sebagainya.

Solar sendiri tak mampu nak lawan Jason. Mata dia basah dengan air mata akibat kesakitan yang terlampau. Jason hanya tersenyum sinis,sebelum mengaktifkan kerangka besi tersebut.

"ARGHH!"

Serta merta,kerangka itu bergerak,mengawal badan Solar dari belakang.

Macam puppet.

"Hm,ia berfungsi dengan cukup baik. Crystal mungkin tak teragak untuk hancurkan mesin yang lain. Tapi mesti dia akan berhenti bila nampak kau pun dah jadi macam dia kan?" Jason ketawa sinis.

Tepat pada masa,pintu makmal itu terbuka.

∆**********∆

Sistem Gempa menjadi bercelaru. Antara processor dia yang cuba untuk dapatkan satu solusi untuk masalah ni,dan juga sistem security dia yang cuba untuk nyahaktifkan program:Reverse.

"Apa yang kau dah buat dengan Solar hah?!" Bentak Gempa.

Jason hanya ketawa sinis.

"Cuba kau guna AI canggih kau tu untuk bezakan dia dan teknologi." Kata Jason dengan senyuman sinis yang meminta untuk dipijak.

Gempa hanya mengetap bibirnya kuat sebelum menggunakan scannernya pada Solar.

Scanner dan processornya menjadi glitch ketika cuba proses maklumat dia dapat.

Dia tak boleh bezakan Solar dengan kerangka robot itu.

Processor jadi bercelaru,kejap-kejap menunjukkan yang Solar ni manusia,tapi kemudian ia glitch dan menunjukkan yang Solar ni robot.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Dec 09, 2023 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

My AI BodyGuard TwinOnde histórias criam vida. Descubra agora